Hukum Memakan Belangkas atau Telurnya

 

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-93 yang bersidang pada 21 Februari 2011 telah membincangkan Hukum Memakan Daging/Isi Belangkas dan Telurnya. Muzakarah telah memutuskan seperti berikut:

Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah berpandangan bahawa tiada nas qati’e yang mengharamkan manusia memakan belangkas.

Pakar Haiwan Hidupan Air menyatakan bahawa belangkas adalah haiwan yang hidup di laut dalam dan hanya naik ke pantai untuk bertelur. Ia adalah sejenis haiwan satu alam yang hidup di laut masin dan sedikit di paya air tawar dan ia tidak boleh kekal hidup di darat kerana bernafas menggunakan insang.

Sehubungan itu, selaras dengan pandangan Jumhur Ulama’ yang menyatakan bahawa haiwan yang tinggal di dalam laut semata-mata dan tidak boleh hidup tanpa air adalah halal dimakan, maka Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa hukum memakan daging/isi dan telur belangkas adalah diharuskan.


*Sumberhttp://www.e-fatwa.gov.my

Related Posts:

  • Resepi Ayam Masak Lemak Cili Api "Torangkek" Ayam Masak Lemak Cili Api, sodap sampai torangkek... apo yang torengkek tu....?. Koninglah eakau ingat apo..? Bahan-bahan yang diperlukan untuk masak lemak cili api (untuk 5 ke 6 ketul cincangan ayam) Air 1 cawan Gar… Read More
  • Resepi Rojak Utara 3 Bebola Rojak ialah variasi makanan tradisi yang mungkin mengandungi buah-buahan, sayur-sayuran mentah, mee kuning, tauhu dan daging, yang dicampur dengan kuah. Makanan ini mudah ditemui di Malaysia, Singapura dan Indonesia. Kali… Read More
  • Resepi apam polkadot gebu & comel Bahan-bahan : 1 sudu kecil ovelette 1 sudu esen vanilla 3 sudu teh baking powder - diayak sekali 3 biji telur sejuk yang disimpan dari peti ais 150 ml susu segar atau susu cair 220 gm gula halus 275 gm tepung … Read More
  • Resepi kuih Vadai Vadai atau (vada, wada, vade), disebut 'Wah-dei', merupakan sejenis makanan orang India selatan. Terdapat dua jenis Vadai iaitu Ulundu Vadai yang diperbuat dari dal dan kentang. Terdapat juga hirisan cili hijau, daun k… Read More
  • Resepi kuih lapis Bahan-bahan : 2 cawan tepung beras 1 1/2 cawan tepung gandum 2 sudu besar tepung ubi kayu 1 cawan gula pasir 600ml santan pekat 800ml air sedikit garam 1 sudu teh esen ros 1 atau lebih pewarna (mengikut citarasa masing-… Read More

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan