5 petua utama menjaga hak kerahsiaan peribadi di Facebook


 

Assalamualaikum.....

Facebook atau bak kata Najwa Latif "muka buku" menjadi fenomena yang amat luar biasa.  Hampir setiap orang akan ada sekurang-kurangnya satu akaun rangkaian sosial berkenaan.  Tiada mendagtar akaun facebook seolah-olah ketinggalan zaman, laksana fenomena pemilikkan telefon mudah alih (hand phone).

Namun dalam keghairahan rakyat menggunakan rangkaian sosial tersebut untuk pelbagai tujuan termasuklah menyebarkan fitnah dan menjatuhkan maruah orang lain dengan gambar dan cerita rekaan, tahukah anda bahawa setiap apa yang telah, sedang dan akan ditaip dan di "post" ke "wall" mahupun ada sahaja yang anda simpan di profile dan album, pastinya akan terkait sama isu keselamatan indentiti dan maklumat peribadi anda.  Setiap pengguna perlu sedar hak kerahsiaan mereka dan perlu mengambil langkah-langkah keselamatan bagi mengelakkan anda terkena gangguan emosi.

Berikut adalah lima petua utama menjaga hak kerahsiaan peribadi di Facebook, iaitu :

1. Menghadkan perkongsian hanya pada rakan

Jika anda berkongsi maklumat pada rakan anda dan juga kepada kawan kepada rakan anda itu, anda mendedahkan maklumat anda kepada purata 150,000 orang. Apabila data anda adalah dibuka kepada orang ramai, ia boleh berlaku apa sahaja sama ada yang anda ingini mahupun tidak, melainkan data tersebut sememangnya memerlukan penyebaran maklumat awam seperti bisnes online anda mahupun penyebaran ilmu yang bermanfaat.

2. Jangan Biarkan Rakan Anda Kongsi Maklumat Anda

Ada maklumat peribadi yang tidak perlu anda benarkan rakan anda mengongsikannya kepada pihak lain.  Kemungkinan ada pihak membeli atau menyalin maklumat ini bagi tujuan jenayah berorientasikan keuntungan amatlah tinggi kerana seringkali terjadi pemalsuan indentiti. 

Anda juga perlu berhati-hati pada aplikasi di facebook yang biasanya meminta alamat e-mel anda, maklumat profil anda, pendidikan, sejarah, lokasi dan sejarah kerja, dan maklumat profil rakan anda, termasuk sejarah pendidikan, lokasi dan sejarah kerja mereka.  Pihak ketiga yang menyediakan aplikasi ini bila-bila masa boleh menyalahgunakan info yang diperolehi dan mereka juga dapat mengakses walaupun tanpa kebenaran dari pemilik akaun facebook yang memasang aplikasi tersebut dalam akaun mereka.

3.  Ambil berat terhadap apa yang di "tag"

Tidak seperti Google +, yang meminta pengguna jika mereka ingin pengesahan wajah diaktifkan pada gambar, Facebook menawarkan "cadangan tag." Ini bermakna apabila gambar yang kelihatan seperti anda naik kepada rangkaian, Facebook menunjukkan senarai penambahan tag.  Tetapi dengan fungsi seperti ini, anda terdedah kepada "spam tag" yang berkemungkinan anda akan ditag dengan gambar atau maklumat yang tidak anda ingini.  Ini boleh menimbulkan keserabutan pada status dan mengganggu ketenteraman anda. Anda boleh menutup fungsi ini sekiranya anda rasa terganggu dengannya.

4. Menghadkan pembaca untuk artikel masa lalu

Kemungkinan ada coretan anda pada masa yang lalu menjadi sesuatu yang penting atau sensitif pada masa kini dan berkemungkinan juga fakta yang dinyatakan telah berubah mengikut peredaran masa atau peristiwa yang berlaku.  Keadaan seperti ini menyebabkan sesetengah hasil penulisan anda itu tidak sesuai dibaca oleh sesetengah rakan facebook anda. Oleh itu amat penting untuk anda menghadkan kebolehcapaian rakan-rakan anda terhadap hasil penulisan anda pada masa lalu terutamanya bagi tujuan keselamatan dan kerahsiaan peribadi.

5. Hadkan carian "subscriber" anda

Adakah anda ingin maklumat profile anda seperti satu ruangan komuniti atau dihadkan kepada yang berkaitan dengan aktiviti anda sahaja seperti pelanggan pada perniagaan anda?. Sebenarnya mematikan fungsi pilihan "langgan awam" akan membantu anda menghadapi individu yang tidak dikenali yang mungkin menyalahgunakan fungsi ini dan mendatangkan masalah kepada anda.

Melainkan jika anda mematikan "Subscriber Search", ia akan menghadkan pada catatan awam atau umum  anda sahaja, sama ada anda kenal atau tidak mereka itu. Ini bermakna bahawa hanya "timeline" awam anda akan muncul dalam keputusan enjin carian dan bukan keseluruhan maklumat anda.

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan