Perkara yang DILARANG KERAS semasa himpunan 31 Disember 2013


Perkara yang dilarang keras semasa perhimpunan  31 Disember 2013, di Dataran Merdeka :

  1. Bendera Parti Politik
  2. Ceramah oleh ahli politik
  3. Senjata
  4. Alatan tajam

Manakala perkara yang wajib dibawa dan dipakai semasa perhimpunan berkenaan ialah :

  1. Pakaian hitam
  2. Bendera Malaysia
  3. Semangat membara

Video Rahsia Serta Keajaiban Nombor 1618 & Mekah


Kaabah bukan sekadar bangunan empat segi yang diselimuti oleh kain hitam tetapi satu tempat yang ajaib kerana di situ pemusatan tenaga, graviti, zon magnetisme sifar dan tempat yang paling dirahmati Allah SWT.

Pelbagai rahsia dan keajaiban yang ada di sini bagi melambangkan bahawa betapa kekuasaan Allah SWT tidak terfikir oleh akal dan ilmu pengetahuan yang terbaik yang pernah dimiliki oleh manusia.  

Namun begitu selain daripada kewujudan alam sekitar yang sedang kita diami ini, kewujudan dan kekuasaan Allah SWT telah dibuktikan melalui ilmu sains dan fizik yang ditemukan oleh Albert Einstein tetapi beliau merahsiakan kebenaran dan penemuan itu melalui pengubahsuaian formula beliau yang terkenal iaitu "E = mc2".



Ringkasan video :

1) Nisbah 1.618 ni memang dah diakui nisbah yang ajaib dalam rekabentuk sebab rekabentuk gunakan nisbah ni akan jadi cantik di mata manusia. Itulah sebab nisbah 1.618 ini dipanggil Nisbah Emas atau Purata Emas.

2) Yang lagi ajaib adalah apabila diukur, Kota Mekah bukan sahaja terletak dengan cantiknya pada nisbah 1.618 di bumi, malah juga berada dalam nisbah ini di Arab Saudi. Kaabah juga ajaib kerana terletak dengan nisbah ini dalam Kota Mekah.

3) Tambah kagumnya lagi bila ayat 96 surah Al Imran, ada terselit perkataan Mekah di tengah ayat itu. Bila dikira huruf sebelum dan selepas perkataan "Mekah", ternyatalah perkataan mekah dalam ayat itu pun terletak dalam nisbah emas 1.618.

 

Kak Ton, Bobo & Shasha Solero bersatu dalam iklan


Shasha Solero, Kak Ton & Bobo adalah merupakan fenomena terkini dalam internet dan dunia pengiklanan di Malaysia. Antara mereka bertiga, Shasha adalah yang paling "junior" dalam dunia glamour Youtube yang terkenal dengan ungkapan "macam cantik jer.., macam comel jer...".  Bobo pula terkenal dengan aksi video parody.

Mungkin atas pemerhatian Kak Ton, kedua-dua personaliti "mee segera" ini  sedang mempunyai impak yang deras kepada pasaran di Malaysia, lantas beliau mengambil mereka berdua untuk sama-sama memperiklankan produk jenama Beauty Umaira.

Siapa Kak Ton ni ea..?. Kak Ton atau nama sebenarnya Puan Zaiton binti Hassan, adalah pemilik syarikat Pravenus Beauty iaitu syarikat yang memasarkan Produk Kesihatan Umaira. Beliau pula terkenal dengan ayat "tengok Kak Ton.., comel tak..?".


 


Berikut adalah iklan yang dilakonkan oleh tiga personaliti yang dikatakan bakal "terlajak laris" :


KOMEN :

- Bobo seperti "hilang indentiti". Harap dia sedar.

-Tidak membuat sesuatu yang boleh mengundang cemuhan. Jika lelaki buat cara lelaki, jika perempuan buat cara perempuan.

- Tindakan Bobo meletakkan tangan di bahu Puan Zaiton adalah kurang beradab dan boleh dianggap kurang ajar. Walaupun dari segi umur dia dan Puan Zaiton seperti anak dan mak, namun aurat tetap aurat, mahram dan bukan mahram perlu jaga batasnya.

GEMPAR : Ribuan ikan mendarat di pantai Jeddah!!!



Jika sebelum ini kita digemparkan dengan sebegitu banyak ikan yang melompat dan "mendarat" di pesisir pantai Tambisan, Lahad Datu, Sabah, kali ini terdapat juga video yang telah disebarkan dalam internet, memaparkan fenomena yang sama berlaku di Jeddah, Arab Saudi. Tidak dapat dipastikan tarikh dan sebab kejadian ini berlaku.

Dalam video berkenaan kelihatan pengunjung pantai di Jeddah mengambil kesempatan menangkap ikan-ikan yang seolah-olah "menyerah diri" di pantai berkenaan. Malah burung-burung juga turut mengambil kesempatan memilih  makanan mereka.



Komen :

*segala yang berlaku adalah telah dinyatakan sebagai kententuan Allah SWT. Ada hikmah disebaliknya. Ia mengingatkan manusia agar bersyukur dengan rezeki dan kehidupan yang telah Allah SWT berikan dan tidak melakukan kerosakkan dan kemungkaran di bumi.

Sebab-sebab affiliate tidak berjaya


Walaupun ada banyak cara untuk menjana wang dari Internet, tahukah anda bahawa Affiliate Marketing merupakan cara yang paling popular untuk menjana pendapatan yang lumayan bagi mereka yang baru bermula dan juga orang lama dalam keusahawanan Internet?

Namun dalam keghairahan orang ramai yang juga merupakan pengguna internet menyertai pelbagai program affiliate yang diperkenalkan, ada antaranya tidak sedar bahawa usaha mereka mempromosikan pautan web affiliate yang mereka sertai itu tidak mendatangkan keuntungan dan merugikan masa dan tenaga.

Ada penyebab ianya terjadi tidak seperti yang sepatutnya ialah penggunaan sistem pembangunan program affiliate yang digunakan oleh para usahawan tertentu mempunyai kelemahan dan kebocoran.  Oleh itu anda perlu tahu bagaimana untuk memilih program affiliate terbaik dan tidak mempersia-siakan masa yang telah anda gunakan bagi mempromosikan affiliate yang disertai.

Segala persoalan dan permasalahan akan terjawab setelah anda menonton video berikut :

Tips memandu ketika hujan atau banjir


Terdapat masih  ramai pemandu yang tidak serius mengenai  kepentingan mengamalkan cara pemanduan berhemah ketika di jalan raya. Terutamanya ketika  hujan lebat. Pemandangan kabur tentu sekali menjejaskan pemanduan di jalan raya.

Pelbagai  faktor kemalangan yang perlu kita ambil berat agar peratusan kemalangan dan kemungkinan berlaku kemalangan tidak semakin ketara dan bertambah..

Berikut adalah petua untuk para pemandu di jalan raya terutamanya bagi mereka yang memandu kenderaan beroda empat :

1. Elakkan menekan brek apabila kereta tergelincir- Ini boleh menyebabkan kereta terbabas. Cara terbaik ialah kawal pemanduan menggunakan stereng, namun ia hanya berkesan untuk kereta yang dipandu perlahan sahaja.

2. Jangan memandu mengekori terlalu rapat dengan kereta hadapan. Ini akan membantu kita lebih bersedia untuk berhenti sekiranya kenderaan berkenaan menekan brek secara mengejut.

3.
Kurangkan memandu di lorong paling kanan bagi mengelakkan percikan air apabila kenderaan dari arah berlawanan melalui lopak air. Ini bagi mengelakkan percikan air berkenaan menghalang pandangan ke depan, dan ia boleh menyebabkan risiko kemalangan meningkat sekiranya memandu laju.

4.
Jika keadaan hujan semakin lebat dan keadaan gelap dan kabus mengganggu penglihatan, berhenti seketika di kawasan rehat bagi mengelakkan kecelakaan atau kemalangan.

5. Selepas meredah jalan dinaiki air, elakkan terus memandu laju kerana sistem brek tidak berfungsi sepenuhnya berikutan permukaan brek yang basah.

6. Selepas meredah jalan yang dinaiki air, elakkan memandu laju kerana ia boleh menyebabkan bahagian enjin dimasuki air, begitu juga dengan penunggang motosikal dan pejalan kaki yang akan terkena tempias atau percikan air.

Tips kesihatan untuk perempuan sedang haid


Haid adalah keluarnya darah dari organ pembiakan perempuan / wanita dengan mekanisme semula jadi yang berlaku tetap setiap bulan, hal ini merupakan perkara yang normal bagi setiap wanita.

Selain dari larangan beribadah dalam Islam, terdapat larangan yang berkaitan dengan kesan kepada kesihatan semasa perempuan berkenaan datang haid atau dengan kata lain "datang bulan".  

Antara larangan berkenaan ialah :

1.  Jangan minum air kelapa, air sejuk atau air soda semasa haid. Kajian kesihatan mendapati bahawa minum minuman berkenaan semasa haid boleh menyebabkan sisa-sisa darah haid meresap atau melekat di dinding rahim.  Dalam masa lima ke sepuluh tahun, ia sangat berpotensi untuk pembentukkan kanser rahim.

2.  Rambut jangan dibasahkan atau dicuci semasa haid kerana liang-liang atau pori-pori di kepala terbuka pada waktu itu. Ia boleh menyebabkan sakit kepala yang berpanjangan, sama ada semasa muda atau tua nanti.

Rahsia Tarikh Lahir : suatu bentuk penipuan


Sebenarnya tiada satu kaedah yang begitu tepat dalam "rahsia tarikh lahir", untuk menzahirkan sifat sebenar diri seseorang dalam menentukan apa yang sesuai untuk mereka buat dalam kehidupan.  

Walaupun kajian terhadap statistik perilaku manusia pada tarikh-tarikh tertentu dilakukan, namun itu bukanlah menjadi sesuatu yang mandatori atau sesuatu yang boleh dijadikan rujukan. Ada orang yang lahir pada tarikh yang sama tetapi sifat dan kelakuan berbeza.  Ada pula yang lahir pada tarikh berlainan namun mempunyai ciri-ciri dalam diri yang sama.

Yang boleh saya perkatakan di sini ialah pembentukan sifat atau sikap individu adalah berdasarkan kepada  :
  1. cara didikan semasa dijaga oleh ibu bapa dan sesiapa yang bertanggungjawab ketika itu
  2. jenis-jenis kawasan yang mereka tinggal semasa membesar dan bersekolah
  3. cara guru-guru mendidik mereka semasa mereka melanjutkan pelajaran pada mana-mana peringkat
  4. amal ibadah kepada Allah SWT
  5. genetik keturunan ibu bapa
  6. pemakanan yang mereka amalkan
  7. penjagaan soal halal dan haram dalam rezeki
Hal-hal berkaitan dengan tarikh lahir merupakan data-data yang hanya boleh dianggap terjadi secara kebetulan serta sebagai satu bentuk hiburan semata-mata .  Adalah sangat tidak wajar seandainya ada dari kalangan kita yang terlalu taksub kepada kursus-kursus rahsia tarikh lahir dan kepada mereka yang menggelarkan diri mereka sebagai doktor atau pakar "menilai" rahsia tarikh lahir  serta pakar dalam bermacam perkara berkaitan dengan perniagaan.  Yang musykilnya siapa yang memberi pengiktirafan itu kepadanya?.

Berkenaan dengan kesesuaian jenis perniagaan yang boleh dijalankan, ia lebih berkait rapat kepada kemahiran, ilmu, minat serta keghairahan individu terhadap sesuatu bidang perniagaan. Adalah sangat menipu dan syirik apabila ia dikaitkan dengan tarikh lahir dan empat unsur utama alam yang sering dijaja di dalam setiap kursus tertentu.

Kita sebenarnya hanyalah memerlukan motivasi yang berterusan dan minda yang positif untuk berjaya dalam apa jua bidang yang sedang dijalani. Tidak perlulah bayar beratus-ratus, beribu-ribu dan berbelas ribu ringgit hanya semata-mata inginkan "rahsia" tarikh lahir mereka.

Sebagai orang Islam yang beriman, sudah cukup untuk kita beribadah kepada Allah SWT, selain daripada berusaha untuk berjaya seperti rajin membaca, rajin bekerja, rajin membuat pemerhatian, rajin bertanya kepada mereka yang berjaya dan ini tidak semestinya kena masuk kursus-kursus motivasi yang mengarut. Banyak kaedah dan cara percuma yang boleh kita perolehi.

Yang saya hairan, kenapalah ada orang sanggup menghabiskan duit untuk pergi menyertai kursus rahsia itu, rahsia ini sedangkan sebahagian besar dari kita hanyalah memerlukan kekuatan emosi serta spiritual dan ianya boleh didapati dengan bersolat, berdoa dan istiqamah dalam tiap pekerjaan yang dilakukan.  Allah SWT tidak mengenaikan sebarang caj untuk anda berdoa dan meminta keadaNya.

Jangan hanya pandang kaya dan berjaya hanya di dunia semata. Jika terlalu taksub dengan kursus yang dimomok-momokkan dengan kata-kata pelbagai rahsia serta kaya berjaya, sebaliknya bukan peserta yang kaya berjaya. Yang kaya dan berjaya ialah si penganjur yang kaya hasil dari yuran penyertaan peserta kerana dia berjaya "membongakkan" peserta yang naif dan taksub dengannya.

Kesimpulannya bukan semua kursus motivasi atau kursus keusahawanan itu tidak perlu disertai, cuma berwaspadalah dalam memilihnya. Banyak testimoni dibuat bukannya testimoni yang sebenar  kerana ia testimoni yang dibayar.

Pada artikel ini saya kongsikan video penjelasan mengenai Rahsia Tarikh Lahir dan yang seumpama dengannya dari Shahabudeen Jalil bin Kamarul Jaman.  Beliau adalah seorang usahawan online dan offline dengan menjalankan perniagaan yang jelas dan nyata iaitu "memborong".  

Beliau mengendalikan “Kursus Borong China” dan juga menganjurkan “Rombongan Memborong ke China” untuk membuka jalan untuk kita secara bersama dapat memborong terus dari sumber, tidak kira sumber itu dari China, Vietnam, India, Korea atau mana-mana negara lain.

Sehingga kini beliau telah melatih hampir 200 orang pemborong Melayu dan terdapat kira-kira lebih 40 orang pemborong yang boleh dikatakan telah berjaya memborong dari China dengan kuantiti yang banyak

Hakim yang berhati mulia di Indonesia


KISAH BENAR tentang seorang nenek mencuri ubi dan hakim yang bijak

Kisah yang sangat menyentuh hati bermula apabila seorang hakim bernama Marzuki di Mahkamah Indonesia berasa sebak dengan penerangan pesalah iaitu seorang nenek tua yang mengaku salah mencuri ubi kayu.

Di ruang mahkamah pengadilan, seorang hakim duduk termenung menyemak pertuduhan kepada seorang nenek yang dituduh mencuri ubi kayu. Nenek itu merayu bahawa hidupnya miskin, anak lelakinya sakit, dan cucunya kelaparan. Namun pengurus ladang tuan punya ladang ubi tersebut tetap dengan tuntutannya supaya menjadi iktibar kepada orang lain.

Hakim menghela nafas dan berkata, “Maafkan saya, bu”, katanya sambil memandang nenek itu.

”Saya tidak dapat membuat pengecualian undang-undang, undang-undang tetap undang-undang, jadi anda harus dihukum. Saya mendenda anda Rp 1 juta (lebih kurang RM350) dan jika anda tidak mampu bayar maka anda harus masuk penjara 2.5 tahun, seperti tuntutan undang-undang”.

Nenek itu tertunduk lesu. Namun tiba-tiba hakim membuka topi hakimnya, membuka dompetnya kemudian mengambil & memasukkan wang Rp 1 juta ke topinya serta berkata kepada hadirin yang berada di ruang mahkamah.

‘Saya atas nama pengadilan, juga menjatuhkan denda kepada setiap orang yang hadir di ruang mahkamah ini, sebesar Rp 50 ribu (lebih kurang RM17), kerana menetap di bandar ini, dan membiarkan seseorang kelaparan sehingga terpaksa mencuri untuk memberi makan cucunya.

“Saudara pendaftar, tolong kumpulkan denda dalam topi saya ini lalu berikan semuanya kepada yang tertuduh”

Sebelum tukul diketuk, nenek itu telah mendapatkan sumbangan wang sebanyak Rp 3.5 juta dan sebahagian telah dibayar kepada mahkamah untuk membayar dendanya, setelah itu dia pulang dengan wajah gembira dan terharu dengan membawa baki wang termasuk wang Rp 50 ribu yang dibayar oleh pengurus ladang yang mendakwanya.

Kisah ini sungguh menarik dan boleh dikongsi untuk menjadi contoh kepada penegak undang-undang di Malaysia agar bekerja menggunakan hati nurani dan mencontohi hakim Marzuki yang berhati mulia ini.




**sumber dari negara seberang. Sama ada benar-benar ia benar atau tidak, yang perlu kita ambil ikhtibar adalah kisah dalam penceritaan ini.

Mengapa pelangi berbentuk separuh bulat?

Pelangi merupakan fenomena optik dan meteorologi yang menghasilkan spektrum cahaya (hampir) selanjar di langit apabila matahari bersinar semasa hujan turun. Ia merupakan satu lengkung yang berwarna-warni dengan warna merah di lengkung paling luar dan unggu di lengkung paling dalam. Mengikut urutan, warnanya ialah merah, jingga, kuning, hijau, biru, indigo dan ungu.
 
Mungkin kita pernah tertanya kepada diri sendiri, mengapa pelangi berbentuk setengah lingkaran?.  

Pelangi terhasil apabila cahaya terbias melalui titik air di udara. Sebab itulah pelangi selalu dapat dilihat selepas hujan. Ia berbentuk melengkung (bulat) kerana titisan air di udara berbentuk bulat / sfera. Namun biasanya bahagian bawah pelangi itu "terlindung" oleh bumi. Fenomena pelangi ini juga boleh dilihat dan dihasilkan dengan membelakangi cahaya matahari dan menyembur air pada hari yang cerah.

Sebenarnya pelangi itu berbentuk bulatan penuh, namun disebabkan kita tinggal di bumi yang berbentuk bola, pandangan kita jadi terhalang oleh sebahagian bentuk bumi, oleh kerana itu pelangi yang kita lihat hanya setengah sahaja. Lagipun bentuk bumi jauh lebih kecil berbanding matahari. Andai bumi berbentuk lebih besar dari matahari, mungkin kita boleh melihat pelangi dengan keseluruhan dan tidak separuh.

KPDNKK : Senarai barang kawalan jadual 1 dan 2


Urusniaga barang-barang kawalan berjadual memerlukan lesen yang dikeluarkan oleh Pengawal Bekalan.

Barang-barang yang diisytiharkan sebagai barang-barang kawalan di dalam Seksyen 5 Akta Kawalan Bekalan 1961 dan dinyatakan dalam Jadual 1 Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 seperti berikut :
  1. Gula 
  2. Susu termasuk susu pekat, susu tepung atau susu kering dan susu cair
  3. Garam
  4. Simen dan klinker 
  5. Tepung gandum 
  6. Minyak masak 
  7. Baja 
  8. Racun serangga 
  9. Cuka getah atau apa-apa cuka lain digunakan untuk membekukan getah 
  10. Bar bulat keluli lembut 
  11. Minyak tanah 
  12. Ikan yang disedia atau diawet dalam bekas kedap udara 
  13. Beras dari semua jenis (Sabah sahaja) 
  14. Padi (Sabah sahaja) 
  15. Petrol, spirit motor dan gasoline motor dari semua gred 
  16. Bahanapi diesel 
  17. Gas petroleum cecair (LPG) 
  18. Semua jenis roti 
  19. Minyak bahanapi 
  20. Ayam (sama ada segar, disejukkan @ dibekukan) 
  21. Kayu Getah 
  22. Topeng muka (2 lapisan, 3 lapisan, 3 lapisan, N95)

Barang-barang yang diisytiharkan sebagai barang kawalan di bawah Seksyen 5 Akta Kawalan Bekalan 1961 dan dinyatakan dalam Jadual 2 Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 seperti berikut :

1.   Gula
2.   Tepung gandum
3.   Minyak Masak
4.   Baja Kimia
5.   Minyak Tanah
6.   Petrol, spirit motor dari semua gred
7.   Bahan Api Disel
8.   Bar bulat keluli lembut
9.   Simen
10. Gas Petroleum cecair
11. Roti
12. Ayam

Amaran polis : penjenayah samun bersenjatapi masih bebas


Pada 19 Disember 2013 jam lebih kurang 2.30 petang satu kejadian cuba samun bersenjatapi yang dilakukan oleh suspek yang dipercayai seramai tiga orang lelaki Melayu telah berlaku di sebuah Syarikat Peminjam Wang di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur. 

Dalam kejadian tersebut suspek yang bersenjatakan sepucuk Revolver telah melepaskan enam das tembakan rambang. Namun demikian tiada kecederaan dan kerugian dilaporkan. Kes ini disiasat di bawah seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971. 

Siasatan tempat kejadian mendapati suspek melarikan diri menggunakan kereta jenis Proton Wira berwarna Unggu dengan nombor pendaftaran paslu yang diletakkan di tepi jalan hadapan premis berkenan. 



Sehubungan dengan itu pihak polis meminta bantuan sesisapa yang mengenali atau pernah melihat gambar yang diedar untuk tampil memberikan maklumat di mana-mana Balai Polis berhampiran atau berhubung terus Bilik Gerakan JSJ D9 IPK Kuala Lumpur di talian 03-21460685.

Jadual Hari Kelepasan Am Persekutuan 2014



Melalui artikel ini, saya kongsikan Jadual Hari Kelepasan Am Persekutuan dan Negeri di Malaysia bagi tahun 2014. Ia adalah berkenaan dengan pemberitahuan peristiwa serta hari cuti umum. Jadual ini adalah dalam bentuk format "PDF" dan boleh dimuat-turun.

Klik pautan di bawah untuk melihat dan muat-turun jadual berkenaan :

Jenis-jenis ulam di Malaysia

 

Di Malaysia lebih daripada 120 jenis tumbuhan yang dimakan sebagai ulam yang terdiri daripada pelbagai spesis tumbuh-tumbuhan. Tumbuh-tumbuhan tersebut terdiri daripada tumbuhan herba kecil dan melata, jenis semusim seperti pegaga, sehinggalah kepada pokok-pokok renek dan pokok- pokok besar jenis saka seperti petai, jering, genuak dan kerdas, yang biasanya tumbuh liar di kawasan pedalaman, di dusun atau di hutan belantara. 

Pokoknya boleh meninggi atau menjulang antara 20 - 30 meter. Ukuran lilit batangnya boleh menjangkau antara 2 - 5 m. Sayur-sayuran biasa boleh dianggap ulam apabila dimakan sebegitu sahaja. Ini termasuklah sayur-sayuran seperti timun, kubis dan terung.

Ulaman juga boleh dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu kumpulan ulam yang popular, mudah didapati di pasaran, contohnya rebung buluh, cekur manis, jering, kacang kelisa, petai, ulam raja dan lain-lain. 

Manakala kumpulan kedua iaitu ulam yang kurang popular, jarang didapati di pasaran seperti genuak, pucuk jambu golok (gajus), beluntas, pucuk betik, dan cekur. Bagaimanapun dengan adanya pasar-pasar tani dan pasar minggu yang dianjurkan oleh jabatan FAMA dan lain-lain, ulaman ini secara keseluruhan masih dapat dibeli di situ, tetapi dengan kuantiti yang terhad.

 Berikut adalah kategori ulam yang dikelaskan :

Ulam tradisional

Ulam tradisional ialah ulaman yang telah sekian lama dimakan oleh nenek moyang orang Melayu sejak zaman berzaman lagi. Ia boleh ditanam ataupun tumbuh meliar kerana benihnya mudah didapati dan berasal di Malaysia. Kebanyakan ulam ini tumbuh di kampung ataupun di hutan.

Ulam bukan tradisional

Ulam bukan tradisional ialah ulaman yang diambil dari tumbuhan yang ditanam yang asal benihnya dibawa masuk dari luar negeri dan ditanam di Malaysia sebagai sayuran yang selalu kita makan seperti timun, kacang panjang, kubis, lobak merah dan bawang. Ia selalunya terdiri dari ulam yang sering dijumpai. Ada ulam bukan tradisional yang tumbuh meliar umpamanya ketumpang air dan gelang pasir.

Ulam popular

Ulam popular selalunya terdiri dari ulam yang banyak ditanam atau banyak tumbuh meliar melata di mana-mana sahaja sama ada di bandar, kampung, tanah terbiar atau hutan. Ia mudah didapati sama ada dipetik sendiri dari pokoknya atau dibeli di pasar basah atau pasar besar seperti ulam Raja, pegaga dan peria katak.

Ulam kurang popular

Ulam kurang popular ialah ulam yang sukar dijumpai ataupun ulam yang kurang diketahui mengenainya. Disebabkan ia sukar dijumpai, ia jarang dijual di pasar-pasar biasa ataupun pasar besar. Ada juga tumbuh-tumbuhan yang kurang diketahui akan bahagiannya yang boleh dijadikan ulam. Antara contohnya seperti pucuk mangga, pucuk asam jawa, pucuk cermai, pucuk kedondong, gelang pasir, ketumpang air, kemaman, pucuk jering dan pucuk daun kari.

Wartawan TV3 tersasul - BN cuba menipu semasa pilihanraya


Telah terjadi beberapa siri wartawan stesyen televisyen yang sempat dirakamkan ketika mereka terbuat silap seperti tersasul ketika sedang bersiaran langsung di televisyen.  Kali ini ianya terjadi kepada wartawan penyiaran dari TV3 iaitu Pang Chinn Fei.

Ketika itu beliau sedang berlintas langsung dari Wisma MCA, Jalan Ampang, Kuala Lumpur sempena Perhimpunan Agung MCA kali ke 60 pada 21 Disember 2013.  Dalam siaran langsung itu, beliau telah tersasul dengan menyatakan bahawa BN cuba menipu dalam pilihanraya umum ke 13 yang lalu.  Yang sebenar hendak disebut ialah "parti pembangkang".

Sila saksikan video di bawah ini :





*
-bangkai gajah walaupun ditutup, ia masih berbau kuat

Apakah yang dikatakan " ULAM " ?


Ulam yang pastinya tidak sama dengan ulama. Ulama (علماء, ditransliterasikan sebagai ‘Ulamā’) ialah seorang pemuka atau pemimpin agama yang bertugas untuk membimbing dan memandu umat Islam baik dalam masalah-masalah agama mahupun masalah sehari-hari yang diperlukan baik dari sisi keagamaan ataupun sosial kemasyarakatan.

Manakala ulam pula boleh ditakrifkan sebagai bahagian tumbuh-tumbuhan yang terdiri dari pucuk, daun, batang, umbut, biji, buah, ubi dan bunga yang dimakan mentah, dicelur, distim atau direbus sebelum makan.

Selalunya bagi menambah rasa kepada ulaman yang dimakan, ia dicecah dengan sambal belacan, budu, cencaluk, mayonis, atau cecahan-cecahan lain. Biasanya disertakan sekali dengan nasi dan lauk-pauk yang lain. 

Ulam terkenal sebagai hidangan harian utama di kalangan masyarakat Melayu di kampung-kampung dan kini mulai terdapat di kawasan bandar-bandar juga. Disebabkan banyaknya khasiat ulam ini, terdapat inisiatif untuk membukukan maklumat ulam dalam satu buku yang lengkap.

Bagi seorang yang sihat tubuh badannya, maka pengambilan ulam tidak memberi masalah kepadanya kerana ia boleh mengambil apa jua ulam yang dia sukai memandangkan tubuhnya sihat dapat menerima apa jua kesan dan khasiat ulam yang diambil dengan kadar yang sesuai. 

Ini berlainan pula bagi mereka yang berpenyakit kerana pemakanan ulam perlu diperhatikan agar tidak memakan ulam yang boleh mendatangkan kesan buruk padanya. Contohnya, seorang pesakit tekanan darah rendah tidak digalakkan makan banyak ulam sambung nyawa memandangkan ulam ini boleh memberi kesan merendahkan lagi tekanan darah. Walaupun begitu, eloklah orang yang berpenyakit mengambil hanya ulam yang memberi kesan positif padanya.


Oleh kerana ulam dimakan secara langsung tanpa dimasak lama terlebih dahulu, kandungan galian seperti mineral dan vitamin utama seperti kalsium (Ca), fosforus (P), besi (Fe), natrium (Na) dan kalium (K) di dalam ulam tidak termusnah oleh haba. Sebagai contoh, daun kaduk didapati mempunyai kalsium (Ca), fosforus (P), dan besi (Fe) yang paling tinggi iaitu sebanyak 446, 50 dan 13.1 mg masing-masing bagi setiap 100g, dibandingkan dengan ulam-ulam lain.

Ulam juga membekalkan serat yang amat di perlukan oleh sistem penghadaman manusia. Serat memainkan peranan sebagai pengisi pada bahan buangan dan memudahkan pergerakan najis dalam saluran usus.

Ulam juga memainkan peranan penting dalam perubatan Melayu dan kini pakar pengkaji perubatan barat juga turut mengakui khasiat ulam sebagai tambahan yang baik untuk badan. Sebagai contoh, pegaga kini telah diiktiraf oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai herba menjanakan kecerdasan berfikir di kalangan kanak-kanak selain dapat membantu peredaran darah dan meningkatkan kesihatan kulit.


Ulam jering pula mengandungi sejenis sebatian alkaloid pelawas yang boleh memberi rangsangan untuk membuang air kecil. Selain itu juga jering boleh menjadi penawar yang berkesan pesakit kencing manis sekiranya diambil secara berterusan dengan kadar yang sedikit. 

Ini kerana kandungan sebatian alkaloid di dalamnya mampu meneutralkan kandungan gula di dalam badan. Daun kaduk pula mempunyai kandungan kalsium yang tinggi yang diperlukan oleh badan untuk memperkuatkan tulang, dan mengelakkan daripada penyakit osteoporosis terutama dikalangan kaum wanita.

Jurulatih bola sepak Malaysia, jawatan berbadi & berpuaka?



Bola sepak di Malaysia ini sama ada pada pasukan kebangsaan atau kelab dan negeri, jangan disanjung atau dipuji terlalu sangat... Nanti bila sekali dua gagal, rasa kecewanya sukar untuk hilang....

Sebelum ini masa K.Rajagobal membimbing paukan umur bawah 23 tahun dengan cemerlang, ramai memuji melambung.. Namun beberapa tahun selepas diangkat jadi jurulatih pasukan senior / kebangsaan, "sentuhan ajaibnya" kian hilang... Lalu dikutuk dan dikeji.

Tiba pula masa Datuk OKS membimbing bola sepak umur bawah 23 tahun dengan baik dan cemerlang serta dapat mempertahankan pingat emas dlm sukan SEA sebelum ni, juga dipuji "melambung" dan dipuja-puji. Malah beliau mendapat jawatan jurulatih kebangsaan Malaysia untuk sementara waktu, menggantikan Datuk K.Rajagobal.

Namun situasi dan senarionya sama seperti yang dialami jurulatih sebelumnya. Harimau Muda dalam sukan SEA di Myanmar 2013, malu-malu untuk menunjukkan taring dan kukunya. Harimau Muda yang sepatutnya lebih gah dan bertenaga dilihat lesu di padang. Mereka gagal untuk ke peringkat akhir acara bola sepak. Semasa artikel ini ditaip, mereka ketinggalan 2 gol pada Singapura dalam penentuan pingat gangsa.

Harap para pemain bola sepak profesional di Malaysia menguatkan dan sentiasa mempertingkatkan"Kecerdasan Intelektual (IQ)" dan "Kecerdasan Emosi (EQ)" selain daripada menjaga kecergasan dan kekuatan fizikal mereka.


*
- barangkali walau cemerlang macam mana sekalipun seseorang jurulatih bola sepak kebangsaan, jangan mudah memberikan padanya pangkat "datuk" atau "dato". Mungkin inilah badinya kalau berpangkat sangat...

-kemungkinan badi dan puaka akan hilang andainya pemimpin tertinggi dalam FAM ditukarkan kepada mereka yang benar-benar faham "dunia bola sepak"

Sepuluh Negara terkaya pada 2013

 
Berikut adalah nama sepuluh negara paling kaya pada tahun 2013. Negara-negara ini berada di senarai rekod tertinggi daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK) per kapita yang dicatatkan selaras dengan maklumat yang dikumpulkan.

1.Qatar -   adalah negara Arab yang berdaulat, adalah di bahagian atas senarai dan adalah negara yang paling kaya di dunia walaupun penduduk negara ini hanya 2 Juta. Ekonomi Qatar sepenuhnya bergantung kepada bekalan minyak, mereka adalah pengeksport terbesar minyak dan Gas Asli di dunia dan tidak mempunyai dasar  cukai di negara ini.

 KDNK-$ 102,211 lebih kurang

2.Luxembourg - secara rasmi dikenali sebagai Grand Duchy of Luxembourg, merupakan negara Eropah dan merupakan negara daratan iaitu tanpa memiliki laut dan pantai. Namun mereka adalah negara kedua terkaya di dunia dengan jumlah penduduk daripada setengah juta orang.

KDNK-$ 81,100 lebih kurang

3.Singapore - secara rasmi dikenali sebagai Republik Singapura adalah sebuah negara Asia Selatan dengan jumlah penduduk sebanyak 5 Juta, mereka adalah negara ketiga terkaya di dunia.
 
KDNK-$ 61,400 lebih kurang

4.Norway -adalah negara Eropah dengan Penduduk 5 Juta dan salah satu negara yang paling kurang padat di Eropah dan termasuk dalam empat negara yang maha kaya di dunia. Norway ini adalah salah satu negara yang kaya dengan hasil mineral di dunia ini, mempunyai petroleum, gas asli dan rizab air tawar.
 
KDNK-$ 55,900 lebih kurang 

5.Brunei - secara rasminya disebut sebagai Negeri Brunei adalah sebuah negara di Asia Tenggara dengan Penduduk 4.5 Juta dan merupakan tergolong dalam  lima buah negara terkaya di dunia. Pengeluaran minyak mentah dan gas asli menyumbang dalam ekonomi mereka hampir 90% daripada KDNK.
 
KDNK-$ 55,300 lebih kurang

6.Hong Kong - terletak di pantai Selatan China, Hong Kong adalah Kawasan Pentadbiran Khas Republik Rakyat China bermakna mereka berada dalam kedaulatan China. Jumlsh penduduk Hong Kong adalah sekitar 7 juta dan merupakan negara ke 6 terkaya di dunia . Hong Kong adalah dianggap sebagai salah satu pusat kewangan antarabangsa dan Dolar Hong Kong merupakan mata wang kelapan paling diniagakan di dunia.

KDNK-$ 52,300 lebih kurang

7.United Syarikat - Amerika Syarikat dianggap sebagai negara yang Maha Berkuasa di dunia ini, namun ia bukan dalam senarai teratas 5 negara terkaya di dunia, hanya mampu berada pada kedudukan yang ketujuh di dunia.

KDNK-$ 50,700 lebih kurang

 8.Kuwait - adalah sebuah Negara Arab yang terletak di Asia Barat dan negara yang paling ke-8 paling kaya di dunia. Produk Petroleum memberikan sumbangan terbesar kepada ekonomi mereka yang menjadikan mereka salah satu negara yang paling kaya di bumi.

9.United Arab Emirates - adalah sebuah Negara Arab, satu negara yang ekonominya berkembang pesat di mana sumber-sumber semula menjadi penyumbang terbesar dalam struktur ekonominya  seperti petrol dan gas asli. Negara ke sembilan paling kaya di dunia ini mempunyai penduduk lebih kurang 1 Juta.
 
KDNK-$ 49,800 lebih kurang

10.Switzerland - secara rasmi dikenali sebagai Gabungan Switzerland adalah negara Eropah, yang merupakan negara terkaya di ke 10 di dunia. Ia juga dianggap sebagai negara yang paling inovatif di Eropah oleh Kesatuan Eropah. Industri pembuatan menyumbang paling banyak kepada ekonomi Switzerland. 

KDNK-$ 46,200 lebih kurang

Hukum surau atau masjid melaungkan azan menggunakan rakaman suara

Azan merupakan salah satu syiar dalam Islam yang disyariatkan sebagai tanda masuk waktu sembahyang fardu. Ia juga adalah satu ibadah kepada Allah Taala yang tidak sah dilakukan kecuali oleh muazzin yang mencukupi syarat-syaratnya.

Justeru para ulama yang membincangkan berkenaan azan menegaskan bahawa tidak sah azan dilaungkan oleh orang bukan Islam atau orang yang tidak siuman kerana tidak mencukupi syarat-syaratnya. Al-Shirazi menyebut:
ولا يصح الأذان إلا من مسلم عاقل فأما الكافر والمجنون فلا يصح أذانهما لأنهما ليسا من أهل العبادات
Maksudnya: “Tidak sah azan kecuali daripada seorang muslim yang berakal. Manakala orang kafir dan gila tidak sah azan mereka, kerana mereka bukan dari kalangan ahli ibadat”. (Al-Muhazzab, 1/111).

Oleh itu laungan azan dengan menggunakan pita rakaman, cakera padat, dan seumpamanya adalah tidak sah dan tidak dikira sebagai azan secara syar’ie. Azan secara syar’ie mestilah dilakukan oleh seseorang mukallaf yang mencukupi syarat-syaratnya.

Beberapa badan fatwa negara Islam dan kesatuan fikah sedunia telah memutuskan bahawa azan melalui pita rakaman dan seumpamanya adalah tidak sah.

Antaranya, Majmak al-Fiqh al-Islamiy (Islamic Fiqh Council) yang bernaung di bawah Muslim World League dalam persidangan ke-9 yang berlangsung di Makkah pada tahun 1406H telah meluluskan resolusi berikut:
أن الاكتفاء بإذاعة الأذان في المساجد عند دخول وقت الصلاة بواسطة آلة التسجيل ونحوها لا يجزئ ولا يجوز في أداء هذه العبادة، ولا يحصل به الأذان المشروع، وأنه يجب على المسلمين مباشرة الأذان لكل وقت من أوقات الصلوات في كل مسجد على ما توارثه المسلمون من عهد نبينا ورسولنا محمد صلى الله علية وسلم إلى الآن.
Maksudnya: “Laungan azan di masjid-masjid ketika masuk waktu solat dengan menggunakan peralatan rakaman adalah tidak memadai, tidak harus dalam menunaikan ibadah ini, dan tidak terhasil azan yang syar’ie. Adalah wajib ke atas orang Islam untuk melakukan azan secara sendiri setiap kali masuk waktu solat di setiap masjid, sebagaimana amalan yang diwarisi oleh umat Islam sejak zaman Nabi dan Rasul kita Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, hingga sekarang”.

Dalam masalah kanak-kanak lelaki melaungkan azan, maka Mazhab Syafie dan Jumhur Ulama' dari kalangan Hanafiah dan Hanabilah menegaskan azan tersebut adalah tidak sah melainkan dia sudah Mumaiyiz iaitu sekitar usia 11 hingga 12 tahun sebelum baligh. Maka mereka menyimpulkan bahawa kanak-kanak lelaki yang sudah Mumaiyiz boleh melaungkan azan dan sah azannya walaupun yang lebih utama azan tersebut dilaungkan oleh lelaki dewasa. 
Namun yang demikian para ulama Malikiyah berpendapat kanak-kanak sama ada yang belum baligh, diharamkan dari melaungkan azan sama ada sudah Mumaiyiz atau tidak (Hashiyah Al-Dasuki 1/344).

Keterangan Jumhur Ulama’ dapat dilihat pada keterangan Al-Wazir Abul-Muzaffar Al-Syaibani: “Mereka (ulama' Hanafiyah, Syafi’iyah dan Hanabilah) sepakat bahwa azan dari anak yang sudah Tamyiz untuk jemaah dewasa statusnya sah” (Ikhtilaf a’immatil-Ulama 1/94).

Azan oleh kanak-kanak yang belum Mumaiyiz statusnya tidak sah dan wajib diulang walaupun suara kanak-kanak itu seperti orang dewasa dan walaupun dia mempunyai bakat melaungkan azan. Al-Wazir Abul-Muzaffar Al-Syaibani menjelaskan:
“Tidak sah azan kanak-kanak yang belum Mumaiyiz, dan laungannya tidak menggugurkan kewajiban azan satu kampung.” (Al-Fiqh ‘Alaa Al-Madzahib Al-Arba’ah, 1/463)
 **Sumber : http://www.facebook.com/fatwamalaysia

Separuh Akhir Bola Sepak Sukan SEA 2013 : Malaysia - Indonesia


Perlawanan Malaysia bertemu Indonesia pada peringkat separuh akhir bagi acara bola sepak Sukan SEA 2013 ini sememangnya sentiasa menjadi perhatian ramai dan hangat. Ibarat seperti berada di peringkat final.

Siaran langsung boleh diikuti di saluran Astro Arena 801 dan RTM1, seawal 5.20 petang, 19 Disember 2013Perlawanan bermula pada jam 5.30 petang.

 KEPUTUSAN PENUH
tamat masa tambahan kedua
perlawanan akan diteruskan menerusi sepakan penalti

MALAYSIA - INDONESIA 
1  -  1

SEPAKAN PENALTI

MALAYSIA - INDONESIA 
3   -   4   

Malaysia gagal ke peringkat akhir acara Bola Sepak Sukan SEA 2013. Tewas kepada Indonesia dengan jaringan 4 berbalas 5.

Kini Malaysia perlu fokus untuk membawa pulang pingat gangsa ke Malaysia. Doakan kejayaan mereka.  Cubalah untuk cemerlang pada hari esok dan seterusnya.

15 negara terkaya dalam senarai Forbes 2012


Tiga negara di timur dan tenggara Asia yang semakin membangun ekonominya berjaya masuk ke senarai 15 negara paling kaya di dunia.

Singapura mendapat tempat ke tiga, Brunei mendapat tempat ke lima dan Hong Kong menduduki tempat ke lapan dalam senarai penilaian tahun 2012 majalah Forbes dalam kategori negara-negara terkaya di Dunia .

Forbes berkata ia dinilai melalui keluaran dalam negara kasar (KDNK) per kapita dari kuasa beli 182 negara. " PPP ( membeli - kuasa pariti ) terlaras KDNK, disukai oleh ahli ekonomi apabila membuat perbandingan antarabangsa , mengambil kira kos relatif kadar inflasi hidup dan bukan hanya kadar pertukaran, yang boleh memutarbelitkan perbezaan sebenar dalam bernilai, " menurut laporan Forbes. Ia menggunakan data Tabung Kewangan Antarabangsa dari tahun 2010 .Forbes berkata banyak negara yang paling berada, bergantung kepada sumber asli untuk mengisi tabung mereka.

Seperti minyak dan gas asli yang kaya dengan Brunei, Norway, yang berada di tempat keempat , adalah salah satu pengeksport gas terbesar di dunia dan bergantung kepada sumber-sumber yang berkaitan dengan petroleum selama lebih separuh daripada eksport.
Tiga negara-negara Timur Tengah - Qatar, Emiriah Arab Bersatu dan Kuwait - bank kepada minyak dan gas untuk kira-kira 1 /4 daripada ekonomi masing-masing.

Singapura dan Hong Kong berjaya ke senarai di akaun teknologi dan kewangan perkhidmatan mereka.Forbes juga menyatakan bahawa kekayaan di sesetengah negara tidak sama rata , memetik kes Qatar, iaitu di atas senarai.

" Di Qatar , sebagai contoh, cara ia diagihkan adalah sangat tidak sama rata, dan banyak penduduk sebenarnya sangat miskin. KDNK adalah tinggi kerana hasil minyak . Qatar  yang akan menjadi tuan rumah 2022 Bola sepak Piala Dunia dan juga dalam berjalan untuk 2020 Sukan Olimpik , telah menjadi pelabur berprofil tinggi sejak kebelakangan ini. Sesetengah syarikat Qatar mempunyai pelaburan di Filipina, termasuk Liberty Telekomunikasi , yang telah melancarkan perkhidmatan jalur lebar
wi-tribe.
 
Berikut adalah yang lain daripada 15 negara terkaya dalam senarai Forbes :



*
-Terjemahan dari "Google Translate"
-Sila rujuk pada artikel asal  "The World's Richest Countrie"

14 syarikat paling kaya di negara masing-masing tahun 2012


Di dalam sesebuah negara yang pesat membangun dan maju, aktiviti perdagangan atau ekonominya sepatutnya rancak dan berdaya saing.  Maka saban waktu akan muncul syarikat-syarikat koporat ditubuhkan bagi mengambil bahagian dalam "kek ekonomi" sesebuah negara.

Pada artikel ini, saya kongsikan kepada para pembaca berkenaan dengan syarikat yang diiktiraf sebagai paling kaya di negara masing-masing untuk tahun 2012, yang dikeluarkan oleh Majalah Forbes.  

Forbes adalah sebuah majalah perniagaan terbitan dalam negara Amerika Syarikat yang dimiliki oleh Forbes Inc.  Diterbitkan dua kali seminggu, ia merupakan sumber utama untuk berita perniagaan dipercayai serta mempunyai artikel asli mengenai topik-topik kewangan, industri, pelaburan, dan pemasaran.

Berikut adalah senarai syarikat yang terkaya di dalam negara masing-masing :

  1. Japan : Toyota
  2. Korea Selatan : Samsung
  3. Germany : Volkswagen 
  4. Taiwan : Hon Hai Industri (syarikat elektrik) 
  5. Kanada : Manulife Financial (syarikat insurans dan perbankan) 
  6. Switzerland : Glencore International (syarikat perdagangan komoditi) 
  7. Belanda : Shell 
  8. Perancis : Total (syarikat petroleum) 
  9. Malaysia : Petronas 
  10. UK : BP (British Petroleum) 
  11. United Arab Emirates : International Petroleum Investment 
  12. China : Sinopec (syarikat petroleum) 
  13. Amerika Syarikat : ExxonMobil (syarikat petroleum) 
  14. Thailand : PTT (syarikat petroleum)

Video motivasi : bijak cari peluang - tak putus asa


Mempunyai pendidikan yang tinggi atau tidak, sebenarnya ia bukanlah faktor yang "terlalu" utama untuk seseorang mencapai kejayaan di dalam hidupnya.  Keazaman, usaha dan istiqamah dalam setiap perbuatan yang benar-benar menuju ke arah kejayaan yang dicita menjadi pemangkin kepada perubahan dalam mengejar impian dan menjadikannya suatu kejayaan.

Telah banyak contoh-contoh insan yang bermula dengan tiada apa-apa kepada dimiliki kepada memiliki segalanya.  Namun kejayaan yang mereka capai tidak semudah yang disangkakan.  Ada antara mereka yang terpaksa melalui jerit perit kepayahan hidup, menanggung kelaparan dan sebagainya dan akhirnya dengan kesabaran dan ketekunan, kejayaan dalam genggaman. 

Bagi umat Islam, telah diberi jaminan oleh Allah SWT bahawa dengan bersabar dan menunaikan solat adalah salah satu faktor untuk mencapai kejayaan. Allah SWT mendengar tiap rintihan hambaNya dan Dia tahu pada waktu bila yang terbaik untuk kejayaan dan kesenangan itu patut kamu nikmati.  Dalam pada itu, kita perlulah terus menerus memperbaiki dengan berusaha menambah ilmu serta kemahiran

Tonton video di bawah ini. Dalam lawak ada intisari pengajaran yang sangat bermanfaat untuk kita fikirkan mengenai harga sebuah kejayaan...


*
-Tiada perkara yang terlalu susah, tiada perkara yang terlalu senang.

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan