Assalamualaikum...
Media cetak dan elektronik dalam arus perdana sering kali tidak melaporkan berita yang sebenar dan kerap kali bersikap berat sebelah. Adakalanya sengaja menimbulkan provokasi bagi kepentingan puak-puak tertentu, lebih-lebih lagi jika menghampiri musim pilihanraya kecil atau umum. Terdapat juga blogger yang diupah untuk melancarkan "perang saraf" serta memburuk-burukkan pihak lain yang berlainan pandangan.
Blogger yang tidak beradab dan "kurang belajar" seperti ini dapat dikenalpasti dengan ciri-ciri seperti berikut :
-menulis dengan kata-kata kesat, lucah dan kurang hajar.
-memutarbelitkan fakta dan merujuk cerita hanya pada sebelah pihak sahaja.
-mengedit gambar untuk memalukan dan menjatuhkan maruah orang lain.
Dalam bulan ini, isu Perhimpunan Bersih 3.0 : Duduk dan Bantah menjadi hangat seperti bertih jagung yang baru masak. Pelbagai cerita yang disebarkan di televisyen dan surat khabar. Dalam dunia blog pula pada hari ini, kata kunci "bersih 3.0" menjadi "keywords" terlaris. Cerita negatif lebih ditonjolkan dari cerita yang sebenar.
Berikut adalah perihal yang diperjuangkan dan dituntut oleh Bersih 3.0 :
-Bersihkan senarai undi
-Mereformasikan undi pos
-Gunakan dakwat kekal
-Akses media yang bebas dan adil
-Masa kempen minima 21 hari
-Kukuhkan institusi awam
-Hentikan rasuah
-Hentikan politik kotor
Berita yang sebenar ditutup, sebaliknya provokasi yang cuba diwujudkan. Kita perlu bersikap lebih terbuka dan membaca serta mendengar berita dari pelbagai pihak. Semua yang diminta dalam Bersih adalah perkara asas dalam menjalankan negara yang demokrasi.
Tetapi kita perlu berhati-hati, ada pihak mungkin akan mengupah orang untuk berpura-pura menjadi sebahagian dari peserta Bersih 3.0 dan sengaja buat kekacauan atau perkara-perkara buruk agar peserta dan penganjur Bersih 3.0 dikutuk dan dipandang serong oleh orang lain.
Segala masalah seperti ini tidak adakan ada seandainya dari awal, pemimpin yang memegang kuasa pemerintahan menggunakan sepenuhnya undang-undang dari Islam dan bukannya undang-undang yang diwariskan oleh penjajah dahulu.