Hakim yang berhati mulia di Indonesia


KISAH BENAR tentang seorang nenek mencuri ubi dan hakim yang bijak

Kisah yang sangat menyentuh hati bermula apabila seorang hakim bernama Marzuki di Mahkamah Indonesia berasa sebak dengan penerangan pesalah iaitu seorang nenek tua yang mengaku salah mencuri ubi kayu.

Di ruang mahkamah pengadilan, seorang hakim duduk termenung menyemak pertuduhan kepada seorang nenek yang dituduh mencuri ubi kayu. Nenek itu merayu bahawa hidupnya miskin, anak lelakinya sakit, dan cucunya kelaparan. Namun pengurus ladang tuan punya ladang ubi tersebut tetap dengan tuntutannya supaya menjadi iktibar kepada orang lain.

Hakim menghela nafas dan berkata, “Maafkan saya, bu”, katanya sambil memandang nenek itu.

”Saya tidak dapat membuat pengecualian undang-undang, undang-undang tetap undang-undang, jadi anda harus dihukum. Saya mendenda anda Rp 1 juta (lebih kurang RM350) dan jika anda tidak mampu bayar maka anda harus masuk penjara 2.5 tahun, seperti tuntutan undang-undang”.

Nenek itu tertunduk lesu. Namun tiba-tiba hakim membuka topi hakimnya, membuka dompetnya kemudian mengambil & memasukkan wang Rp 1 juta ke topinya serta berkata kepada hadirin yang berada di ruang mahkamah.

‘Saya atas nama pengadilan, juga menjatuhkan denda kepada setiap orang yang hadir di ruang mahkamah ini, sebesar Rp 50 ribu (lebih kurang RM17), kerana menetap di bandar ini, dan membiarkan seseorang kelaparan sehingga terpaksa mencuri untuk memberi makan cucunya.

“Saudara pendaftar, tolong kumpulkan denda dalam topi saya ini lalu berikan semuanya kepada yang tertuduh”

Sebelum tukul diketuk, nenek itu telah mendapatkan sumbangan wang sebanyak Rp 3.5 juta dan sebahagian telah dibayar kepada mahkamah untuk membayar dendanya, setelah itu dia pulang dengan wajah gembira dan terharu dengan membawa baki wang termasuk wang Rp 50 ribu yang dibayar oleh pengurus ladang yang mendakwanya.

Kisah ini sungguh menarik dan boleh dikongsi untuk menjadi contoh kepada penegak undang-undang di Malaysia agar bekerja menggunakan hati nurani dan mencontohi hakim Marzuki yang berhati mulia ini.




**sumber dari negara seberang. Sama ada benar-benar ia benar atau tidak, yang perlu kita ambil ikhtibar adalah kisah dalam penceritaan ini.

Related Posts:

  • Keputusan Rasmi PRK Kajang Keputusan jumlah undi yang diterima antara wakil dari Parti Keadilan Rakyat dan barisan nasional ialah : Datin Paduka Chew Mei Fun (BN) - 11,362 Dari Seri Wan Azizah Wan Ismail (PKR) - 16,741 MAJORITI - 5,379 Undi R… Read More
  • Gunung Kelud meletus, debu meliputi Yogyakarta & Surabaya Letusan Gunung Kelud, Kediri , Jawa Timur , menimbulkan hujan debu beserta batu . Hujan abu gunung berapi, kesannya juga dirasakan warga Yogyakarta dan Surabaya yang berjarak ratusan kilometer dari Kediri. Di dalam band… Read More
  • Dasar binatang : diperkosa dan dirakam aksi Tak perlu saya menaip banyak-banyak... Anda tontonlah video di bawah yang dirakam secara spontan oleh seorang pemuda sambil diperhatikan oleh rakanya : … Read More
  • Hakim yang berhati mulia di Indonesia KISAH BENAR tentang seorang nenek mencuri ubi dan hakim yang bijak Kisah yang sangat menyentuh hati bermula apabila seorang hakim bernama Marzuki di Mahkamah Indonesia berasa sebak dengan penerangan pesalah iaitu seora… Read More
  • Baki Flat Pekeliling dirobohkan Baki Flat Tunku Abdul Rahman yang lebih dikenali Flat Pekeliling di Jalan Pekeliling, berhampiran dengan stesyen LRT dan Monorel Titiwangsa, mula dirobohkan oleh pihak pemaju Asie Sendirian Berhad, bermula pada 22 Janu… Read More

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan