Solat Ghaib untuk mayat yang tidak dijumpai



Hadith mengenai solat ghaib jenazah :

Dari Abu Hurairah r.a katanya : Pada hari kematian raja Najasyi (Raja Habsyah), Rasulullah S.A.W mengumumkannya kepada orang ramai. Sesudah itu baginda pergi ke tempat solat, lalu baginda takbir empat kali (solat ghaib).

Huraian Hadith :

Mayat yang ghaib boleh disembahyangkan walaupun telah dikuburkan. Yang lebih utama menyembahyangkan mayat ialah walinya, iaitu bapanya kemudian datuknya dan seterusnya ke atas, kemudian anaknya, cucu-cucunya dan seterusnya ke bawah,

Di antara syarat-syarat untuk mengerjakan sembahyang jenazah ialah:

1. Orang yang hendak menyembahyangkan jenazah mestilah sudah akil baligh, suci daripada hadas kecil dan besar , menutup aurat dan mengadap kiblat.

2. Tidak disyaratkan masuk waktu, terutama jika ditakuti tubuh mayat itu rosak, maka hendaklah disegerakan sekalipun dalam waktu yang tidak baik (makruh)

3. Jenazah itu mestilah telah selesai dimandikan serta dikafankan.

4. Imam solat jenazah wajib menjelaskan rukun-rukun dan cara-cara sembahyang jenazah itu kepada para makmum kerana ditakuti ada di antara yang hadir tidak mengetahuinya atau terlupa.


Pengertian solat ghaib jenazah :

Solat ghaib jenazah adalah solat terhadap jenazah yang jauh atau telah dikebumikan dan tiada kesempatan untuk ahli keluarga si mati untuk menyembahyangkannya. Solat ghaib berlaku jika si mati berada jauh di seberang laut atau pada kadar dua marhalah (90km). Jika kurang dari dua marhalah maka solat tidak diharuskan.

Jika kematian seseorang hanya diketahui selepas dikebumikan jenazahnya maka diharuskan solat dilakukan di atas kubur si mati.

Solat ghaib disunatkan ketika mendengar berita kematian seseorang dan jika berlalu masa yang panjang maka ia tidak disunatkan dan ada pendapat mengatakan tidak sah.

Cara melakukan solat ghaib sama seperti solat jenazah biasa cuma perbezaannya ialah:
1) Niat di hati untuk menunaikan solat ghaib.

2) Jenazah tidak berada bersama jemaah yang solat.

Bagi yang tidak berkesempatan solat, diharuskan solat jenazah di atas kubur si mati dengan niat yang sama seperti solat jenazah biasa.

Kitab ulama Syafie menjelaskan mengenai diharuskan solat ghaib dan solat jenazah di atas kubur selepas dikebumikan selain daripada nabi. Adapun tempoh masa solat ghaib dikira ketika mendengar berita kematian atau pada hari yang sama. Adapun doa untuk si mati tidak ditentukan masa dan ada pendapat mengatakan bahawa maksud dari solat itu sendiri ialah doa untuk si mati dan diharuskan walaupun berlalu masa yang panjang.

Ketika Nabi Muhamad mendengar berita kematian Najashi (Raja Yaman) yang memeluk Islam maka Baginda dan sahabat melakukan solat ghaib. Berdasarkan peristiwa ini, maka solat ghaib adalah diharuskan. (Kitab Subulas Salam).

Oleh demikian Imam Syafie, Ahmad dan majoriti ulama terdahulu seperti Ibnu Hazm menegaskan, solat ghaib adalah diharuskan dan tiada seorangpun daripada sahabat selepas kewafatan baginda mencegah daripada melakukan solat ghaib. (Fathul Bari).

Bagaimanapun, ada pelbagai pendapat ulama antaranya :

1) Imam Syafie, Ahmad dan seangkatan dengannya berpendapat bahawa solat ghaib adalah disunatkan pada hari kematian berdasarkan peristiwa di atas.

2) Imam Hanafi dan Maliki berpendapat bahawa tidak disunatkan solat ghaib kerana ketiadaan jenazah dan digalakkan berdoa saja untuk si mati.

3) Diharuskan solat ghaib pada hari kematian atau baru menerima berita meninggal seseorang dan cukup hanya niat untuk simati. (Fathul Wahhab).

4) Sebahagian ulama berpendapat bahawa diharuskan solat ghaib jika negeri si mati berada diarah kiblat dan tidak diharuskan jika berada di arah bertentangan.

Namun, majoriti ulama bersepakat, doa supaya diampunkan dosa si mati serta diangkat darjatnya di sisi Allah dan sebagainya adalah diharuskan dan tidak dihadkan bagi tempoh masa tertentu.

Bagi si mati yang tidak ditemui jasadnya seperti tertimbus atau hilang, maka solat ke atasnya tidak diharuskan kerana jasad tidak dapat dimandikan. Jika jasad itu cedera atau rosak seperti disebabkan kemalangan dan tidak dapat dimandikan, maka jasad akan ditayamumkan dan disembahyangkan seperti jenazah biasa.

Related Posts:

  • Tawaf : syarat sah & perkara-perkara sunat. Tawaf adalah perlakuan mengelilingi ka'abah sebanyak tujuh kali. Tawaf adalah salah satu perlakuan ibadah yang dilakukan oleh umat Islam dan hanya dilakukan di Masjidil Haram di Mekah.  Syarat sah bertawaf : Suci dari… Read More
  • Syarat wajib dan syarat sah puasa Assalamualaikum...Sempena bulan puasa ini, saya akan menerbitkan artikel yang berkaitan dengannya.  Kita perlu tahu perkara-perkara penting dalam menjalankan ibadah puasa sebulan dalam setahun.  Syarat wajib p… Read More
  • Andainya aku punya waktu... Aku telah menyaksikan jasa yang ditinggalkan oleh arwah datuk aku sebelum dia meninggal dunia. Aku juga telah melihat tanda-tanda ahli syurga pada arwah nenek aku sebelum dan selepas dia meninggal dunia. Aku masih dapa… Read More
  • Salam Aidiladha 1431 Hijrah - Erti pengorbanan di MalaysiaAssalamualaikum.... Hari ini kita menyambut perayaan yang juga penting dalam agama Islam.  Tetapi apabila saban tahun Malaysia dan negara Islam lain menyambutnya, apakah rakyat memahami erti disebalik sambutan tersebut?… Read More
  • Mereka bercerita sebab-sebab menganuti ajaran Islam Assalamualaikum... Beruntunglah kita yang dilahirkan dalam keluarga Islam.  "Celik mata" saja dah didik dengan ajaran Islam dan suasana keIslaman.  Kita harus bersyukur kerana dilahirkan sebagai orang Islam adala… Read More

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan