Mengapa pelangi berbentuk separuh bulat?

Pelangi merupakan fenomena optik dan meteorologi yang menghasilkan spektrum cahaya (hampir) selanjar di langit apabila matahari bersinar semasa hujan turun. Ia merupakan satu lengkung yang berwarna-warni dengan warna merah di lengkung paling luar dan unggu di lengkung paling dalam. Mengikut urutan, warnanya ialah merah, jingga, kuning, hijau, biru, indigo dan ungu.
 
Mungkin kita pernah tertanya kepada diri sendiri, mengapa pelangi berbentuk setengah lingkaran?.  

Pelangi terhasil apabila cahaya terbias melalui titik air di udara. Sebab itulah pelangi selalu dapat dilihat selepas hujan. Ia berbentuk melengkung (bulat) kerana titisan air di udara berbentuk bulat / sfera. Namun biasanya bahagian bawah pelangi itu "terlindung" oleh bumi. Fenomena pelangi ini juga boleh dilihat dan dihasilkan dengan membelakangi cahaya matahari dan menyembur air pada hari yang cerah.

Sebenarnya pelangi itu berbentuk bulatan penuh, namun disebabkan kita tinggal di bumi yang berbentuk bola, pandangan kita jadi terhalang oleh sebahagian bentuk bumi, oleh kerana itu pelangi yang kita lihat hanya setengah sahaja. Lagipun bentuk bumi jauh lebih kecil berbanding matahari. Andai bumi berbentuk lebih besar dari matahari, mungkin kita boleh melihat pelangi dengan keseluruhan dan tidak separuh.

Related Posts:

  • Kualiti udara di KL & Selangor masih pada tahap yang tidak sihat Indeks Pencemaran Udara (IPU) bacaan di sebahagian besar Selangor dan Kuala Lumpur hari ini kekal pada tahap yang tidak sihat, menurut Jabatan Alam Sekitar. Sehingga 6 pagi, bacaan di Petaling Jaya adalah 104, Shah Al… Read More
  • Gambar bumi waktu malam dari angkasa lepas Angkasa lepas, atau lebih ringkas angkasa, merujuk kepada ruangan yang secara relatifnya kosong di dalam alam semesta yakni berada di luar dari atmosfera sesuatu objek astronomi. Angkasa lepas digunakan untuk membezakann… Read More
  • Mengapa pelangi berbentuk separuh bulat? Pelangi merupakan fenomena optik dan meteorologi yang menghasilkan spektrum cahaya (hampir) selanjar di langit apabila matahari bersinar semasa hujan turun. Ia merupakan satu lengkung yang berwarna-warni dengan warna merah… Read More
  • Pandangan Ustaz Azhar tentang ikan lompat di Lahad Datu   Berikut adalah video yang merakamkan jawapan dan pandangan dari Ustaz Azhar Idrus pada soalan mengenai ikan yang melompat naik ke pantai di Lahad Datu, Sabah, yang dibacakan oleh Syamsul dalam majlis sambutan Amba… Read More
  • Rahsia sarang semut Apakah rahsia sarang semut? Rahsia resepi kuihnyakah atau sarang semut yang sebenar. Untuk pengetahuan umum, di luar negara "sarang semut" dibuat kajian, cuma di Malaysia sahaja dibuat sebagai biskut untuk dimakan. … Read More

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan