Kapal kargo Israel mengembangkan operasi di Malaysia



Salam sejahtera kepada penduduk Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak...

Di blog ini, saya cuma menyampaikan berita yang tidak disiarkan di surat khabar dan stesyen televisyen arus perdana di Malaysia.  Saya tidak pandai berpolitik. Ini cuma sebahagian usaha saya menyemarakan lagi proses demokrasi berperlembagaan di negara ini.  Ikuti berita di bawah ini :

Kerajaan Malaysia bertanggungjawab membantu syarikat perkapalan kargo Israel, Zim Integrated Shipping Services Ltd terus berkembang di Malaysia, kata Naib Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Azmizam Zaman Huri.

“Kapal-kapal kontena Israel berlabuh di seluruh dunia. Dengan membenarkan kapal mereka berlabuh di Malaysia, ini secara langsung membantu kelancaran operasi syarikat mereka.

“Syarikat kapal kargo dari Israel ini bukan sahaja dibenarkan berlabuh, malah turut dibenarkan memiliki pejabat mereka sendiri di West Port,” jelas Azmizam.
Beliau turut menambah, selepas syarikat perkapalan Malaysia MISC Berhad menghentikan operasi penghantaran kargo, syarikat tempatan yang terlibat dalam aktiviti import dan eksport akan semakin kekurangan pilihan.

Pada November tahun lalu, MISC Bhd dalam satu kenyataan mengumumkan akan menghentikan perkhidmatan perkapalan kontenanya pada akhir Jun depan, berikutan perubahan radikal dalam industri perkapalan serta kerugian besar dalam segmen berkenaan.

“Tidak dapat tidak, ada di antara syarikat tempatan yang akan mendapatkan khidmat kapal kontena Israel.

“Kerajaan mendakwa tiada kuasa untuk menyekat perdagangan oleh pihak-pihak lain dengan Israel, sedangkan pastinya ada prosedur yang perlu dipatuhi sebelum mana-mana pihak dibenarkan berlabuh di sini”, kata beliau lagi.

Kerajaan Malaysia terus mendapat bantahan selepas pendedahan berkenaan kapal kargo dari Israel, Zim Europa dan Zim USA yang berlabuh di Pelabuhan Kelang terus dari Ashdod, Israel.

Kerajaan bagaimanapun menafikan wujudnya hubungan diplomatik dan politik dengan Israel dan mengatakan hubungan dagang terpaksa dilakukan atas ‘tuntutan globalisasi’.

Dalam pada itu, Azmizam berkata, kerajaan Umno-Barisan Nasional cuba menutup isu sebenar dengan mendakwa hubungan dagang dengan Israel bermula pada tahun 1996, ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim berada di dalam kabinet.

“Dakwaan ini tidak relevan. Dokumen yang ada pada kita menunjukkan kapal-kapal mereka mula berlabuh pada tahun 2003″, kata Azmizam lagi.
Previous Post
Next Post
Related Posts

2 Maklumbalas:

Elih Japahar said...

Tak tau nak kata apa tentang hal ni..pemimpin seakan-akan tak kisah pun pkara ni, tapi kalau Anwar yg p Israel bkan main kecoh pemimpin lain tu..

Ahmad Zaki said...

Assalamualaikum....


Banyak "statement" yang diputarbelitkan oleh pihak media massa di Malaysia atas arahan "tangan-tangan ghaib" jika ianya dikeluarkan oleh pihak yang tidak seteru dengan pemimpin atau parti pemerintah tertentu.

Mereka sering menyiarkan petikan ucapan yang telah "diubah" sama ada dalam bentuk video mahupun audio dengan harapan "orang-orang kampung" akan percaya bulat-bulat.

Nabi Muhammad SAW diturunkan untuk membawa rahmat ke seluruh alam. Jadi ini bermaksud Islam adalah UNTUK SEMUA UMAT MANUSIA termasuklah bangsa Yahudi.

Maka dengan itu kita disaran supaya berbuat baik dan menjaga hak serta keselamatan apa sahaja bangsa selagi bangsa itu tidak memerangi Islam atau berbuat sesuatu yang jahat pada umat Islam, kerana jika itu terjadi, kita wajib mempertahankan agama dan diri.

Dalam isu yang diputarbelitkan media ini, jika bangsa Yahudi itu tidak memerangi dan mengganggu agama Islam dan umatnya, mengapa kita perlu mengasari mereka?. Hal ini merujuk kepada sebilangan bangsa Yahudi yang tidak membuat kekacauan. Yang membuat kekacauan kini adalah bangsa "Yahudi Celup" iaitu Zionis. Inilah yang dimaksudkan oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Promosi

Babab.net