Konsep rumah "sewa hingga milik"



Pakatan Rakyat mencadangkan konsep rumah ‘sewa hingga milik’ sebagai alternatif bagi menyesaikan isu pinjaman perumahan kos rendah yang dibiayai Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar juga menyarankan kerajaan tidak mengenakan kadar faedah sekiranya konsep sewaan yang dimasukkan sebagai bayaran kepada pembelian rumah itu dilaksanakan.

“Sebagai contoh, harga rumah RM35,000 dengan masa bayaran melalui sewa selama 25 tahun, akan menjadikan bayaran bulanan hanya sekitar RM117, tidak termasuk kos penyelenggaraan bangunan kerana harga tersebut sudah dimasukkan nilai rumah tersebut.

“Kerajaan juga tidak perlu meminjam daripada KWSP atau institusi kewangan lain. Konsep ini akan juga mengurangkan kos pentadbiran kerana sistem kutipan sewa sedia ada sudah mencukupi.

“Ini adalah konsep semua menang – rakyat senang,” kata Izzah yang juga Naib Presiden KEADILAN dalam surat terbukanya kepada Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Dato’ Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

Izzah menjelaskan, kadar faedah 6.5 peratus yang dikenakan ke atas pinjaman seperti yang diumumkan Timbalan Ketua Pengarah DBKL, Datuk Mohd Amin Nordin, terlalu tinggi.

“Kenapa kadar yang lebih rendah, iaitu 2 peratus  dikenakan kepada pinjaman mudah RM250 juta projek National Feedlot Center (NFC), melibatkan suami dan keluarga salah seorang Menteri dalam kabinet Kerajaan Pusat?,” soal beliau.

Dalam pada itu katanya, Pakatan Rakyat menerima cabaran debat yang dikemukakan Raja Nong Chik, berhubung penggunaan RM1.5 bilion dana KWSP untuk membiayai skim pinjaman perumahan berkenaan. Namun tajuk debat itu, kata Izzah, hendak lah menjurus kepada pembiayaian terbaik untuk skim itu.

Related Posts:

  • Raja Bomoh dicela Pendekar Silat Kampung Setelah beberapa kali Raja Bomoh 1Malaysia, iaitu Mahaguru Ibrahim Mat Zin yang berasal dari Teluk Intan, Perak membuat aksi mencari pesawat penumpang Malaysia Airlines MH370 dan mengeluarkan kenyataan berbaur ugutan kep… Read More
  • Koleksi Gambar Bomoh 1Malaysia Semenjak beliau melakukan ritual perbomohan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, beliau mendapat liputan meluas sehingga dikatakan menjadi perhatian media massa di negara Arab.  Promosi percuma yang beliau… Read More
  • Akhlak pewaris negara yang semakin lesu Umum sedia maklum bahawa ramai remaja di Malaysia, terutamanya Melayu masa kini yang telah runtuh akhlaknya malah bangga dengan gaya hidup yang menyimpang dari ajaran agama Islam yang asal. Para remaja di Malaysia pada h… Read More
  • Video komen DSAI mengenai mendiang Karpal Singh Seperti yang dirakamkan ketika ceramah Jelajah Reformasi 2.0 di Jalan Kubur, Pantai Dalam pada 19 april 2014, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan bahawa, mendiang Karpal Singh yang menjadi peguam bela… Read More
  • Nahas MH370 : Simpati pada wartawan & media massa Berikut ada "print screen" yang diambil daripada status pengguna Facebook yang menggunakan nama Mohd Azizi Amal Ismail. Beliau menzahirkan rasa kasihan kepada para wartawan dan pihak media tetapi dalam masa yang sama beli… Read More

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan