Asal usul nama Kajang di Selangor


Kajang ialah sebuah mukim dan bandar di daerah Hulu Langat, Selangor, Malaysia. Ia bersebelahan dengan mukim Semenyih, mukim Hulu Langat dan mukim Ampang.

Ia terletak lebih kurang 14 batu di sebelah tenggara Kuala Lumpur. Dari Kuala Lumpur, Kajang dihubungi melalui jalan raya dan jalan keretapi. Kajang juga dapat dihubungkan dengan Putrajaya, Pusat Pentadbiran Negara dan Cyberjaya Bandar Multimedia Negara. Di sebelah baratnya pula terletak Bandar Puchong, Batu 3 dan Klang.

Jika dilihat dari sudut topografinya pula, Mukim Kajang adalah terletak di kawasan tanah tinggi iaitu lebih kurang 76,250 sm dari paras laut. Kebanyakan permukaan buminya adalah berbukit bukau dan dipenuhi oleh gunung. Tanah datarnya terdapat di kawasan-kawasan lembangan sungai seperti Sungai Langat, Sungai Bangi, Sungai Semenyih dan Sungai Chua. Kawasan-kawasan inilah yang merupakan tempat-tempat awal yang mula diterokai untuk penempatan di Mukim Kajang.

Sate Kajang yang popular di seantero Semenanjung Malaysia
Stadium Kajang menjadi lokasi riadah rakyat setempat
  
Terdapat lima pendapat yang popular tentang asal usul nama Kajang :

Pendapat Pertama : 
Dipercayai Kajang mulanya telah diterokai oleh orang-orang asli dari suku Temuan kira-kira sejak tahun 1580 lagi. Suku inilah yang memberi nama Kajang berdasarkan sejenis mengkuang hutan yang digunakan untuk membuat atap yang tumbuh dengan banyaknya di kawasan itu.

Pendapat Kedua : 
Seorang pembesar di Sungai Ujong bernama Batin Berenggai Besi, pernah mendirikan beberapa pondok di pinggir sungai yang terletak di kawasan Kajang sekarang dengan menggunakan atap mengkuang yang dilipat kajang. Kemudian, beliau berkesimpulan tempat ini sesuai untuk dijadikan penempatan. Sempena bentuk atap mengkuang yang dilipat kajang.

Pendapat Ketiga : 
Menurut satu riwayat, maksud perkataan 'berkajang' bagi orang Mendailing ialah berpondok/berteduh. Manakala bagi orang Bugis 'bertikam atau bergaduh'. Kedua-dua puak ini pernah bertikaman di salah sebuah kawasan bukit berhadapan stesen keretapi yang ada sekarang, kerana salah faham maksud perkataan 'berkajang'. Peristiwa ini berlaku semasa kedua-dua golongan ini menghulu ke Sg. Langat kerana melarikan diri dari perang saudara yang berlaku di Kelang di antara tahun 1867 hingga 1873. Setelah peristiwa tersebut, tempat ini diberi nama Kajang.

Pendapat Keempat : Ada sumber lain mengatakan Kajang telah dibuka oleh Encik Lili juga dikenali sebagai Toh Lili yang datang dari Riau pada tahun 1776. Beliau adalah pengikut Sultan Mohamed Shah Ibni Al-Marhum Sultan Ibrahim Shah yang berasal dari Riau. Dengan kebenaran Sultan, beliau bersama enam orang rakan telah membuka tanah untuk penanaman padi di Bukit Sg. Merbau dan membuka lombong Sungai Merbau yang kini dikenali sebagai Kajang.

Pendapat Kelima 
Raja Alang dari suku Mandailing bersama sekumpulan pengikutnya berhijrah ke Tanah Melayu pada awal tahun 1800. Kumpulan ini belayar memasuki Tanah Melayu melalui Kuala Sungai Langat. Setelah beberapa hari berlayar, mereka berteduh atau 'berkajang' disuatu kawasan yang sekarang ini dipanggil Jalan Mandailing. Sebahagian pengikut-pengikut Raja Alam telah menerokai kawasan Kampung Batu 14 sekarang dengan penanaman padi. Penempatan mereka ini akhirnya dimasyhurkan dengan nama Kajang oleh Raja Alam.

Related Posts:

  • Al Quran Tanah Melayu (Malaysia) dan senapang milik bangsa Melayu dari abad ke 19 dilelong Sejarah Malaysia (Tanah Melayu) yang dicatatkan dalam buku-buku sejarah kebanyakkan pada hari ini adalah menyimpang dari perihal yang asal. Beberapa bahagian penting dalam sejarah tamadun Tanah Melayu, malah mengenai b… Read More
  • Asal usul nama Kajang di Selangor Kajang ialah sebuah mukim dan bandar di daerah Hulu Langat, Selangor, Malaysia. Ia bersebelahan dengan mukim Semenyih, mukim Hulu Langat dan mukim Ampang. Ia terletak lebih kurang 14 batu di sebelah tenggara Kuala Lum… Read More
  • Sejarah Blogger - Blogspot Kisah Blogger (seperti yang diceritakan oleh salah seorang pemilik asal jenama "Blogger"). Sesetengah ayat saya tidak terjemahkannya kerana mungkin akan lari dari maksud asalnya. Kebanyakkan terjemahan dari Google Translat… Read More
  • Sejarah MAS (Malaysia Airlines System)   Malaysia Airlines System (Sistem Penerbangan Malaysia) ialah syarikat penerbangan Malaysia yang mempunyai lebih 100 destinasi di seluruh dunia. Syarikat ini juga menjalankan operasi penerbangan domestik dan char… Read More
  • Madinah sebelum peristiwa hijrah Madinah atau nama penuhnya Madinah al-Munawwarah ialah salah sebuah kota yang terdapat di wilayah Hijaz, Arab Saudi. Madinah sekarang mempunyai populasi seramai 839,400 orang (1999). Madinah pada asalnya bernama Yathrib … Read More

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan