Sejarah MAS (Malaysia Airlines System)

 

Malaysia Airlines System (Sistem Penerbangan Malaysia) ialah syarikat penerbangan Malaysia yang mempunyai lebih 100 destinasi di seluruh dunia. Syarikat ini juga menjalankan operasi penerbangan domestik dan charter. Hub utamanya ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur manakala Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang ,Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching dijadikan sebagai hub kedua.

Syarikat ini merupakan salah satu daripada 6 syarikat penerbangan lain di seluruh dunia yang mendapat pengiktirafan 5 bintang oleh Skytrax selain Asiana Airlines, Cathay Pacific, Qatar Airways, Singapore Airlines dan Kingfisher Airlines. Malaysia Airlines telah diberi kredit oleh IATA melalui IATA Operational Audit kerana perlaksanaan keselamatan operasinya.
 Sejarah MAS
Sejarah MAS bermula pada 12 Oktober 1937, iaitu sebuah syarikat perkapalan enjin stim singapura yang berpusat di Liverpool dan Imperial Airways telah menghantar permohonan kepada kerajaan penjajah di Pulau Pinang dan Singapura untuk memulakan penerbangan berjadual yang menghubungkan kedua-dua bandar ini.

Malayan Airways Limited (MAL) telah ditubuhkan namun perkhidmatan berbayar untuk penumpang yang pertama sekali hanya dapat diperkenalkan 10 tahun kemudiannya pada 2 Februari 1947 dan penerbangan sulung yang hanya membawa 5 orang penumpang ini adalah untuk ke KUala Lumpur, bukan Pulau Pinang. Dalam tahun yang sama, MAL meluaskan operasi penerbangannya ke Jakarta, Medan, Palembang dan Saigon daripada hub utamanya di Singapura.

Pada tahun 1957, syarikat penerbangan ini dijadikan syarikat milik kerajaan. Dengan ketibaan pesawat Bristol Britannia yang mampu membawa 84 penumpang pada tahun 1960, syarikat penerbangan ini memulakan operasi jarak jauh pertamanya ke Hong Kong.

Apabila negara Malaysia ditubuhkan, nama syarikat ini ditukar kepada Malaysian Airways Limited pada November 1963. Kemudian, apabila Singapura berpisah daripada Kesatuan Malaysia pada 9 Ogos 1965, kerajaan Malaysia dan Singapura mengambil alih saham majoriti daripada BOAC dan pemegang saham yang lain dan syarikat ini bertukar nama menjadi Malaysia-Singapore Airlines.

Selepas 20 tahun memulakan operasinya, syarikat ini telah menggunakan pelbagai jenis pesawat seperti Comet IV, enam Fokker F27, lapan Douglas DC-3 dan dua Twin Pioneers dan mempunyai tenaga kerja seramai 2,400 orang. Pada 3 April 1971, syarikat penerbangan ini dibahagikan kepada dua syarikat, iaitu Singapore Airlines dan Malaysia Airlines Systems (MAS). Menjelang tahun 1972, MAS telah meluaskan operasi kepada lebih 34 destinasi domestik dan enam destinasi antarabangsa.
Pada 15 Oktober 1987, nama perdangangan syarikat ini ditukar kepada Malaysia Airlines.

Pakaian Korporat

Perubahan warna dan corak petugas Malaysia Airlines dari awal hingga terkini
Rekaan Sarong Kebaya pada pakaian korporat telah diperkenalkan pada 1 Mac 1986. Seragam ini telah direka oleh Fakulti Fesyen Institut Teknologi Mara, yang kini dikenali sebagai Universiti Teknologi Mara. Corak batik yang digunakan menggambarkan motif kelerai ataupun anyaman buluh. Corak ini menjadi latar belakang dan bersatu dengan warna asas seragam tersebut. 

Kemudian, beberapa corak flora asli Malaysia seperti cempaka, jasmin, dan daun-daun bunga raya disulam pada motif "kelerai" tersebut. Motif geometri Sarawak digunakan pada kelim-kelim baju, hujung lengan dan kain sarong. Pada 1 Januari 1993, warna batik ini dicantikkan lagi untuk dipadankan dengan warna seragam baru pramugaranya.

Kod Warna untuk pramugari
  • Sarong kebaya dengan bunga kuning untuk Inflight Supervisor.
  • Sarong kebaya dengan bunga merah jambu untuk Chief Stewardesses, Leading Stewardesses, dan Flight Stewardesses.
  • Sarong kebaya dengan bunga magenta untuk pegawai pengurusan di lapangan terbang.

Logo Korporat


Sejarah syarikat penerbangan ini bermula pada 1937 apabila Malayan Airways Limited didaftarkan sebagai sebuah syarikat. Operasi penerbangan bermula pada 1947 menggunakan pesawat membawa simbol Harimau Bersayap. Pada tahun 1963, syarikat penerbangan ini telah dinamakan Malaysian Airways Limited apabila Persekutuan Malaysia ditubuhkan. Dalam masa yang sama, Borneo Airways Limited juga diserap masuk ke dalam Malaysia Airways Limited.

Pada 1965, dengan perpisahan politik Singapura daripada Malaysia, terdapat penglibatan yang berterusan daripada kerajaan Malaysia dan Singapura dalam syarikat penerbangan ini. Pada 1967, syarikat penerbangan ini dinamakan semula sebagai Malaysia-Singapore Airline Limited (MSA) lalu menjadi syarikat penerbangan kebangsaan yang dikongsi oleh kedua-dua negara dengan logo yang baru diperkenalkan. Pada tahun 1971, Malaysia-Singapore Airline Limited telah dipecahkan kepada dua syarikat penerbangan, masing-masing dengan polisi dan objektif yang tersendiri, dan terlahirlah syarikat penerbangan Malaysia iaitu Malaysian Airlines System (MAS) pada 3 April 1971. Nama tersebut dipilih kerana singkatan kepada nama tersebut (MAS) bermaksud emas dalam Bahasa Melayu, yang juga menggambarkan perkhidmatan yang berkualiti.

Logo korporat Malaysia Airlines baru direka oleh Institut Teknologi MARA telah diperkenalkan pada 15 Oktober 1987, dengan mengekalkan tema wau bulan, tetapi warna baru dan bentuk yang lebih aerodinamik. Selaras dengan logo korporat baru, taip terbaru juga diperkenalkan - MALAYSIA. Tulisan ini ditulis dalam bentuk italic supaya bersesuaian dengan logo untuk melambangkan arah tujuan serta kelajuan.

Abjad-abjad MAS dalam taip terbaru ini diletakkan sedikit warna merah yang menandakan nama asal syarikat tersebut, Malaysia Airlines System (MAS) selepas rekaan asalnya tidak diluluskan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Penggunaan warna biru yang ditambah pada warna asal merah mempunyai nilai kebangsaan. Warna merah dan biru ini dibahagikan pada garisan tengah logo untuk melambangkan kesaksamaan.


Destinasi pilihan


Malaysia Airlines mula dirombak di bawah Business Turnaround Plan (BTP). Pelan ini dibuat berdasarkan hub-and-spoke approach dan juga polisi terbaru kerajaan iaitu Polisi Rasionalisme Penerbangan Domestik. Ini menyebabkan route domestik Malaysia Airlines berkurangan daripada 118 kepada 22 route dan route antarabangsa juga berkurangan daripada 114 kepada 90. 

Pelan penstrukturan semula untuk penerbangan domestik bermula Ogos 2006 manakala penstrukturan semula penerbangan antarabangsa dijalankan mengikut fasa-fasa. Fasa pertama akan mengembalikan semua laluan penerbangan antarabangsa ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur sebagai hub utama dan fasa kedua akan menamatkan perkhidmatan pada route yang ternyata tidak menguntungkan.

Pelan tersebut bukan sahaja untuk mengurangkan penerbangan-penerbangan syarikat ini, tetapi juga untuk memperbaiki hubungan dan kekerapan laluar sasaran. Sebelum ini, Malaysia Airlines hanya menjalankan operasi penerbangan sebanyak 2 bank ketibaan dan perlepasan, namun sejak Ogos 2006, syarikat ini mengendalikan 4 bank penerbangan setiap hari. Syarikat juga telah melancarkan jadual penerbangan baru yang efektif sejak Ogos 2006 untuk menjamin hubungan laluan yang lebih baik.

Previous Post
Next Post
Related Posts

Promosi

Babab.net