Sebelas golongan manusia yang didoakan Malaikat


Assalamualaikum,

Percaya kepada malaikat adalah antara rukun iman yang ke tiga dalam ajaran Islam yang disampaikan oleh Allah S.W.T melalui Nabi Muhammad (Rasulullah S.A.W). Ada antara malaikat yang ditugaskan berdoa kepada manusia dan seseorang yang didoakan malaikat mendapat beberapa keistimewaan.
 

Dalam hidup manusia di alam yang fana ini, manusia sangat memerlukan sokongan kerohanian dalam menghadapi dugaan. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan. Ketika manusia menghadapi masalah, kerumitan dan bimbingan, bukan saja manusia perlukan kekuatan dari berdoa, tetapi juga sokongan malaikat tetapi hanya memperolehinya dalam keadaan yang tertentu sahaja. 

Antara sebelas golongan manusia yang mendapat doa dari malaikat ialah:

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.
Rasulullah S.A.W bersabda,maksudnya :“Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: “Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci.” 

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat. 
“Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: ‘Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.”
 

3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.

“Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan.”
 

4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).

“Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf.” 

5. Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.
“Jika seorang imam membaca…(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu ‘amin’ kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu.” 

6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.
“Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat.” 

7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.
“Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal. 

“Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: 

“Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?” Mereka menjawab: ‘Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.’ 

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.
“Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata ‘aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.”

9. Orang yang membelanjakan harta (infak) ke jalan yang diredhai Allah S.W.T. 
“Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: ‘Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak…”

10. Orang yang sedang makan sahur.
 
“Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur.”

11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.
“Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh.”

Related Posts:

  • Ulama menyantuni kucing ketika sedang menyampaikan kuliah Seekor kucing hadir majlis pengajian Hadith Syeikh Usamah di Masjid Al Azhar. Lihatlah bagaimana akhlak ulama yang sangat terpuji ini.  Beliau dilihat tidak rasa terganggu dengan kehadiran kucing itu bahkan sambil … Read More
  • Tiga cara jodoh itu datang Allah SWT menetapkan tiga bentuk takdir dalam masalah jodoh iaitu cepat mendapatkan jodoh, lambat mendapatkan jodoh dan menunda mendapatkan jodoh sampai di akhirat kelak. Apapun pilihan jodoh yang ditentukan Allah adala… Read More
  • Animasi video kreatif : dakwah tentang aurat Aurat dari segi bahasa ialah keaiban, manakala dari segi istilah syara' ialah bahagian-bahagian tertentu pada tubuh manusia yang wajib ditutupi. Jadi, aurat bermaksud bahagia-bahagian tertentu yang wajib dilindungi d… Read More
  • Video Rahsia Serta Keajaiban Nombor 1618 & Mekah Kaabah bukan sekadar bangunan empat segi yang diselimuti oleh kain hitam tetapi satu tempat yang ajaib kerana di situ pemusatan tenaga, graviti, zon magnetisme sifar dan tempat yang paling dirahmati Allah SWT. Pelba… Read More
  • Doa semasa hujan berterusan dan banjir Sejak akhir- akhir ini, bencana alam sering berlaku di dunia ini termasuklah yang menimpa di negara kita Malaysia. Bencana alam seperti banjir merupakan sebahagian daripada sunnah alam atau sunnah Allah yang menciptaka… Read More

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan