Gempa bumi di Aceh, Indonesia : 11 April 2012



Tsunami setinggi 17 sentimeter dilaporkan di Lautan Hindi dan menuju wilayah Aceh, Indonesia selepas satu gempa bumi melanda luar pantai Sumatera, hari ini dalam jaraknya sekitar 510 kilometer di sebelah barat daya Aceh.

Ekoran gempa bumi kuat berukuran antara 8.5 hingga 8.9 pada skala Richter itu, beberapa negeri di pantai barat Semenanjung Malaysia turut merasai gegaran .  Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan berkata, gegaran turut dirasai di beberapa kawasan sekitar Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Perak. Gegaran dirasai kira-kira pukul 4.50 petang.



Sebanyak 27 buah negara di kawasan Lautan Hindi telah mengeluarkan amaran tsunami susulan gempa bumi kuat yang berlaku. Antara negara tersebut ialah Indonesia, India, Sri Lanka, Australia, Myanmar, Thailand, Maldives, Britain, Malaysia, Mauritius, Seychelles, Pakistan, Somalia, Oman, Madagascar, Iran, UAE, Yemen, Bangladesh, Tanzania, Mozambique, Kenya, Africa Selatan dan Singapura dan beberapa negara kepulauan di Lautan Hindi.

Presiden Indonesia iaitu Susilo Bambang Yudhoyono sudah memerintahkan Kepala Badan Nasional Penanggulan Bencana (BNPB) Syamsul Ma'arif untuk segera melawat ke Aceh, dalam memastikan situasi semasa kawasan Aceh dan sekitarnya.

Related Posts:

  • Asia Tenggara dijangka dilanda El Nino Info berkenaan dengan El Nino dan La Nina : - El Niño dan La Niña merupakan fenomena fasa berlawanan putaran iklim semula jadi yang dikenali sebagai Putaran Selatan El-Nino (El Nino-Southern Oscillation - ENSO). Feno… Read More
  • Gambar tanah runtuh di Lebuh raya Mahameru Pada 7 Januari 2014,sekitar jam 5.23 petang (hari Selasa), satu kejadian tanah runtuh telah berlaku di Lebuh raya Mahameru menghala ke Parlimen. Pihak Bomba yang hadir ke tempat kejadian mendapati tiada kemalangan jiwa… Read More
  • Penafian MRT Corp tentang kenderaan jatuh dalam lubang di Jalan Bukit Bintang Susulan kejadian mendapan tanah yang berlaku pagi pada 23 April 2014 (Rabu), laluan Jalan Bukit Bintang (menghala ke Jalan Tun Razak) antara Chulan Square dan Menara Worldwide telah ditutup pada hari yang sama. Mass Ra… Read More
  • Pasar Tani UTC Melaka dilanda ribut lagi? Pada hari ini, 14 April 2013, beberapa tempat di kawasan Melaka dilanda "angin kuat" (ribut). Tidak terkecuali Pasar Tani UTC, Jalan Hang Tuah Melaka yang telah dilanda ribut buat kali kedua.  Kejadian pertama telah … Read More
  • Gambar banjir sekitar Pahang Rakyat negeri Pahang, khususnya yang berada di pinggir sungai dan tempat rendah, telah diminta bersedia dan segera berpindah (sekiranya tempat masih belum banjir) kerana menghadapi kemungkinan banjir. Ini ditambah lag… Read More

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan