Isu Tan Sri Annuar Musa : ada agenda politik? Menguji populariti?


Isu penggantungan Tan Sri Annuar Musa selama dua tahun enam bulan oleh Jawatankuasa Displin Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), kini dilihat sebagai isu panas terkini dalam arena bola sepak Malaysia.  FAM dicemuh lantaran keputusan yang diambil itu dilihat oleh peminat bola sepak Malaysia khususnya pasukan bola sepak negeri Kelantan sebagai sesuatu yang tidak adil dan kejam.

Persoalannya, mengapakah orang ketiga terpenting di dalam FAM iaitu Annuar Musa boleh mengeluarkan komen yang boleh menjerat dirinya ketika ditemubual oleh wartawan?.  Apakah teguran mengenai prestasi semasa pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia (Harimau Malaya / Harimau Muda) tidak mampu dibawa oleh beliau ke dalam mesyuarat jawatankuasa FAM? Ataupun ianya tidak dipedulikan oleh orang-orang tertentu dalam mesyuarat itu?.

Saya cuba untuk membuka fikiran dalam isu ini pada sudut pandangan yang berbeza agar olahan terhadap pro dan kontra isu ini menjadi seimbang.

Kenyataan di bawah ini saya ambil dari blog (Aku Bekas Player) seorang bekas pemain bola sepak yang pernah mewakili Malaysia ketika pusingan kelayakkan Olimpik Atlanta 1995 :

Aku Bekas Player 

(klik perkataan di atas untuk ke blog yang dimaksudkan)

Sudah pasti dengan kenyataannya secara terbuka menyentuh credibility seorang jurulatih yang telah berjaya membawa kepada satu fenomena baru dalam arena bola sepak Tanah Air sehingga berjaya menarik minat semua kaum untuk memakai jersi Harimau Malaya. 

Aku tidak faham kenapa seorang yang mempunyai jawatan tertinggi di dalam FAM sendiri mengkritik pasukan Kebangsaan, yang pada pandangannya tidak mampu untuk mempertahankan kejuaraan Piala AFF hujung tahun ini. Sedangkan Anuar boleh membawa agenda itu di dalam meeting jawatankuasa FAM.

"Inilah kalau orang politik memegang jawatan dalam persatuan sukan yang tidak memahami pasal sukan". Biasalah kalau orang politik memang suka buat kontroversi bagi meletakkan dirinya di depan dan menguji pengaruhnya serta popularitinya!!! 

Apakah sebenarnya agenda yang ada dalam kepala Anuar Musa?. Kenapa semasa dia memegang jawatan Menteri Sukan dahulu tidak membuat sesuatu?  Mungkin ketika itu berada di puncak kerjaya… Sekarang gunakan plarform sukan popular tanah air untuk membina kekuatan politiknya semula.

“Tepuk Dada Tanya Selera”

Aku berharap kita semua perlu memberi sokongan moral kepada semua pemain2 dan pegawai2 skuad Kebangsaan. Memanglah mereka tidak bermain pada tahap sebenar ketika ini. Kita perlu ambil kira juga Liga Malaysia yang sedang berlangsung sekarang.

Pemain2 ini perlu memikirkan dan memberi “FOKUS” kepada majikan mereka. Kalau majikan mereka kecundang , Siapa pula yang akan menjamin masa depan mereka?. Sepatutnya Anuar perlu memikirkan bagaimana untuk membentuk satu program pembangunan untuk generasi akan datang dan masa depan pemain2 bola sepak tempatan. Sudah2 lah dengan membuat kontroversi dan  “Cukup2 lah cari milage sendiri…”

Related Posts:

  • KEMUDAHAN AWAM DI STADIUM SULTAN IBRAHIM Stadium Sultan Ibrahim milik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim yang bakal siap sepenuhnya tidak lama lagi di Iskandar Puteri mempunyai begitu banyak kemudahan untuk kegunaan para penyokong ketika melawat stadium ikonik in… Read More
  • Liga Super Malaysia : 16 Julai 2019 Dua perlawanan Liga Super Malaysa berlangsung pada 16 Julai 2019, melibatkan JDT bertemu PJ City di Stadium Tan Sri Dato Hj Hassan Yunos dan Melaka United melayan kunjungan PKNS di Stadium Hang Jebat. KEPUTUSAN PENUH JDT … Read More
  • Malaysia Cup Final - 2 November 2019 Keputusan perlawanan Piala Malaysia 2019, edisi ke 93 antara Kedah dan JDT yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 2 November 2019. Perlawanan bermula jam 9.00 malam. KEPUTUSAN PENUH KEDAH&nbs… Read More
  • Liga Super Malaysia : 17 Julai 2019 Keputusan perlawanan bola sepak Liga Super Malaysia yang berlangsung pada 17 Julai 2019 di Stadium Darul Makmur. KEPUTUSAN PENUH Pahang 3 - 1 Felda United 14' Lazarus Kaimbi ( Pahang ) 28' S. Chanturu ( Felda Unite… Read More
  • Empat perkara membuktikan JDT menghargai bakat pemain muda Pemain muda perlu wujud dalam kesinambungan mengekalkan empayar Harimau Selatan supaya terus kukuh. Seperti yang dititahkan oleh DYAM Tunku Mahkota Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Pemangku Raja bahawa JDT tidak akan sesekali m… Read More

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan