Resepi Sambal Kering Ikan Bilis



Assalamualaikum...

Ramai yang mengatakan bahawa sambal adalah pembuka selera tak kiralah apa jua jenis sambal.  Jika kena dengan gaya masaknya serta dimakan bersama dengan ulam segar, pasti berpinggan-pinggan nasi ditambah, sangat menyelerakan.

Resepi sambal yang saya kongsi pada hari ini adalah menggunakan ikan bilis.  Ianya adalah satu resepi ringkas dan mudah disediakan, amat sesuai untuk orang bujang ataupun pelajar-pelajar institut pengajian tinggi.  Kemahiran memasak makanan seperti ini penting bukan sahaja untuk orang bujang atau golongan pelajar, malah sebelum seseorang ingin berkahwin.  Paling tidakpun berasaplah juga dapur tu...


Bahan-bahan resepi :

100 gram, kurang atau lebih ikan bilis halus / sederhana (dibasuh dan ditoskan)
10 tangkai cili kering (tambah jika nak pedas - dikisar)
1 labu bawang besar (dipotong membulat)

4 biji bawang merah (dikisar)

4 biji bawang putih (dikisar
)
sedikit air asam jawa (
jumlah mengikut citarasa masing-masing)
garam dan gula (secukup rasa)


Cara penyediaan :

-Sediakan kuali kecil atau sederhana besar. Panaskan 3 atau 4 sudu besar minyak masak dengan api yang sederhana dan goreng ikan bilis sehingga garing dan toskan.

-Tumis bahan-bahan kisar dengan menggunakan minyak lebihan menggoreng ikan bilis tadi sehingga terbit aroma (tumis lebih lama dengan api kecil supaya cili benar-benar masak dan tidak tengit).

-Masukkan air asam jawa, gula dan garam secukup rasa. Kacau sehingga kering. Tutupkan api. Kemudian masukkan ikan bilis yang telah digoreng dan gaul sehingga rata. Biarkan seketika di dalam kuali.

-Sebagai pilihan, boleh juga dicampurkan dengan petai, kacang tanah atau tempe goreng. Nak campurkan semua pun boleh je, asalkan perut masing-masing boleh terima.

-Jika inginkan sambal basah, lebihkan sedikit air suam (bermasak/bertapis) semasa memasukkan air asam jawa.

-Lain sungai lain buaya, lain orang lain cara masaknya.... Harap para pengunjung faham ye...


*p/s : jika cukup bahan di dapur, saya suka memasak sambal udang  :-)

Related Posts:

  • Buah Binjai : ramai juga yang tak tahu Mengikut pengalaman saya semasa di Karnival Jualan Buah-buahan Tempatan : "Jom Makan Buah" (6 - 10 Disember 2013) di Presint 2 Putrajaya yang diadakan di Laman 1 Malaysia anjuran FAMA, ramai juga yang tidak mengenali ak… Read More
  • Resepi Popia Simpul (serunding udang kering)   Popia simpul merupakan antara makanan ringan yang agak popular di kalangan masyarakat Melayu dan mungkin juga di kalangan rakyat Malaysia yang lain. Ianya biasa di makan pada waktu-waktu minum petang dan tempahan p… Read More
  • Jenis-jenis ulam di Malaysia   Di Malaysia lebih daripada 120 jenis tumbuhan yang dimakan sebagai ulam yang terdiri daripada pelbagai spesis tumbuh-tumbuhan. Tumbuh-tumbuhan tersebut terdiri daripada tumbuhan herba kecil dan melata, jenis semusi… Read More
  • Resepi Spaghetti Carbonara Bahan-bahan (untuk hidangan  5 ke 6 orang) : 500 g spaghetti 3 ulas bawang putih 5 biji telur 1/2 cawan Parmesan cheese 1/2 cawan double cream 1 sudu kecil lada hitam 1 sudu kecil garam 1 sudu besar parsley flakes … Read More
  • Resepi Bubur Talbina (Barli) Diriwayatkan daripada Aisyah isteri Nabi r.a katanya: “Apabila ada keluarganya yang meninggal dunia, para wanita berkumpul. Kemudian setelah mereka beredar kecuali keluarga dan orang-orang tertentu, beliau menyuruh un… Read More

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan