Semi-finals : Brazil vs Germany

Siaran Langsung pada 4:00 pagi di TV2, TVi dan Astro


Para penyokong Brazil di Estadio Mineirao, Belo Horizonte hanya mampu terdiam dan tergamam melihat pasukan mereka, yang dianggap calon untuk menjuarai Piala Dunia tahun ini diratah dengan mudah oleh Jerman. 

Jerman melangkah ke perlawanan akhir Piala Dunia buat kali kelapan selepas membelasah Brazil 7-1 pada separuh akhir yang amat mengejutkan seluruh peminat bola sepak dunia.
 Selepas mendahului 5-0 pada babak pertama, juara 1954, 1974 dan 1990 itu menambah dua lagi gol pada separuh masa kedua untuk mendahului 7-0, sebelum Oscar mengubat sedikit keaiban tuan rumah dengan gol saguhati pada minit terakhir.

Toni Kroos dan Andre Schuerrle masing-masing meledak dua gol, manakala tiga lagi jaringan Jerman diperoleh menerusi Thomas Mueller, Miroslav Klose dan Sami Khedira.

Jerman, yang mencari kejuaraan Piala Dunia pertama sejak 1990 kini akan menentang pemenang di antara Argentina atau Belanda, yang bakal berentap pada satu lagi separuh akhir, esok.

Brazil, yang turun dengan reputasi besar selaku juara lima kali terpaksa menanggung aib kalah besar di depan penyokong sendiri dan hanya menunggu lawan untuk ditentang bagi penentuan tempat ketiga. - AGENSI


 Keputusan Akhir :

Brazil  1  -  7  Germany
11' Germany
23' Germany
24' Germany
26' Germany
29'  Germany
69' Germany
79' Germany
90' Brazil

*Komen : Teruk benar Brazil kena titik dengan Jerman. Macam pelik je apa yang dah berlaku ni... 

 

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan