Isu jutawan baru bola sepak : Safee Sali pencetus baru revolusi industri bola sepak Malaysia

 Safee Sali selepas sidang akhbar di Cilandak, Jakarta Selatan.


Assalamualaikum.....

Tahun baru, isu baru. Iya, itulah yang dicetuskan oleh penyerang sensasi Malaysia, Safee Sali kerana baru sahaja menyambung kontrak yang cukup lumayan dan diberi penghormatan menjadi ketua pasukan bola sepak Pelita Jaya.

Mungkin ramai yang tak terfikir pemain bola sepak Malaysia mampu mencapai pencapaian sebegini tinggi.  Sememangnya Safee Sali berhak memperolehinya hasil usaha keras beliau selama ini. Sebelum ini teka-teki mula menjadi sensasi apabila beliau dikhabarkan ingin disunting dengan tawaran gaji bulanan bernilai RM45,752  ( AS$15,000 ) oleh Persatuan Bola Sepak Negeri Johor.

Dalam tawaran kontrak untuk kekal mewakili pasukan bola sepak Pelita Jaya selama dua tahun, Safee Sali akan memperolehi :

  1. rumah
  2. kenderaan
  3. pemandu peribadi
  4. bonus tetap perlawanan
  5. cukai dibayar oleh kelab 
  6. penghormatan sebagai Ketua Pasukan Pelita Jaya FC
  7. tiket pergi balik ke Kuala Lumpur yang disediakan oleh Kelab
 Selain itu Safee Sali juga mendapat beberapa kelebihan seperti berikut :
  • Safee Sali akan mendapat ‘commercial endorsement’ bagi pelbagai jenama & produk di seluruh Indonesia
  • Imej Safee Sali akan digunakan untuk tujuan pengiklanan dan pemasaran.
  • Safee Sali diberi peluang mewakili mana-mana kelab milik penuh Pelita Jaya di Belgium dan Australia apabila peluang tiba dan bergantung kepada tempoh pendaftaran yang ditetapkan oleh liga di negara kelab tersebut. 
  • Antara kelab yang dimiliki penuh oleh Pelita Jaya Cronus selain Pelita Jaya FC di Indonesia ialah Brisbane Roar FC di Australia yang akan bermain di AFC Champions League 2012, CS Vise di Belgium, kelab divisi 2 di Liga Belgium dan SAD Uruguay sebuah kelab pembentukan pemain remaja di Uruguay.
  • Pelita Jaya juga mempunyai hubungan baik dengan beberapa kelab terkenal di benua lain seperti di Brazil serta Eropah (Belanda).
 Mengenai isu status Liga Super Indonesia, berikut adalah penerangan yang diambil dari akaun facebook iaitu SafeeSali_10 Official :

" Tenang Semua! Indonesia Super League (ISL) Tak Diharamkan lagi dan ISL bukan liga haram dan Safee bukan pemain liga haram. ISL adalah liga yang diputuskan untuk dijalankan oleh PSSI di Kongres Bali 2011 dan tiada keputusan dari mana2 kongres atau mesyuarat PSSI hingga hari ini yang mengatakan ISL tidak boleh dilaksanakan. Maka itu, ISL adalah liga sah PSSI dan FIFA minta PSSI selesaikan kekeliruan ini, bukan haramkan. Memang ada masalah di PSSI, tapi mereka sedang usahakan untuk diselesaikan secepat mungkin. Kerja Safee main bola ikut kontrak, bukan selesaikan isu PSSI dan Safee tak boleh langkah keluar begitu sahaja. Sama2 kita doakan semuanya berjalan lancar dan selamat, bukan doa yg sebaliknya....."

Oleh itu sama-samalah kita mendoakan agar perjalanan Safee Sali sebagai pemain bola sepak profesional semakin maju dan meningkat dan semoga apa yang diperolehi oleh beliau ketika ini di Pelita Jaya FC tidak akan menghayutkan dia dalam urus kemasyhuran dan kekayaan.

Semoga dengan kejayaan Safee Sali ini dapat menjadi pencetus reformasi besar-besaran dalam industri bola sepak Malaysia serta tanggapan sesetengah ibu bapa terhadap masa depan sebagai ahli sukan bola sepak, yang rata-ratanya mempunyai tanggapan yang agak negatif terhadap kerjaya selaku ahli sukan khasnya bola sepak.  Juga semoga golongan kanak-kanak, remaja serta belia di Malaysia medapat dorongan positif atas apa yang diperolehi oleh Safee Sali, agar terus memajukan diri dan serius dalam sukan bola sepak kerana seandainya kita berusaha gigih, berdoa dan beristiqamah dalam setiap perbuatan, insya Allah rezeki halal ada di mana-mana.


** Pesanan kepada Safee Sali : ingatlah solat dan amal ibadah lain usah dilupakan.  Bersyukur dengan apa yang ada dan berzakatlah bagi mensucikan harta dan diri anda.....
Previous Post
Next Post
Related Posts

Promosi

Babab.net