Perbezaan antara topi hitam dan putih SEO


Kopi hitam kopi putih...? bukan, sebenarnya topi hitam dan topi putih SEO yang merujuk kepada penggunaan taktik yang berkaitan dengan internet dan laman web atau blog. Tetapi apa yang dimaksudkan dengan SEO? Apa pula maksud "topi hitam" dan "topi putih"? Begini ceritanya....

Pengoptimuman enjin carian (SEO) adalah peluang yang baik untuk promosi laman anda di hasil carian Google dan enjin carian lain. Bagi mereka yang tidak memahami bagaimana SEO berfungsi, saya siarkan beberapa artikel di blog ini yang boleh membantu, tetapi ia adalah penting untuk memahami bahawa terdapat teknik-teknik yang baik dan buruk yang boleh memberi kesan langsung kepada kedudukan anda. 

Jadi, dalam post ini saya akan bercakap mengenai terma dikenali kepada mereka yang sudah biasa dengan SEO - topi hitam dan putih - dan kita akan dapat mengetahui apa yang baik dan apa yang tidak apabila kita berfikir tentang mengoptimumkan laman web kami dan kandungannya.

Apakah topi hitam (black hat) SEO ? 
Dari ' SEO kamus ', black hat mempunyai kaitan dengan teknik-teknik "kasar" yang akan memaksa enjin carian untuk melihat laman web tertentu. Ini mungkin berkesan pada mulanya, tetapi lama kelamaan algoritmanya sudah boleh dikesan pada beberapa teknik yang telah digunakan oleh webmaster.

Amalan seperti ini untuk menipu enjin carian contohnya penggunaan kata kunci secara berlebihan, khususnya dalam tajuk dan tajuk kecil serta kata kunci tersembunyi kepada pengguna iaitu kata kunci yang dapat dikesan oleh enjin carian dan ia ada pada laman web atau blog berkenaan tetapi ia disembunyikan oleh pembangun laman web dari paparan pengguna.


Cara seperti ini biasanya digunakan hanyalah untuk menarik pengguna mengklik pautan yang tersedia dengan mengambil kesempatan pada kata kunci "panas" seperti yang berkaitan dengan seks, bogel atau telanjang.

Apakah topi putih (white hat
SEO) ?
White hat mempunyai kaitan dengan teknik-teknik yang baik pada 'mata' enjin carian. Ini dianggap teknik yang beretika untuk membantu kedudukan laman web atau blog di dalam senarai hasil carian yang dijana oleh "search engine". 

Namun, ada yang mengatakan menggunakan kaedah white hat adalah satu proses yang memerlukan dedikasi dan hasilnya mungkin mengambil masa yang lama untuk muncul tetapi keputusan boleh menjadi lebih stabil dan memuaskan untuk jangka masa panjang.

Perlu diingat bahawa Google mempunyai helah dalam diam untuk menghukum sesiapa yang tidak bertindak mengikut dasar dan ketetapan kaedah-kaedah mereka. Ini termasuklah mengeluarkan halaman anda dari mana-mana bahagian direktori . Ianya dilihat cukup adil tindakkan Google pada seseorang yang menggunakan teknik black hat kerana tiada apa-apa manfaat untuk para pengguna internet jika pihak penyelenggara laman web atau blog tidak menyediakan kandungan yang baik dan pada masa yang sama tidak memenuhi keperluan algoritma "Google Search Engine".


Bagi mereka yang berminat dan ingin laman web atau blog mereka sentiasa berada di dalam senarai keputusan carian Google, bacalah pada ruangan yang berkaitan dnegan terma dan syarat penggunaan perkhidmatan di laman web Google. 


Di sana, anda boleh mendapatkan maklumat lanjut tentang bagaimana untuk membuat kandungan yang baik, bagaimana reka bentuk blog atau laman web yang mesra enjin carian dan bagaimana untuk menguruskan pautan anda.
 

Related Posts:

  • Program PPC IklanSticky : mudah dan sempoi jana duit Bosan tiada sales dalam program affiliate pay per sale (PPS) yang anda sertai? KINI, komisyen anda dibayar hanya memerlukan KLIK sahaja! Di IklanSticky.com, kami sedia membayar komisyen tanpa pelawat membuat pem… Read More
  • Mengapa Perlu Akaun Paypal? PayPal Inc. adalah syarikat dalam rangkaian yang menyediakan perkhidmatan pemindahan wang melalui elektronik, menggantikan kaedah lama yang masih menggunakan kertas, seperti cek dan wang pos. PayPal juga menyediakan perk… Read More
  • Segmen BLOGLIST RAMADHAN SYAWAL by Wada Harun Tidak lama lagi akan tiba bulan Ramadhan dan seterusnya Syawal. Pada hari ini, semasa saya "blogwalking" yang entah mana arah tuju, terjumpalah blog ada seorang adik ni. Nama panggilannya Wada.  Beliau ada membua… Read More
  • Berbaloikah fungsi "Like sekarang untuk membaca" Ledakkan blog dan program pengiklanan di internet semakin deras melanda pengguna internet di Malaysia. Saban waktu, ada saja iklan yang disiarkan dalam pelbagai bentuk dan cara yang menarik serta kreatif. Melalui syarikat… Read More
  • Ringkasan cara buat duit melalui blog   Dunia internet dan blog kini semakin kompleks dan berwarna-warni. Internet dan blog bukan sahaja menjadi media untuk mencari dan mendapatkan maklumat tertentu seperti tawaran kerja kosong, berita sukan atau resepi ma… Read More

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan