Tanda-Tanda emak anda seorang PEMBOHONG



Adakah ibu sebegini? Sanggup membohongi anak untuk melakukan sesuatu. Tidak dinafikan bukan semua perempuan boleh jadi ibu yang baik, malah ada ketikanya lelaki mampu menjalankan tugas seperti seorang ibu dengan lebih baik dari perempuan.

Artikel kali ini saya kongsikan serba sedikit "kemungkinan" yang berlaku membawa kepada berlakunya penipuan ibu @ mak  kepada kita. Namun jangan disalahertikan perkataan "pembohong" yang saya gunakan.  Sila baca habis artikel ini agar anda faham maksud yang nak saya sampaikan :

1.Waktu makan, dia selalu menyisihkan daging ikan atau lauk pauk yang lain untuk anaknya atas alasan "mak tak suka makan lauk ni, kau makanlah..."

2.Jika simpanan makanan semakin kurang, dia akan memberikan bahagiannya kepada anaknya dan berkata "makanlah.., mak tak lapar lagi..."

3.Apabila sampai waktu tidur, dia masih berjaga kerana ingin menjaga anaknya yang sedang sakit, lalu berkata : "Tidurlah nak.., mak temankan... lagipun mak belum mengantuk..."

4.Setelah anaknya tamat sekolah dan mendapat pekerjaan, lalu mengirimkan sejumlah wang untuk ibunya, lalu ibunya berkata : "takpe, simpanlah untuk keperluan kau.., duit makpun masih ada lagi..."

5.Apabila anak semakin berjaya, hidup senang lalu mengajak ibunya untuk tinggal bersama-sama di rumah besar, ibunya membalas pelawaan itu dengan berkata : "Mak lagi suka tinggal kat rumah kampung ni, selesa lagipun tak ada siapa yang nak jaga ayam yang mak bela tu..."

6.Namun yang sepatutnya anak-anak tak boleh terima adalah apabila ibu mengalami masalah kesihatan dan sakit kuat, lalu si anak menangis, lantas dalam keadaan masih boleh tersenyum dia berkata : "Jangan menangis nak, mak tak apa-apa... Mak cuma kena berehat kejap, letih agaknya..."


**
-saya menaip dan mengolah artikel ini dalam keadaan air mata bergenang.

-saya terkenangkan arwah nenek saya yang menjaga saya sejak dalam bedung lagi. Waktu itu mak ayah saya bekerja di tempat lain dan ekonomi keluarga waktu itu tak berapa baik.

-kini di kampung ada makcik saya yang pernah menjaga saya dahulu. Diapun dah semakin lanjut usia. Pun saya terkenangkannya.

-mak kandung saya masih ada dan tinggal bersama ayah di Petaling Jaya. Insya Allah saya akan menjaga mereka sebaiknya apabila saya diperlukan.

Related Posts:

  • Apabila dunia hiburan ditanya soal Hukum Hudud   Salah sebuah ruangan dalam akhbar harian keluaran 05 Oktober 2011 (sumber dari rangkaian facebook) Soalan bodoh lagi jahil diutarakan oleh wartawan pada orang-orang Islam. Sebagai umat Nabi Muhammad yang beragama … Read More
  • Cinta Muka Bulu vs Cinta Muka Tak Malu   Assalamualaikum.... Najwa Latif dengan lagunya bertajuk "Cinta Muka Buku" berjaya mencetus fenomena seperti Yuna dengan lagu "Dan Sebenarnya". Ceritanya hampir sama walaupun ada sedikit perbezaan iaitu seorang gadi… Read More
  • Ucapan hari raya Aidilfitri dari blogger Alor Gajah, Melaka Assalamualaikum.... Hari ini yang bertarikh 30 hari bulan 8 tahun 2011 bersamaan dengan 1 Syawal 1432 Hijrah merupakan antara hari mulia yang sepatutnya disambut dengan penuh rasa rendah diri kepada Allah S.W.T, Tuhan segen… Read More
  • Sebenarnya mudah lafaz akad nikah... Assalamualaikum... Pagi ini (30 September 2011), apabila mendengar Sinar.fm, dejay SY,Krill dan KE menalifon Nabil yang akan berakad nikah pada hari ini.  Dalam perbualan mereka, SY dan Nabil membuat membuat demo aka… Read More
  • Jawatan kosong di Malaysia Assalamualaikum.... Dengan ikhlas saya katakan, saya amat terkesan dengan gambar ini.  Janganlah anda menganggap ianya satu jenaka sebaliknya sebagai peringatan yang sangat bagus untuk "kehidupan selepas mati". Kit… Read More

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan