Doa semasa hujan berterusan dan banjir


Sejak akhir- akhir ini, bencana alam sering berlaku di dunia ini termasuklah yang menimpa di negara kita Malaysia. Bencana alam seperti banjir merupakan sebahagian daripada sunnah alam atau sunnah Allah yang menciptakannya. Ia dijadikan sebagai pengimbang kepada kehidupan dan kemusnahan.

Namun kebanyakkan bencana ini merupakan hasil dari kerosakkan tangan-tangan manusia yang rakus mengejar kekayaan duniawi seperti penebangan pokok-pokok tanpa kawalan dan pemuliharaan kawasan, yang selama ini menjadi penebat dan pemegang air dan tanah.

Biar apa pun tafsiran di sebalik bencana alam, namun dalam Islam ia adalah nyata sebagai satu bala yang menimpa manusia sebagai ujian terhadap tahap keimanan dan kesabaran atau sebagai kifarat dosa yang mengangkat darjat para Mukmin. Namun, yang paling utama, hikmahnya ialah bahawa ia adalah amaran Allah tentang bagaimana kejahatan manusia sudah mencecah tahap kemuncaknya. 

Kemarahan ini dihamburkan oleh Allah menerusi bencana alam yang menimpa alam ini. Segala tafsiran saintifik berhubung kejadian ini tidaklah bertentangan kerana Allah telah pun menyediakan fenomena alam sesuai dengan kehendakNya. Sebagai umat Islam, wajib kita muhasabah addin untuk kembali kepada Allah dengan azam dan tekad yang lebih kuat. Itulah satu-satunya jalan penyelamat daripada kemurkaan.

Di bawah ini adalah doa dari surah Hud, ayat 44 yang dibaca ketika hujan sedang turun dengan lebat dan berterusan. Ia dibaca dengan niat agar dielakkan dari berlakunya banjir


Related Posts:

  • Niat ketika sedang berwudhu Wuduk atau wudhu adalah salah satu cara untuk menyucikan diri dari hadas kecil. Jika air tiada atau tidak mencukupi, maka wuduk boleh diganti dengan tayammum. Pengertian wuduk pada syarak adalah membasuh atau menyapu angg… Read More
  • Dah bayar ZAKAT FITRAH? Harus difahamkan bahawa asas kepada pembayaran zakat adalah kepada harta yang melebihi nisab. Ia bermaksud, keperluan wajib diri dan tanggungan sudah dipenuhi. Ia juga bermaksud, seseorang itu sebenarnya sudah diangga… Read More
  • Empat cara menyediakan tubuh badan untuk berpuasa Matlamat puasa adalah taqwa. Sebagaimana Alah berfirman dalam Surah Al-Baqarah ayat 183: "Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu agar… Read More
  • Fesyen pamer buah mempelam,kain jarang "Buah mempelamku masak di atas dahan, ibu suruh beri kepada kawan-kawan.....". Begitulah keratan lirik lagu yang diajar semasa saya di sekolah rendah dalam darjah satu atau dua.  Tetapi itu buah mempelam halal yang b… Read More
  • Bertarawih di Masjid Kampung Hulu, Melaka Assalamualaikum.... Malam tadi (01/08/201) saya berkesempatan untuk menyertai solat tarawih di masjid berkenaan.  Jumlah rakaat yang dilaksanakan di masjid ini ialah ialah 23 rakaat (tarawih 20 rakaat + witir 3 … Read More

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan