Destinasi Pelancongan : Bandar Georgetown, Pulau Pinang

 

Assalamualaikum.....

Untuk destinasi pelancongan kali ini, saya menyediakan informasi mengenai salah satu tempat di Negeri Pulau Pinang iaitu Bandar Georgetown.  Ia merupakan destinasi yang belum pernah saya pergi.

Pulau Pinang juga dikenali sebagai Mutiara Timur merupakan salah sebuah pulau yang terindah dan paling romantis di Asia. Pulau tropika ini terletak di Lautan Hindi di bahagian barat laut Semenanjung Malaysia.

Pulau Pinang mendapat namanya dari pokok pinang yang tumbuh melata di pulau tersebut pada suatu masa dahulu. Pulau ini diasaskan sebagai pusat dagang British yang pertama di Timur pada tahun 1776 dan kini merupakan kotaraya yang mencerminkan gabungan unik timur dan barat.


Pulau Pinang terdiri dari dua kawasan utama iaitu pulau dan sebidang tanah di tanah besar yang dikenali sebagai Seberang Prai. Jambatan Pulau Pinang merupakan sebuah jambatan terpanjang di Asia yang berukuran 13.5 km menyambungkan Pulau Pinang dengan tanah besar Semenanjung. Pulau Pinang juga boleh dihubungi dengan perkhidmatan feri terus ke tanah besar.


Bandar Georgetown merupakan ibunegeri Pulau Pinang yang dipenuhi dengan sejarah dan warisan tetap menyerlahkan kemajuan dan pembangunan. Terdapat beberapa tempat yang menggambarkan suasana zaman silam di bandar ini seperti jalan yang sempit, beca, kuil-kuil Hindu serta para penjaja yang menjual barangan mereka - pemandangan yang seolah-olah tidak pernah berubah sejak dahulu lagi. Pulau Pinang merupakan destinasi sesuai bagi mereka yang gemar membeli-belah mencari barangan lama mahupun yang baru, kesemuanya pada harga yang amat murah.

Di sini juga para pelancong berkesempatan mencuba sajian-sajian makanan yang paling lazat di rantau ini yang merangkumi masakan Melayu, Cina, Nyonya dan pelbagai makanan gerai seperti nasi kandar, char kway teow dan laksa Penang yang kesemuanya dimasak dengan gaya yang unik.


Selain itu, bandaraya George Town, Pulau Pinang, turut disenaraikan dalam tarikan Warisan Dunia UNESCO pada 7 Julai, 2008. Sebagai usaha promosi, Forum Pelancongan ASEAN (ATF) telah memperkenalkan pakej Warisan Dunia UNESCO 1-2-3 yang merangkumi tapak Warisan Dunia di George Town (Pulau Pinang), Melaka dan Borobudur (Indonesia).


**sumber rujukan dari : Cuti Malaysia

Related Posts:

  • Lokasi yang best di Cameron Highland, Pahang Berikut adalah Sepuluh Tempat Menarik di Cameron Highland yang mungkin ada antara kita yang tidak tahu atau terlupa.  Maka senarai ini boleh menjadi salah satu cadangan untuk mereka yang mencari-cari lokasi untuk mel… Read More
  • Sambutan Ambang Tahun Baru 2016 Bagi anda yang berada di Melaka sama ada yang sememangnya menetap di Melaka ataupun pelancong yang masih bercuti di Melaka, untuk datang singgah di Dataran Pahlawan, Banda Hilir bermula pada jam 10.00pagi (31 Disember 20… Read More
  • Destinasi Pelancongan : Tanjung Rhu, Langkawi Tanjung Rhu merupakan sebuah tanjung dan sebahagiannya pantai yang landai dan indah di timur laut pulau Langkawi, Kedah , Malaysia. Tanjung Rhu menawarkan pakej pelancongan yang cantik dan menarik bagi mereka yang suka… Read More
  • Korea Utara : bukan semuanya best mengenai Korea Sebut sahaja Korea Selatan, pasti sebahagian anak muda di Malaysia akan terkinja dan menggelinjang seperti ulat sagu lantaran populariti artis negara berkenaan. Ada juga yang mengidam untuk melancong dan bercita-cita mela… Read More
  • Destinasi Pelancongan : Pantai Kemasik, Terengganu Kemasik merupakan sebuah mukim dan bandar yang terletak di daerah Kemaman, Terengganu. Daya tarikan utama bandar ini ialah Pantai Kemasik. Kemasik terletak antara Kerteh dan Kijal di antara Jalan Kemaman-Kuala Terengganu… Read More

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan