Koleksi Gambar Bomoh 1Malaysia


Semenjak beliau melakukan ritual perbomohan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, beliau mendapat liputan meluas sehingga dikatakan menjadi perhatian media massa di negara Arab.  Promosi percuma yang beliau dan rakan-rakannya perolehi sangat jarang didapati oleh "usahawan" lain yang kebiasaannya memerlukan sejumlah modal yang besar untuk membayar kos pengiklanan dan promosi imej sama ada di dalam dan di luar negara.

Beliau dikira sangat bertuah dengan publisiti yang diberikan.  Dan semenjak kes beliau yang dikatakan melakukan sesuatu yang sesat dari ajaran Islam yang sebenar (walaupun ada pihak yang menyokongnya), melahirkan ramai juru edit bahan digital yang kreatif.  Pelbagai bahan-bahan terbitan digital dilihat banyak disebarkan ke segenap ruang internet di Malaysia, malah mungkin sudah menerjah jaringan antarabangsa.

Dalam artikel ini saya memaparkan beberapa koleksi gambar tok bomoh yang telah diedit oleh mereka yang sangat kreatif (kreatiflah sangat.....).


**gambar akan ditambah dari semasa ke semasa sekiranya ada gambar baru**












*KOMEN :

- Tidak bertanya tersesat jalan... Jika terjadinya hal mengelirukan seperti ini, duduk sepakat bincang dan huraikan dari pelbagai sudut, apa yang salah dan mana yang betul.

-Dalam tiap perkara, agama adalah perkara asas yang nombor satu wajib dipertimbangkan dari segi perlaksanaan dan perlakuan. Dalam konteks isu ini adalah Islam.

-Dikuatiri "tindakan berani" beliau ditaja atau didalangi oleh pihak "pembesar" tertentu bagi mengalihkan dan menyibukkan perhatian rakyat jauh dari sesuatu perkara yang lain a.k.a berlakon je ni...

-Mulianya seseorang harus dinilai pada keimanan, kesabaran dan keteguhannya dalam mempertahankan kebenaran, berani buat teguran disaat yang lain kelu dan memperterangkan yang haq serta membersihkan yang bathil...

Related Posts:

  • Video yang boleh menakutkan tentera Israel Penaklukan dan cubaan rampasan tanah oleh tentera Israel di Palestin serta keganasan tanpa batasan oleh mereka hanya melahirkan belia-belia yang sanggup berjihad mempertahankan kedaulatan Islam dan tanah air mereka. Merek… Read More
  • Mercun & bunga api dijual di Bazar Ramadhan Jalan Hang Tuah, Melaka GAMBAR HIASAN : antara contoh bunga api dan mercun yang dijual di bazar Ramadhan Jalan Hang Tuah, Melaka Bazar Ramadhan bukan sahaja terdapat jualan yang berkaitan dengan juadah berbuka puasa dan persiapan untuk mer… Read More
  • Video klip lagu : Gegarlah Keamanan Israel Keganasan Israel yang ditunggangi oleh fahaman Zionis masih berterusan dan negara-negara Islam sekitarnya seakan buta mata dan tuli telinga mereka.  Hanya sebilangan kecil negara Arab yang mungkin ada menghulurkan b… Read More
  • Mesut Ozil nafi menderma pada Gaza   Sesetengah media antarabangsa melaporkan bahawa Özil mendermakan wang bonus kemenangan berjumlah £350k sempena Piala Dunia untuk penduduk Gaza selepas terharu apabila seorang kanak-kanak di Semenanjung Gaza yang te… Read More
  • Malaysia N-u-d-e Sports Games 2014 ? Dimaklumkan dalam sebuah laman web perkongsian video (bukan Youtube) dalam sebulan lalu, terdapat seramai 18 "nudists" datang ke pantai rahsia di belakang "Pulau Pinang". Lokasinya yang lebih tepat dirahsiakan. Mereka dik… Read More

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan