Suami sedih isteri "makan luar"



Perkongsian kisah dari seorang yang mengalami masalah dalam perkahwinan sehingga menyebabkan isteri keluar rumah dan "makan luar" :

Kisah ini diceritakan oleh seseorang yang berjumpa seorang kenalan lamanya bernama Aman. Sembang punya sembang, beliau menceritakan kisah isterinya telah buat 'hal'. Suraya ( bukan nama sebenar ) telah kantoi kerana 'makan luar',  akibat pergaduhan di dalam rumah tangga mereka.

Aman 31 tahun (bukan nama sebenar) menceritakan, kejadian itu berlaku selepas seminggu hubungan dengan isterinya agak dingin.

" Sebelum ni memang aku selalu bergaduh namun kemarahan isteriku akan reda bila dipujuk.." Aman memulakan cerita.

" Pada malam itu aku baru balik dari kedai selepas membeli rokok. Tiba-tiba aku lihat isteri aku keluar dengan keretanya. Aku merasa pelik, biasanya kalau dia keluar dia akan meminta izin daripadaku. Aku pun berniat untuk mengekori keretanya dari belakang. 

Tidak dinafikan, bahawa penampilan isteriku yang cantik membuatkan lelaki mana yang melihatnya pasti akan tergoda. Sebelum ini pun rakan karibku pernah memberitahu bahawa isteriku memang cantik. Jadi di masa yang sama juga aku sudah terfikir yang bukan-bukan tentang kelakuan isteriku malam itu.." cerita Aman lagi.

" Setelah 30 minit mengekori kereta isteri dengan motor EX-5 buruk aku ni, tiba-tiba dia berhenti di hadapan sebuah restoran dan bergegas keluar dari keretanya."

" Eh!! Dia nak jumpa jantan mana pulak ni?" tambah si Aman.

" Setelah menunggu hampir 10 minit, aku pun perlahan-lahan mengikuti dari jauh, bimbang isteriku perasan kedatangan aku di situ. Pada fikiranku, kalaulah dapat aku bersemuka dengan mereka berdua, memang aku akan kerjakan cukup-cukup."

" Tuhan saja yang tahu perasaan aku pada masa itu, aku melihat sendiri isteriku makan di luar seorang diri di restoran itu dengan sungguh berselera."

" Sampai hati dia makan tak mengajak aku pun, padahal aku sendiri pun belum makan lagi sejak dari siang tadi. Maklumlah, seminggu bergaduh, lauk satu apa pun aku tak beli. Padan dengan muka aku.." Kata si Aman dengan muka selamba.

Related Posts:

  • Kerani layan bos Asalnya dari sebuah video tetapi diedit oleh seseorang menjadi dalam bentuk format gambar "gif".  Disiarkan dalam tahun 2015, dikatakan bahawa kerani di dalam gambar berkenaan berbincang dengan bos untuk minta bon… Read More
  • Suami sedih isteri "makan luar" Perkongsian kisah dari seorang yang mengalami masalah dalam perkahwinan sehingga menyebabkan isteri keluar rumah dan "makan luar" : Kisah ini diceritakan oleh seseorang yang berjumpa seorang kenalan lamanya bernama A… Read More
  • Video "Macam Puki" - Carut Dollah Salleh Menjadi kebiasaan selepas tamat perlawanan bola sekepakan, para jurulatih, pemain simpanan dan pegawai pasukan berjalan menuju ke tempat rehat pemain pasukan lawan untuk bersalaman. Namun ketika Zainal Abidin Hassan yang … Read More
  • Video gadis bertudung menari dan orang tua berjoget Akhlak dari segi bahasa : berasal daripada perkataan 'khulq' yang bererti perilaku, perangai atau tabiat. Maksud ni terkandung dalam kata-kata Aisyah berkaitan akhlak Rasulullah saw yang bermaksud :  "Akhlaknya (… Read More
  • Berbuat baik pada semua - tauladan Polis Chicago Sarjan B.Hagarty merupakan salah seorang pegawai polis yang masih lagi ada sikap keprihatinan kepada golongan yang kesusahan. Beliau bertugas di Jabatan Polis Chicago, Amerika Syarikat. Yang menjadi perhatian masyarakat… Read More

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan