Keputusan perlawanan bola sepak persahabatan : Filipina - Malaysia 29 Februari 2012

 


Assalamualaikum.....

Secara keseluruhannya mutu permainan pasukan bola sepak Malaysia merosot lantaran kemungkinan mereka kehilangan "rentak" setelah sekian lama berehat dari sebarang perlawanan antarabangsa.  Malah boleh dikatakan Malaysia kekurangan perlawanan persahabatan dan ia menjejaskan prestasi skuad Harimau Malaya yang dibimbing oleh ketua jurulatih, K.Rajagobal.

Dalam perlawanan ini, Filipina berjaya mendahului Malaysia dengan jaringan pada minit ke 34, separuh masa pertama oleh Wolf (pemain import yang mendapat kerakyatan Filipina).  Ia berpunca dari lontaran ke dalam oleh pemain Filipina dan Wolf yang tidak dikawal dengan sempurna oleh pertahanan Malaysia, dengan mudah membuat tandukan separas pinggang lalu penjaga gol Malaysia iaitu Farizal Marlias tidak berada di posisi yang tepat untuk menangkapnya.

Filipina mendominasi perlawanan dengan gerakan yang lebih tersusun dan mantap. Namun sebaik sahaja memasuki separuh masa kedua, para pemain Malaysia dilihat telah berusaha dengan sedaya mungkin terutamanya Safee Sali yang belum cergas sepenuhnya akibat dari kecederaan semasa latihan beberapa hari sebelum perlawanan.  Hasilnya, Ahmad Shakir Md Ali menjaringkan gol antarabangsanya yang pertama untuk pasukan utama dan terlangsungnya merupakan gol penyamaan bagi skuad bola sepak Malaysia dalam masa tambahan. 

Secara keseluruhannya pasukan Malaysia telah menonjolkan permainan yang menarik dengan beberapa percubaan yang merbahaya ke pintu gol Filipina namun sentuhnya penyudah saf hadapan negara agak kehilagan bisanya. Boleh dikatakan perlawanan seperti inilah yang sepatutnya diperbanyakkan lagi agar lebih memberi kesedaran kepada para pemain yang mewakili Harimau Malaysia agar mereka tidak leka serta sentiasa peka untuk meningkatkan dan cuba mengekalkan tahap terbaik dalam prestasi untuk setiap perlawanan.


Kesimpulan
Skuad Malaysia yang menggandingkan wajah-wajah baru nyata belum serasi namun permainan mereka bagus di bahagian tengah yang diketuai Safiq rahim dan larian-larian pantas di kedua2 sayap iaitu Kunalan dan Wan Zack nyata merupakan strategi yang ampuh untuk Malaysia malah akan lebih berbisa jika Norshahrul Idlan Talaha dapat "diturunkan" dalam setiap perlawanan. 
Penyerang utama Malaysia iaitu Safee Sali terlepas beberapa peluang cantik dihadapan pintu gol namun hantaran beliau kepada Shakir Ali membuahkan hasil dengan Shakir Ali bijak mengacah pertahan Filipina sebelum membuat sepakan yang mengelirukan penjaga gol Filipina dengan menggunakan kaki kiri.  Safee Sali membuktikan bahawa dia tidak "tamak" untuk mengejar kemasyhuran.  
Walaupun telah bergelar "jutawan bola sepak" dan mempunyai nama yang gah setaraf lagenda bola sepak Malaysia seperti Ghani Minhat dan Allahyarham Mokhtar Dahari, namun Safee Sali masih bersikap seperti "resmi padi", semakin berisi semakin tunduk.  Sikap dan mentaliti sebeginilah yang patut ada dalam setiap "otak" pemain-pemain bola sepak di Malaysia. Tidak hanyut dan tidak leka dengan kesenangan dan kemasyhuran.


Previous Post
Next Post
Related Posts

0 Maklumbalas:

Promosi

Babab.net