Apakah yang dikatakan " ULAM " ?


Ulam yang pastinya tidak sama dengan ulama. Ulama (علماء, ditransliterasikan sebagai ‘Ulamā’) ialah seorang pemuka atau pemimpin agama yang bertugas untuk membimbing dan memandu umat Islam baik dalam masalah-masalah agama mahupun masalah sehari-hari yang diperlukan baik dari sisi keagamaan ataupun sosial kemasyarakatan.

Manakala ulam pula boleh ditakrifkan sebagai bahagian tumbuh-tumbuhan yang terdiri dari pucuk, daun, batang, umbut, biji, buah, ubi dan bunga yang dimakan mentah, dicelur, distim atau direbus sebelum makan.

Selalunya bagi menambah rasa kepada ulaman yang dimakan, ia dicecah dengan sambal belacan, budu, cencaluk, mayonis, atau cecahan-cecahan lain. Biasanya disertakan sekali dengan nasi dan lauk-pauk yang lain. 

Ulam terkenal sebagai hidangan harian utama di kalangan masyarakat Melayu di kampung-kampung dan kini mulai terdapat di kawasan bandar-bandar juga. Disebabkan banyaknya khasiat ulam ini, terdapat inisiatif untuk membukukan maklumat ulam dalam satu buku yang lengkap.

Bagi seorang yang sihat tubuh badannya, maka pengambilan ulam tidak memberi masalah kepadanya kerana ia boleh mengambil apa jua ulam yang dia sukai memandangkan tubuhnya sihat dapat menerima apa jua kesan dan khasiat ulam yang diambil dengan kadar yang sesuai. 

Ini berlainan pula bagi mereka yang berpenyakit kerana pemakanan ulam perlu diperhatikan agar tidak memakan ulam yang boleh mendatangkan kesan buruk padanya. Contohnya, seorang pesakit tekanan darah rendah tidak digalakkan makan banyak ulam sambung nyawa memandangkan ulam ini boleh memberi kesan merendahkan lagi tekanan darah. Walaupun begitu, eloklah orang yang berpenyakit mengambil hanya ulam yang memberi kesan positif padanya.


Oleh kerana ulam dimakan secara langsung tanpa dimasak lama terlebih dahulu, kandungan galian seperti mineral dan vitamin utama seperti kalsium (Ca), fosforus (P), besi (Fe), natrium (Na) dan kalium (K) di dalam ulam tidak termusnah oleh haba. Sebagai contoh, daun kaduk didapati mempunyai kalsium (Ca), fosforus (P), dan besi (Fe) yang paling tinggi iaitu sebanyak 446, 50 dan 13.1 mg masing-masing bagi setiap 100g, dibandingkan dengan ulam-ulam lain.

Ulam juga membekalkan serat yang amat di perlukan oleh sistem penghadaman manusia. Serat memainkan peranan sebagai pengisi pada bahan buangan dan memudahkan pergerakan najis dalam saluran usus.

Ulam juga memainkan peranan penting dalam perubatan Melayu dan kini pakar pengkaji perubatan barat juga turut mengakui khasiat ulam sebagai tambahan yang baik untuk badan. Sebagai contoh, pegaga kini telah diiktiraf oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai herba menjanakan kecerdasan berfikir di kalangan kanak-kanak selain dapat membantu peredaran darah dan meningkatkan kesihatan kulit.


Ulam jering pula mengandungi sejenis sebatian alkaloid pelawas yang boleh memberi rangsangan untuk membuang air kecil. Selain itu juga jering boleh menjadi penawar yang berkesan pesakit kencing manis sekiranya diambil secara berterusan dengan kadar yang sedikit. 

Ini kerana kandungan sebatian alkaloid di dalamnya mampu meneutralkan kandungan gula di dalam badan. Daun kaduk pula mempunyai kandungan kalsium yang tinggi yang diperlukan oleh badan untuk memperkuatkan tulang, dan mengelakkan daripada penyakit osteoporosis terutama dikalangan kaum wanita.

Related Posts:

  • Portal sahih untuk rujukan maklumat terkini Covid 19 Memandangkan banyak maklumat yang salah mengenai pandemik COVID-19 yang semakin berleluasa sejak kebelakangan ini, penyelidik di seluruh dunia berusaha untuk menyalurkan fakta yang tepat mengenai wabak baharu ini. Masih r… Read More
  • JANGAN guna glove jika..... Tolong jangan guna glove dengan alasan mencegah virus corona! Virus corona bertahan 8 jam pada glove anda, melainkan anda tukar glove secara kerap, anda sebenarnya sedang merebakkan virus corona tanpa anda sengajakan. Di… Read More
  • Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan Saya menonton siaran langsung perutusan Perdana Menteri melalui RTM Mobile 25 Mac 2020 - Melalui satu siaran langsung di tv1, Perdana Menteri Malaysia, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan bahawa Perintah Kawala… Read More
  • Israel minta tolong dari negara Islam? Masa mereka bunuh orang Palestin, orang beragama Islam dengan kejam berabad lamanya, apa dalam fikiran mereka? Masa Israel dilanda musin panas melampau sehingga terbakar hutan dan semak, rakyat Palestine yang tolong padam… Read More
  • Wabak Covid 19 : Thailand isytihar darurat selama sebulan Thailand akan mengisytiharkan darurat selama sebulan bermula Khamis ini, 26 Mac 2020 sebagai langkah menangani penularan wabak virus COVID-19 di negara itu. Perdana Menteri Jeneral Prayuth Chan-o-cha berkata Kabinet hari … Read More

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan