Google antara terawal ucap selamat hari lahir


Pada hari ini, 2 Disember 2013 merupakan ulang tarikh kelahiran saya. Namun saya seringkali tidak mengira atau mengingati sangat usia saya sebaliknya saya lebih kepada mengira jumlah kejayaan yang telah saya capai sepanjang hidup ini.

Dengan kewujudan laman web seperti "facebook", terlangsungnya ia sebagai pengingat kepada rakan-rakan akan tarikh "birthday" saya.  Terima kasih kepada rakan-rakan yang telah mula memberi ucapan dan doa sejak awal pagi Isnin, 2 Disember 2013.

Namun sesuatu yang tidak saya sangka dan sedari selama ini, entah bila pihak Google membuat sentuhan peribadi kepada enjin cariannya dengan membuat ucapan "Happy Birthday Ahmad Zaki" serta perkataan "Google" diubah kepada gabungan kek-kek sambutan hari lahir. Ianya muncul di "search engine" (enjin carian) yang telah saya "sign-in" menggunakan akauan yang didaftarkan atas nama saya.

Langkah yang pihak Google buat ini merupakan strategi pemasaran yang sangat baik kerana ia mempunyai nilai-nilai sentimental dan peribadi terus kepada pengguna perkhidmatan mereka. Ini akan menyentuh hati pengguna dan menambahkan lagi peratusan kesetiaan dalam penggunaan enjin carian di internet dan mengukuhkan jenama Google di kalangan pengguna komputer.

Related Posts:

  • Kisah Indra Putra dijadikan contoh oleh Pendakwah Indonesia Dikhabarkan seorang pendakwah dari Jakarta, Indonesia yang menggunakan nama "Fachriy Aboe Syazwiena", telah mengambil kisah yang baru-baru ini yang terjadi kepada pemain bola sepak kebangsaan di Malaysia yang segera meng… Read More
  • Dato' Haji Hasbullah Awang meninggal dunia Dato' Haji Hasbullah Awang iaitu pengulas sukan tersohor di Malaysia yang mengalami komplikasi jantung diberitakan telah meninggal dunia semasa menerima rawatan di Institut Jantung Negara, beberapa jam tadi (12 Februari … Read More
  • Proton Iswara mampu meredah banjir   PROTON (singkatan untuk Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd) yang ditubuhkan pada 7 Mei 1983 dengan modal berbayar sebanyak 150 juta ringgit, merupakan pengeluar kereta pertama Malaysia. Penubuhannya merupakan gag… Read More
  • Rakaman TERBARU sejurus MH17 kemalangan Dari rakaman telefon mudah alih terkini yang diterbitkan di internet pada 16 November 2014, dikatakan menunjukkan bangkai pesawat penumpang Malaysia Airlines yang jatuh ditembak pada 17 Julai 2014, terbakar di sebuah la… Read More
  • Belia China lawat Masjid Kampung Hulu Pada 8 November 2014 (Isnin), satu lawatan persatuan belia dari negara China telah berkunjung ke Masjid Kampung Hulu, Melaka.  Ia adalah sebagai timbal balik lawatan belia dari Malaysia ke negara "tembok besar" itu s… Read More

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan