Jana income online mesti bermodal?


Seperti yang pernah saya konsikan dalam ceramah keusahawanan apabila dijemput oleh Kolej Komuniti Selandar, Melaka dalam forum anjuran mereka, saya katakan jangan terlalu letakkan "modal duit" sebagai halangan untuk berniaga atau menjana pendapatan. Modal adalah subjektif, bukan hanya sekadar bersandarkan pada nilai matawang sahaja.

Contoh modal yang selain dari kewangan ialah :

1.Modal - Kesabaran
2.Modal - Mempunyai Ramai Kenalan
3.Modal - Petah bercakap atau bertutur
4.Modal - Kreatif (fikiran)
5.Modal - Paras rupa/wajah yang cantik, bersih, lawa, kacak
6.Modal - Keberanian

Itu cuma sebahagian jenis-jenis modal yang saya kongsikan dalam forum berkenaan. Jika dikaitkan pula dengan menjana pendapatan melalui "online", ia berkaitan dengan modal masa, modal internet (walaupun guna internet percuma), modal komputer (walaupun komputer pinjam) dan modal ilmu (yang diperolehi dari pembacaan atau belajar secara terus dari sumber).

Dan antara modal-modal yang saya nyatakan itu, ada yang saling berkaitan dan menentukan jenis perniagaan atau cara yang bakal kita jalankan untuk mencipta pendapatan sampingan. Kemudahan awam yang disediakan kerajaan tempatan juga memainkan peranan dalam erti kata "menjana pendapatan online".

Contohnya di bangunan UTC Melaka, pihak K-Ekonomi negeri Melaka menyediakan pusat ICT dengan kemudahan komputer dan internet yang boleh digunakan oleh orang awam secara percuma.

Sesetengah jenis bisnes sama ada yang dimulai dengan menjual secara tradisional hinggalah diintergrasikan ke dalam pemasaran secara online, cuma memerlukan fikiran yang kreatif, ketekunan modal duit yang sangat minima. Contohnya bahan terbuang seperti surat khabar yang diubah menjadi gulungan lalu dijadikan pula anyaman bakul atau bekas. Kemudian produk kraftangan ini diiklankan pula ke dalam internet mengikut pasaran tertentu. Inipun dipanggil "income online".

Kesimpulan bagi perkara "menjana income online" perlu dimulai dengan ilmu pengetahuan sebagai asas kepada semua model-model perniagaan. Dari situlah munculnya fikiran kreatif yang akan memilih cara terbaik untuk bisnes beroperasi dengan modal kewangan yang minima mengikut kemampuan individu yang terlibat.



Related Posts:

  • Bisnes Prepaid ONEXOX - Pakej Modal RM290.00 Salam sejahtera.... Terima kasih kerana anda meng-klik pautan artikel berkenaan dengan peluang berniaga dengan prepaid ONEXOX. Dalam artikel ini akan menerangkan bagaimanakah cara utk menjadi usahawan ONEXOX. Mula-mul… Read More
  • Bisnes sampingan yang menyeronokkan Secara rasminya saya adalah usahawan dalam bidang ICT dan pendidikan, namun demi mencari pengalaman dan kelainan, saya menyertai Teras Unggul Success secara "part time".   Teras Unggul Success adalah perniagaan mi… Read More
  • 5 Kaedah Mencetak T-Shirt   Perniagaan mencetak t-shirt semakin menjadi tumpuan para belia untuk mempelajari dan menjadikan ia sumber pendapatan yang agak lumayan jika kena dengan cara dan jalannya.   Dengan pasaran yang masih la… Read More
  • Panduan pintasan buat bisnes burger   Memulakan Perniagaan Burger! Inilah salah-satu perniagaan yang tidak memerlukan modal besar,  tak memerlukan kepakaran yang tinggi serta tidak akan mengganggu waktu bekerja sepenuh-masa anda jika anda seoran… Read More
  • Bersama Pengerusi Pasar Tani Kebangsaan Tarikh 2 Ogos 2014 lalu merupakan tarikh yang sangat bermakna kerana Encik Jamaludin iaitu Pengerusi Pasar Tani Kebangsaan, Pengerusi Pasar Tani Negeri Melaka dan Pasar Tani UTC Melaka telah menggunakan khidmat nasihat s… Read More

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan