HARAM BERKAHWIN WANITA SATU PEJABAT : Benarkah?

Falsafah Perkahwinan Dalam Islam

Firman Allah S.W.T :

'Maha suci Allah yang menjadikan kejadian semua berpasangan dari sesuatu yang tumbuh di bumi, dari mereka (manusia) dan dari sesuatu yang mereka tiada mengetahui.' (Yaasin: 36)


Jika kita perhatikan kejadian di langit dan di bumi, jelas menampakkan kebenaran ayat ini. Setiap yang kita saksikan ada pasangannya. Keadaan tanah di bumi, tidak sama rata semuanya, bahkan dijadikan berpasangan antara tinggi dan rendah. Di suatu kawasan penuh dengan tumbuhan menghijau. Di kawasan yang lain berpadang pasir. Daratan berpasangan dengan lautan. Pokok-pokok yang meliputi bumi ini ada yang jantan dan betina.

Kemudian Allah jadikan pula malam berpasangan dengan siang meliputi alam ini. Binatang-binatang yang hidup di daratan dan di lautan juga berpasangan jantan dan betinanya. Demikian pula manusia. Atom yang sangat halus yang tidak dapat dilihat dengan pandangan mata dan terdiri dari komponen-komponen yang berpasang-pasangan.

Namun apabila tiba pada bab hukum yang berkaitan dengan perkahwinan, maka timbul kata-kata yang mengatakan bahawa "haram berkahwin wanita satu pejabat...." Apakah benar penyataan ini ada dalam ajaran Islam yang sebenar atau ianya adalah ajaran sesat dari kumpulan tertentu? Jika benar haram, apa alasannya sehingga jatuh hukum sebegitu? 

Sebelum pelbagai spekulasi yang menjelma dalam minda anda, sila baca sesi dialog antara dua orang sahabat yang berbicara mengenai topik perkahwinan...



Jamal : Aku nak kawin la Man...

Azman : Dengan budak mana?

Jamal : Satu pejabat...

Azman : Ish mana boleh kawin satu pejabat…haram tu!

Jamal : Eh, kenapa pula haram? Kau ni dah terikut ajaran sesat ke apa?

Azman : Aku pun alim juga la...aku pun ada dengar ceramah di masjid.....

Jamal : Ok, bagitahu aku..sebab apa sampai jadi haram?

Azman : Islam suruh kahwin paling ramai 4 orang je... kalau dah satu pejabat ada 20,30 orang perempuan, itu bukan ke haram namanya....?

Jamal : $#@%^&*\ =.="

Related Posts:

  • Kisah pengorbanan ibu disebalik kejayaan anaknya Di sini saya kongsikan suatu kisah diambil dari sumber yang dikongsikan melalui "MukaBuku", yang saya kira kalau ia bukan kisah sebenar atau hanya rekaanpun, ia mengandungi pengajaran yang harus kita selalu renungkan bagi… Read More
  • Kesilapan ibu dan bapa dalam mendidik anak-anak dari kecil hingga dewasa   Anak adalah anugerah serta amanah Allah SWT yang sangat besar dan berat untuk dipikul oleh ibu bapa, seandainya mereka belum bersedia dari segi zahir dan batin serta fizikal juga mental.  Bukan mudah untuk… Read More
  • Lapan nasihat utama untuk usahawan baru Setelah enam tahun syarikat saya wujud (ICT Niaga Enterprise) sejak 7 Julai 2007, telah banyak jenis-jenis perniagaan yang telah saya perhatikan... Dan pandangan serta nasihat saya untuk mereka yang nak mula berniaga : -… Read More
  • Mengesan jin dalam tubuh manusia  Jin, iblis dan syaitan adalah makhluk Allah SWT yang telah ditakdirkan agar tidak kelihatan pada pandangan mata biasa manusia. Ini berikutan usia makhluk berkenaan sudah mengjangkau jutaan tahun yang pasti r… Read More
  • Tanda-Tanda emak anda seorang PEMBOHONG Adakah ibu sebegini? Sanggup membohongi anak untuk melakukan sesuatu. Tidak dinafikan bukan semua perempuan boleh jadi ibu yang baik, malah ada ketikanya lelaki mampu menjalankan tugas seperti seorang ibu dengan lebih b… Read More

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan