Pemasaran Affiliate : Bisnes segera yang menguntungkan

 

Pemasaran affiliate ialah memasarkan produk orang lain dan sekiranya pembeli melakukan pembelian melalui link khas affiliate anda, anda akan dibayar komisen jualan oleh penjual. Pemasaran affiliate semakin popular di kalangan ramai usahawan internet pada masa kini, dan tidak mustahil pemasaran ini akan lebih berkembang pada masa hadapan.

Pernahkah anda terfikir untuk memulakan perniagaan affiliate anda sendiri?. Mari kita lihat 8 sebab utama kenapa anda patut serius memikirkan untuk menyertai pemasaran affiliate.

1. Perniagaan yang boleh terus bermula
Anda tidak memerlukan persiapan yang panjang untuk memulakan perniagaan affiliate. Sebaik sahaja anda mendaftar dengan laman web yang menyediakan perkhidmatan affiliate, anda boleh terus bermula menjalankan promosi untuk produk jualan tersebut. Tambahan lagi, oleh kerana perniagaan affiliate dijalankan atas platform internet, perniagaan anda sebenarnya berjalan 24 jam sehari, 7 hari seminggu! Anda juga boleh menjalankan perniagaan ini dari rumah tanpa perlu ke pejabat, dan ia boleh dijalankan pada bila-bila masa mengikut kesesuaian anda.

2. Tidak memerlukan modal yang tinggi
Anda juga tidak memerlukan modal yang tinggi untuk menjalankan perniagaan affiliate. Ini adalah kerana anda sendiri yang tentukan kaedah pemasaran yang anda inginkan. Sebaik berdaftar dengan mana-mana program affiliate, pada hakikatnya, anda sudahpun mempunyai satu model perniagaan online yang berpotensi menjadi penjana keuntungan untuk anda. Bahkan, anda boleh memilih untuk langsung tidak mengeluarkan sesen pun untuk mula mempromosi laman web affiliate anda kepada prospek pembeli yang berminat.

3. Tiada had untuk menjana pendapatan
Memandangkan pemasaran affiliate ini begitu mudah untuk dimulakan, dengan semua bahan promosi telahpun disediakan, sebenarnya tiada had untuk anda menjana pendapatan lumayan melalui model perniagaan ini. Bergantung kepada usaha yang konsisten yang anda berikan untuk pemasaran affiliate anda, anda berpotensi menjana keuntungan yang besar dalam tempoh yang singkat.

4. Tidak memerlukan produk sendiri
Antara penghalang utama seseorang usahawan baru untuk memulakan perniagaan internet adalah kekangan masa atau sumber untuk menyiapkan produk sendiri. Masalah ini dapat diatasi sekiranya anda memilih untuk menjalan pemasaran affiliate, kerana anda tidak memerlukan produk sendiri untuk dipasarkan. Kembali kepada asas pemasaran affiliate, anda sebenarnya memasarkan produk orang lain, dan menjana pendapatan setiap kali sesiapa membeli produk tersebut daripada link affiliate anda. Mudah, bukan?

5. Tidak memerlukan laman web dan hosting
Kebiasaannya, anda akan dibekalkan dengan laman web jualan anda sendiri yang dikenalpasti dengan link affiliate anda. Laman web jualan ini 100% sama dengan laman web jualan pemiliknya, cuma laman web anda mempunyai link affiliate anda untuk membezakannya dengan laman web affiliate lain. Oleh itu, anda tidak perlu pening memikirkan untuk membina laman web sendiri, membeli domain dan hosting sendiri untuk menjalankan perniagaan affiliate anda.

6. Tidak perlu runsing menguruskan jualan
Kelebihan pemasaran affiliate yang berikutnya adalah anda tidak perlu runsing untuk menguruskan jualan, seperti merekod butiran pembeli, mengenalpasti pakej pembelian, menguruskan pembungkusan dan penghantaran dan sebagainya. Ini adalah kerana semua urusan jualan dilakukan oleh penjual produk tersebut, dan anda boleh focus untuk melakukan promosi, promosi dan promosi untuk mendapatkan prospek pembeli melalui link affiliate anda. Itu sahaja.

7. Bahan promosi biasanya disediakan oleh penjual
Lazimnya apabila anda berdaftar dengan program-program affiliate, penjual lazimnya sudah menyediakan bahan promosi bagi memudahkan pemasaran anda. Sebagai contoh, kandungan emel untuk senarai subscriber anda, banner, teks promosi dan sebagainya. Anda tidak perlu pelik kenapa penjual sungguh baik hati menyediakan semua ini untuk anda. Sebenarnya, penjual akan mempunyai untung yang tinggi sekiranya beliau dapat membantu anda menjalankan promosi, dan mandapatkan pelanggan yang lebih ramai.

8. Anda pilih sendiri kaedah pemasaran anda
Oleh kerana semua bahan perniagaan sudah tersedia untuk anda memulakan pemasaran affiliate anda, anda mempunyai fleksibiliti untuk memilih sendiri kaedah pemasaran yang anda inginkan. Sekiranya anda mempunyai kekangan bajet, anda boleh fokus untuk melakukan pemasaran percuma semata-mata, seperti pemasaran emel, blogging, media sosial, menggunakan kuasa forum dan sebagainya. Manakala sekiranya anda mempunyai bajet yang lebih, anda boleh memilih untuk melakukan pemasaran berbayar seperti menempah banner di fanpage media sosial, facebook Ads, membeli iklan berbayar dan sebagainya.



*Sumber rujukkan

-Tuan Razif Yusuf
-Irfan Khairi 
-Ahmad Zaki - ICT Niaga (Pengalaman Sendiri)

Related Posts:

  • Idea bisnes mudah Siri 2   Artikel ini merupakan lanjutan kepada artikel "Idea bisnes mudah Siri 1". Dalam artikel ini saya memberitahu idea bisnes yang masih lagi relevan dan jika kena pada lokasinya mampu menjana pendapatan yang stabil. B… Read More
  • 14 syarikat paling kaya di negara masing-masing tahun 2012 Di dalam sesebuah negara yang pesat membangun dan maju, aktiviti perdagangan atau ekonominya sepatutnya rancak dan berdaya saing.  Maka saban waktu akan muncul syarikat-syarikat koporat ditubuhkan bagi mengambil baha… Read More
  • Petua memilih perniagaan berbilang aras (MLM) Assalamualaikum... Ada dikalangan kita yang "alahan" pada bisnes MLM.  Terjadinya hal ini kerana teknik pendekatan yang digunakan oleh agen yang menjalankan bisnes tersebut dalam mempromosikan sesuatu bisnes MLM … Read More
  • Lahirnya usahawan komputer di Tanjung Rimau Dalam, Alor Gajah, Melaka Assalamualaikum... Sesudah saya menyertai Program Pembentukan Usahawan Teknikal ( PUTEK ) di Ancasa Hotel MITC pada 13 - 22 Mei 2007, saya mendaftarkan bisnes saya atas nama ICT Niaga Enterprise. Program berkenaan di bawa… Read More
  • Idea bisnes mudah Siri 1 Bermula hari ini saya nak kongsikan idea bisnes yang mudah dan boleh dijalankan di rumah sama ada di kawasan kampung ataupun kawasan perumahan.  Insya Allah, saya akan meneruskan perkongsian pada siri yang lain. … Read More

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan