Nora Danish berlatih Kick Boxing


Mempelajari seni mempertahankan diri, seni beladiri atau "martial art" menjadi suatu aktiviti sampingan yang penting pada masa kini. Lebih-lebih lagi apabila masyarakat sering dikhabarkan di media massa berkenaan kes jenayah terutamanya yang melibatkan wanita.  

Malah penglibatan saya dalam dunia martial art ini juga dipengaruhi oleh beberapa perkara iaitu antaranya ialah kejadian saya diperas-ugut oleh sekumpulan lelaki di laluan tepian sungai di Masjid Jamek, Kuala Lumpur.  Lantas, selepas kejadian itu, terbuka hati saya untuk mendaftarkan diri dalam Kelab Tae Kwon Do, Institut Teknologi Tun Abdul Razak, Kuala Lumpur,Jalan Pahang Barat (ITTAR KL). Saya juga meminati drama dan filem-filem silat, kung fu dan lain-lain jenis martial art terutamanya filem yang dilakonkan dan diarahkan oleh mendiang Bruce Lee.  

Sewaktu tamat pelajaran di dalam jurusan Diploma Teknologi Maklumat di ITTAR KL, saya menjalani latihan industri di syarikat Jalur Citranusa (M) Sdn Bhd, iaitu syarikat yang menerbitkan majalah Seni Beladiri.  Di sini, minat dan pengetahuan saya dalam dunia seni beladiri semakin bertambah dengan peluang saya berjumpa dengan tokoh-tokoh terkenal dalam dunia persilatan dan seni yang lain.

Kini penglibatan artis dalam dunia seni beladiri semakin bertambah.  Salah seorang artis yang mengisi masa lapangnya dengan kegiatan ini ialah Nora Danish. Selain dari melatih diri dengan gerakkan beladiri tertentu yang dijadikan sebagai riadah, berlatih seni beladiri juga boleh menjadi tempat "melepaskan geram" oleh para artis.  Segala tekanan kerja boleh dibuang dan disalurkan melalui tumbukan dan tendangan.

Di bawah ini saya sediakan video yang menunjukkan artis kecil molek, Nora Danish dengan tekun dan giat berlatih seni mempertahankan diri "kick boxing".  Video ini dimuat-naik oleh Desperado Des di laman perkongsian video YouTube :


Related Posts:

  • Nur Amisah meninggal dunia Pelakon drama, Nur Amisah Binti Abdullah dijemput pulang ke Rahmatullah di rumahnya berusia 52 tahun, pagi tadi (18 Ogos 2018). Beliau meninggal dunia kerana semput akibat tonsil yang membengkak. Semoga roh arwah ditemp… Read More
  • Al Fatihah buat A.M Salim Abdul Majeed Suatu status yang dikongsikan oleh Nursyafiq Farhain di Facebook memaklumkan bahawa ayah beliau A.M Salim Abdul Majeed (lebih dikenali sebagai Salim Iklim) telah meninggal dunia pada awal pagi Ahad, 14 Oktober 2018. Be… Read More
  • Bibik Kim Neo meninggal dunia Pelakon veteran Datuk Kenny Chan telah meninggal dunia pada usia 68 tahun. Apabila dihubungi, isterinya Fern Loo mengesahkan Chan meninggal dunia di salah sebuah hospital di Melaka pada 6.15 petang hari Selasa, 12 Jun 201… Read More
  • Suara Zamani semasa latihan lagu "Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta" Penyanyi yang dianggap lagenda oleh sebilangan rakyat Malaysia iaitu Zamani masih mempertimbangkan peluang yang diberikan pihak Astro untuk dia meneruskan persembahan pada konsert Gegar Vaganza musim kelima (GV… Read More
  • Sebab sebenar Zamani bermasalah pada lagu pertama di Separuh Akhir GV5 Zamani dianggap antara penyeri rancangan hiburan Gegar Vaganza musim ke 5 ini. Pelbagai kisah dan drama berlaku di pentas GV5 sehingga membuatkan masyarakat membicarakan mengenainya secara online dan offline dengan hangat… Read More

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan