Jenis-jenis ulam di Malaysia

 

Di Malaysia lebih daripada 120 jenis tumbuhan yang dimakan sebagai ulam yang terdiri daripada pelbagai spesis tumbuh-tumbuhan. Tumbuh-tumbuhan tersebut terdiri daripada tumbuhan herba kecil dan melata, jenis semusim seperti pegaga, sehinggalah kepada pokok-pokok renek dan pokok- pokok besar jenis saka seperti petai, jering, genuak dan kerdas, yang biasanya tumbuh liar di kawasan pedalaman, di dusun atau di hutan belantara. 

Pokoknya boleh meninggi atau menjulang antara 20 - 30 meter. Ukuran lilit batangnya boleh menjangkau antara 2 - 5 m. Sayur-sayuran biasa boleh dianggap ulam apabila dimakan sebegitu sahaja. Ini termasuklah sayur-sayuran seperti timun, kubis dan terung.

Ulaman juga boleh dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu kumpulan ulam yang popular, mudah didapati di pasaran, contohnya rebung buluh, cekur manis, jering, kacang kelisa, petai, ulam raja dan lain-lain. 

Manakala kumpulan kedua iaitu ulam yang kurang popular, jarang didapati di pasaran seperti genuak, pucuk jambu golok (gajus), beluntas, pucuk betik, dan cekur. Bagaimanapun dengan adanya pasar-pasar tani dan pasar minggu yang dianjurkan oleh jabatan FAMA dan lain-lain, ulaman ini secara keseluruhan masih dapat dibeli di situ, tetapi dengan kuantiti yang terhad.

 Berikut adalah kategori ulam yang dikelaskan :

Ulam tradisional

Ulam tradisional ialah ulaman yang telah sekian lama dimakan oleh nenek moyang orang Melayu sejak zaman berzaman lagi. Ia boleh ditanam ataupun tumbuh meliar kerana benihnya mudah didapati dan berasal di Malaysia. Kebanyakan ulam ini tumbuh di kampung ataupun di hutan.

Ulam bukan tradisional

Ulam bukan tradisional ialah ulaman yang diambil dari tumbuhan yang ditanam yang asal benihnya dibawa masuk dari luar negeri dan ditanam di Malaysia sebagai sayuran yang selalu kita makan seperti timun, kacang panjang, kubis, lobak merah dan bawang. Ia selalunya terdiri dari ulam yang sering dijumpai. Ada ulam bukan tradisional yang tumbuh meliar umpamanya ketumpang air dan gelang pasir.

Ulam popular

Ulam popular selalunya terdiri dari ulam yang banyak ditanam atau banyak tumbuh meliar melata di mana-mana sahaja sama ada di bandar, kampung, tanah terbiar atau hutan. Ia mudah didapati sama ada dipetik sendiri dari pokoknya atau dibeli di pasar basah atau pasar besar seperti ulam Raja, pegaga dan peria katak.

Ulam kurang popular

Ulam kurang popular ialah ulam yang sukar dijumpai ataupun ulam yang kurang diketahui mengenainya. Disebabkan ia sukar dijumpai, ia jarang dijual di pasar-pasar biasa ataupun pasar besar. Ada juga tumbuh-tumbuhan yang kurang diketahui akan bahagiannya yang boleh dijadikan ulam. Antara contohnya seperti pucuk mangga, pucuk asam jawa, pucuk cermai, pucuk kedondong, gelang pasir, ketumpang air, kemaman, pucuk jering dan pucuk daun kari.

Related Posts:

  • Jenis-jenis ulam di Malaysia   Di Malaysia lebih daripada 120 jenis tumbuhan yang dimakan sebagai ulam yang terdiri daripada pelbagai spesis tumbuh-tumbuhan. Tumbuh-tumbuhan tersebut terdiri daripada tumbuhan herba kecil dan melata, jenis semusi… Read More
  • Buah Binjai : ramai juga yang tak tahu Mengikut pengalaman saya semasa di Karnival Jualan Buah-buahan Tempatan : "Jom Makan Buah" (6 - 10 Disember 2013) di Presint 2 Putrajaya yang diadakan di Laman 1 Malaysia anjuran FAMA, ramai juga yang tidak mengenali ak… Read More
  • Resepi Bubur Talbina (Barli) Diriwayatkan daripada Aisyah isteri Nabi r.a katanya: “Apabila ada keluarganya yang meninggal dunia, para wanita berkumpul. Kemudian setelah mereka beredar kecuali keluarga dan orang-orang tertentu, beliau menyuruh un… Read More
  • Resepi Popia Simpul (serunding udang kering)   Popia simpul merupakan antara makanan ringan yang agak popular di kalangan masyarakat Melayu dan mungkin juga di kalangan rakyat Malaysia yang lain. Ianya biasa di makan pada waktu-waktu minum petang dan tempahan p… Read More
  • Resepi Spaghetti Carbonara Bahan-bahan (untuk hidangan  5 ke 6 orang) : 500 g spaghetti 3 ulas bawang putih 5 biji telur 1/2 cawan Parmesan cheese 1/2 cawan double cream 1 sudu kecil lada hitam 1 sudu kecil garam 1 sudu besar parsley flakes … Read More

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan