Perasmian Radix Fried Chicken cawangan Shah Alam - 22 Februari 2012

 

Assalamualaikum.....

HPA Industries Sdn. Bhd yang ditubuhkan pada 15 hb Julai 1995, diasaskan oleh Tuan Hj. Ismail bin Hj. Ahmad akan mengadakan majlis Perasmian Radix Fried Chicken cawangan Shah Alam pada hari ini (Rabu, 22 Februari 2012), bermula jam 4.00 petang.  

Dengan pembukaan cawangan baru di Shah Alam, secara langsungnya menamatkan penantian peminat RFC yang berada di sekitar Lembah Kelang bagi melihat sebuah restoran RFC dibina dalam kawasan mereka.
Tentatif program adalah seperti berikut
Solat Asar berjemaah
Bacaan Yassin & Doa' Selamat
Ucapan Perasmian dari Pengarah Urusan HPA Industries Sdn Bhd, Tuan Haji Ismail Bin Haji Ahmad
Sokonglah perkhidmatan dan produk keluaran umat Islam bagi memperampuhkan usaha memperkasakan ekonomi umat Islam sejagat seperti mana yang dilakukan oleh penganut agama lain pada usahawan-usahawan mereka.  
Contoh yang terbaik ialah seperti yang dibuat oleh bangsa Yahudi.  Bagaimana keteguhan hati mereka menyokong aktiviti ekonomi Yahudi yang sehingga kini berjaya menguasai sebahagian besar pasaran ekonomi dunia.
Jika ada masalah pada produk dan perkhidmatan dari usahawan Islam, maka dengan niat mahu memperbaiki dan meningkatkan mutu perkhidmatan usahawan-usahawan Islam, pergilah membuat aduan pada para pengusaha berkenaan.  
Janganlah kita memburuk-burukkan dan menambah-nambahkan cerita tetapi dalam masa yang sama menyokong perkhidmatan yang bukan Islam.  Apa yang saya lihat pada masa kini, walaupun ada masalah pada perkhidmatan dan produk keluaran orang-orang "kafir", namun ada sebilangan besar umat Islam masih lagi berkunjung pada premis "orang-orang kafir" itu.

Related Posts:

  • Resipi Talam Labu Berlauk   Kali ini saya kongsikan resipi dan cara penyediaan makanan berasaskan labu. Ia juga turut menggunakan produk keluaran RAMLY FOOD PROCESSING SDN BHD. A:  400  gm    Labu Manis – rebu… Read More
  • Resepi Telur Rebus Berdaging Pada kali ini saya kongsikan pula resepi mudah sebagai lauk sampingan makan tengah hari atau malam anda, dengan menggunakan bahan dari keluaran syarikat RAMLY FOOD PROCESSING SDN BHD. TELUR REBUS BERDAGING A:  5 … Read More
  • Zam Burger Bakar & Western Foods (Melaka)   Mohammed Zamri atau lebih dikenali sebagai Zam di kalangan rakan-rakan adalah peniaga sepenuh masa di Pasar Tani UTC Melaka, Jalan Hang Tuah, Melaka.  Beliau adalah seorang belia Melayu yang bercita-cita tinggi… Read More
  • Battle of Burger Bakar : jenama burger bakar di Malaysia Sebelum ini rakyat Malaysia terutamanya di negeri Melaka dilanda "musim coconut shake". Dilihat jenama Coconut Shake Klebang mendominasi pasaran.  Namun keghairahannya kini seperti sudah kembali reda.  Kini selu… Read More
  • Resepi Pasta Bakar Bahan-bahan  (hidangan untuk 5 atau 6 orang)  : 250 g pasta (makaroni, rigatoni atau chifferi) 300 g daging cincang 2 ulas bawang putih – dicincang halus 1 ulas bawang merah – dicincang halus 1 biji lo… Read More

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan