Rahsia Tarikh Lahir : suatu bentuk penipuan


Sebenarnya tiada satu kaedah yang begitu tepat dalam "rahsia tarikh lahir", untuk menzahirkan sifat sebenar diri seseorang dalam menentukan apa yang sesuai untuk mereka buat dalam kehidupan.  

Walaupun kajian terhadap statistik perilaku manusia pada tarikh-tarikh tertentu dilakukan, namun itu bukanlah menjadi sesuatu yang mandatori atau sesuatu yang boleh dijadikan rujukan. Ada orang yang lahir pada tarikh yang sama tetapi sifat dan kelakuan berbeza.  Ada pula yang lahir pada tarikh berlainan namun mempunyai ciri-ciri dalam diri yang sama.

Yang boleh saya perkatakan di sini ialah pembentukan sifat atau sikap individu adalah berdasarkan kepada  :
  1. cara didikan semasa dijaga oleh ibu bapa dan sesiapa yang bertanggungjawab ketika itu
  2. jenis-jenis kawasan yang mereka tinggal semasa membesar dan bersekolah
  3. cara guru-guru mendidik mereka semasa mereka melanjutkan pelajaran pada mana-mana peringkat
  4. amal ibadah kepada Allah SWT
  5. genetik keturunan ibu bapa
  6. pemakanan yang mereka amalkan
  7. penjagaan soal halal dan haram dalam rezeki
Hal-hal berkaitan dengan tarikh lahir merupakan data-data yang hanya boleh dianggap terjadi secara kebetulan serta sebagai satu bentuk hiburan semata-mata .  Adalah sangat tidak wajar seandainya ada dari kalangan kita yang terlalu taksub kepada kursus-kursus rahsia tarikh lahir dan kepada mereka yang menggelarkan diri mereka sebagai doktor atau pakar "menilai" rahsia tarikh lahir  serta pakar dalam bermacam perkara berkaitan dengan perniagaan.  Yang musykilnya siapa yang memberi pengiktirafan itu kepadanya?.

Berkenaan dengan kesesuaian jenis perniagaan yang boleh dijalankan, ia lebih berkait rapat kepada kemahiran, ilmu, minat serta keghairahan individu terhadap sesuatu bidang perniagaan. Adalah sangat menipu dan syirik apabila ia dikaitkan dengan tarikh lahir dan empat unsur utama alam yang sering dijaja di dalam setiap kursus tertentu.

Kita sebenarnya hanyalah memerlukan motivasi yang berterusan dan minda yang positif untuk berjaya dalam apa jua bidang yang sedang dijalani. Tidak perlulah bayar beratus-ratus, beribu-ribu dan berbelas ribu ringgit hanya semata-mata inginkan "rahsia" tarikh lahir mereka.

Sebagai orang Islam yang beriman, sudah cukup untuk kita beribadah kepada Allah SWT, selain daripada berusaha untuk berjaya seperti rajin membaca, rajin bekerja, rajin membuat pemerhatian, rajin bertanya kepada mereka yang berjaya dan ini tidak semestinya kena masuk kursus-kursus motivasi yang mengarut. Banyak kaedah dan cara percuma yang boleh kita perolehi.

Yang saya hairan, kenapalah ada orang sanggup menghabiskan duit untuk pergi menyertai kursus rahsia itu, rahsia ini sedangkan sebahagian besar dari kita hanyalah memerlukan kekuatan emosi serta spiritual dan ianya boleh didapati dengan bersolat, berdoa dan istiqamah dalam tiap pekerjaan yang dilakukan.  Allah SWT tidak mengenaikan sebarang caj untuk anda berdoa dan meminta keadaNya.

Jangan hanya pandang kaya dan berjaya hanya di dunia semata. Jika terlalu taksub dengan kursus yang dimomok-momokkan dengan kata-kata pelbagai rahsia serta kaya berjaya, sebaliknya bukan peserta yang kaya berjaya. Yang kaya dan berjaya ialah si penganjur yang kaya hasil dari yuran penyertaan peserta kerana dia berjaya "membongakkan" peserta yang naif dan taksub dengannya.

Kesimpulannya bukan semua kursus motivasi atau kursus keusahawanan itu tidak perlu disertai, cuma berwaspadalah dalam memilihnya. Banyak testimoni dibuat bukannya testimoni yang sebenar  kerana ia testimoni yang dibayar.

Pada artikel ini saya kongsikan video penjelasan mengenai Rahsia Tarikh Lahir dan yang seumpama dengannya dari Shahabudeen Jalil bin Kamarul Jaman.  Beliau adalah seorang usahawan online dan offline dengan menjalankan perniagaan yang jelas dan nyata iaitu "memborong".  

Beliau mengendalikan “Kursus Borong China” dan juga menganjurkan “Rombongan Memborong ke China” untuk membuka jalan untuk kita secara bersama dapat memborong terus dari sumber, tidak kira sumber itu dari China, Vietnam, India, Korea atau mana-mana negara lain.

Sehingga kini beliau telah melatih hampir 200 orang pemborong Melayu dan terdapat kira-kira lebih 40 orang pemborong yang boleh dikatakan telah berjaya memborong dari China dengan kuantiti yang banyak

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan