Susu penting bagi semua peringkat umur, bukan hanya untuk bayi

 

Assalamualaikum.....

Sejak kecil lagi kita telah dididik betapa pentingnya susu kepada manusia. Bahkan kita juga digalakkan minum susu bukan sahaja pada peringkat umur kanak-kanak malahan sehingga dewasa. Terdapat pelbagai khasiat di dalam susu. 

Antaranya kalsium, lemak, karbohidrat, vitamin serta mineral. Namun begitu harus di ingat bahawa keperluan nutrisi manusia terutamanya kalsium adalah
berbeza di antara satu sama lain. Sebagainya contohnya seorang kanak-kanak berusia 1-3 tahun memerlukan kalsium sebanyak 500 miligram sehari berbanding kanak-kanak yang berusia 4-6 tahun yang memerlukan sebanyak 600 miligram sehari.

Sewaktu diperingkat umur yang awal, si kecil memerlukan kalsium untuk membina tulang dan gigi yang kuat seterusnya membesar secara optimum. Manakala semasa peringkat remaja, mereka memerlukan susu semasa peringkat baligh dan peningkatan ketinggian badan. Pada peringkat ini, mereka lebih aktif dalam aktiviti seharian yang mana memerlukan tulang yang kuat.

Selain itu kalsium juga membantu dalam mengelakkan osteoporosis di kemudian hari. Kita harus mendapatkan kalsium pada setiap hari kerana tulang kita akan mengalami pembaharuan selain kehilangan sebahagian nutrisi yang hilang dari badan kesan dari aktiviti badan seperti perkumuhan, pernafasan dan pembuangan urin dan tinja.

Pelabelan Makanan
Sewaktu membeli makanan kita jarang sekali melihat kepada label makanan. Label makanan sebenarnya adalah penting dalam mengetahui berapakah jumlah nutrisi makanan yang terdapat di dalam makanan tersebut. Ini termasuklah jumlah kalsium yang terdapat di dalam makanan tersebut bagi setiap satu hidangan. Untuk itu pastikan anda memeriksa terlebih dahulu jumlah kalsium yang terdapat dalam makanan tersebut agar bersesuaian dengan keperluan harian anda.

Keperluan Buat Ibu Mengandung
Ibu mengandung amat memerlukan kalsium demi perkembangan bayi di dalam kandungannya. Menurut Dr. Ariza Mohamed di dalam bukunya yang bertajuk ‘Soal Jawab Bakal Ibu’, “kalsium adalah penting bagi pembentukan organ bayi di dalam kandungan ibu. Sekiranya keperluan janin tidak dipenuhi maka kalsium dari tulang ibu akan diserap”. Untuk itu, si ibu akan mengalami beberapa gejala akibat kehilangan kalsium. Antaranya:

a. Sakit sendi
b. Tulang rapuh
c. Kaki kejang

Keperluan di hari tua
Semasa peringkat dewasa pula, anda masih perlu minum susu kerana dengan bertambahnya peringkat umur, kalsium dari tulang kita semakin lama semakin terhakis dan ini boleh menyebabkan tulang menjadi semakin rapuh dan mudah retak. Untuk itu pastikan anda mengambil minuman susu dari awal agar anda dapat mengelakkan dari berlakunya perkara yang tidak di ingini kemudian hari.

Sumber lain kalsium
Selain susu dan produk tenusu, terdapat pelbagai lagi jenis makanan yang mampu menyumbang kepada keperluan kalsium. Antaranya seperti:

a. Kekacang : Contoh yang terbaik adalah almond
b. Sayuran : Sayuran hijau seperti bayam, dan brokoli. (Selain menjadi sumber kalsium yang baik, sayuran ini juga mempunyai nilai kalori yang rendah)
c. Buah – buahan : Seperti oren dan kismis
d. Ikan : Seperti sardine dan salmon

Sekiranya anda keliru dalam nilai jumlah kalsium yang seharusnya di ambil dalam pola pemakanan anda, maka anda boleh mendapatkan nasihat dari doktor mahupun pakar pemakanan dalam membantu mengenai perkara ini.

Related Posts:

  • Mengapa Nabi Muhammad SAW larang kita meniup air minuman yang panas?   Walaupun Nabi dan Rasul kita, Muhammad SAW telah lama wafat, namun baginda meninggalkan kita dengan "harta pusaka" yang sangat bernilai untuk umat akhir zaman menjadikannya sebagai bekalan untuk menjalani kehidupan… Read More
  • Apakah yang dikatakan " ULAM " ? Ulam yang pastinya tidak sama dengan ulama. Ulama (علماء, ditransliterasikan sebagai ‘Ulamā’) ialah seorang pemuka atau pemimpin agama yang bertugas untuk membimbing dan memandu umat Islam baik dalam masalah-masalah aga… Read More
  • Penawar penyakit Diabetis dibongkarkan Walaupun dari segi perubatan moden, sakit kencing manis itu hanya boleh dikawal, namun tidak boleh sembuh, namun dari segi perubatan Islam, penyakit itu tetap ada penawarnya. Dan benar seperti janji Allah SWT, "Setia… Read More
  • Tanda Awal Kanser Tetek Kanser payudara atau bahasa kampungnya disebut tetek sememangnya sinonim dengan kaum wanita dan ia merupakan jenis kanser yang paling banyak meragut nyawa kaum wanita. Walaubagaimanapun, kanser payudara ini bukan sahaja … Read More
  • Rokok : dah jelas haram bagi umat Islam Sejarah ringkas yang saya nak cerita dalam artikel ini adalah berkenaan pokok tembakau yang menghasilkan produk yang dinamakan rokok, seperti yang dimaklumkan oleh guru agama atau ustaz ialah berasal dari peristi… Read More

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan