Tips memandu ketika hujan atau banjir


Terdapat masih  ramai pemandu yang tidak serius mengenai  kepentingan mengamalkan cara pemanduan berhemah ketika di jalan raya. Terutamanya ketika  hujan lebat. Pemandangan kabur tentu sekali menjejaskan pemanduan di jalan raya.

Pelbagai  faktor kemalangan yang perlu kita ambil berat agar peratusan kemalangan dan kemungkinan berlaku kemalangan tidak semakin ketara dan bertambah..

Berikut adalah petua untuk para pemandu di jalan raya terutamanya bagi mereka yang memandu kenderaan beroda empat :

1. Elakkan menekan brek apabila kereta tergelincir- Ini boleh menyebabkan kereta terbabas. Cara terbaik ialah kawal pemanduan menggunakan stereng, namun ia hanya berkesan untuk kereta yang dipandu perlahan sahaja.

2. Jangan memandu mengekori terlalu rapat dengan kereta hadapan. Ini akan membantu kita lebih bersedia untuk berhenti sekiranya kenderaan berkenaan menekan brek secara mengejut.

3.
Kurangkan memandu di lorong paling kanan bagi mengelakkan percikan air apabila kenderaan dari arah berlawanan melalui lopak air. Ini bagi mengelakkan percikan air berkenaan menghalang pandangan ke depan, dan ia boleh menyebabkan risiko kemalangan meningkat sekiranya memandu laju.

4.
Jika keadaan hujan semakin lebat dan keadaan gelap dan kabus mengganggu penglihatan, berhenti seketika di kawasan rehat bagi mengelakkan kecelakaan atau kemalangan.

5. Selepas meredah jalan dinaiki air, elakkan terus memandu laju kerana sistem brek tidak berfungsi sepenuhnya berikutan permukaan brek yang basah.

6. Selepas meredah jalan yang dinaiki air, elakkan memandu laju kerana ia boleh menyebabkan bahagian enjin dimasuki air, begitu juga dengan penunggang motosikal dan pejalan kaki yang akan terkena tempias atau percikan air.
Previous Post
Next Post
Related Posts

Promosi

Babab.net