Malaysia N-u-d-e Sports Games 2014 ?


Dimaklumkan dalam sebuah laman web perkongsian video (bukan Youtube) dalam sebulan lalu, terdapat seramai 18 "nudists" datang ke pantai rahsia di belakang "Pulau Pinang". Lokasinya yang lebih tepat dirahsiakan. Mereka dikatakan berkumpul di Jeti Teluk Bahang di Pulau Pinang sebelum ke destinasi berkenaan. Pada ketika itu terdapat seorang ranger yang menjaga kawasan pantai berkenaan seorang diri. 

Kumpulan ini mungkin ada penglibatan rakyat Malaysia dan rakyat negara lain kerana didapati mereka turut melakukan aktiviti yang sama di destinasi pelancongan luar negara.

Sebaik sahaja mereka mengesahkan kehadiran mereka kepada ranger berkenaan, mereka ke sebuah pondok wakaf dan mula bertelanjang. Mereka memulakan aktiviti "sukan berbogel" dengan melukis pada tubuh masing-masing menggunakan cat.



PERHATIAN
Video tidak dapat dikongsi kerana saya rasa ia terlalu lucah untuk dipertontonkan kepada umum. Ada blogger lain yang baru nak sedar perkara ni sanggup kongsikan pautan video berkenaan.


Melalui maklumat dalam laman web berkenaan, mereka dibekalkan makanan oleh pihak-pihak tertentu yang menghantar makanan menggunakan jalan laut.

Sebelum ini agak kecoh di media alternatif berkenaan dengan sebuah rancangan realiti tv dari luar negara yang menjadikan salah satu kawasan hutan dan pantai di Malaysia (negeri bukan Pulau Pinang) sebagai lokasi rakaman "Naked and Afraid", yang memerlukan pesertanya berbogel dan meneruskan kelangsungan hidup secara bebas dalam keadaan bogel selama beberapa hari.

Diminta pihak yang bertanggungjawab memberi sebarang kelulusan kepada pihak luar dan dalam negara agar tidak membenarkan acara atau aktiviti seperti ini yang mencemarkan kedaulatan Malaysia yang diperakui oleh pemimpin semasa Malaysia sebagai sebuah negara Islam. 

Di sini saya bermaksud kita perlu ada sistem pemantauan yang berterusan bagi kumpulan-kumpulan tertentu termasuklah pelancong yang singgah ke lokasi tertentu terutamanya di pulau-pulau terpencil atau kawasan yang jarang dikunjungi masyarakat setempat. 

Berkenaan dengan artikel ini, saya tidak menuduh kerajaan negeri Pulau Pinang bersubahat dalam penganjuran ini kerana ia adalah aktiviti persendirian yang dianjurkan oleh sekumpulan pelancong. Cuma saya sarankan ada sistem pemantuan dan pencegahan untuk menghalang perkara seumpama ini berlaku.

Jangan kerana alasan keghairahan 1Malaysia, semuanya jadi bebas dan konsep ini mungkin akan memakan diri dalam siu-isu lain.  Sebarang aktiviti terutamanya di pulau, hutan dan mana-mana lokasi perlu dipantau bagi mengelakkan kejadian seperti ini tidak berlaku lagi.



*Atas sebab konsep 1Malaysia, bangsa lain sudah ada mempersoalkan kenapa perdana menteri tidak ada dari kalangan bangsa lain.  Jadi, siapa yang membuka jalan dan mengkhianati bangsa Melayu?


Related Posts:

  • Raja Bomoh dicela Pendekar Silat Kampung Setelah beberapa kali Raja Bomoh 1Malaysia, iaitu Mahaguru Ibrahim Mat Zin yang berasal dari Teluk Intan, Perak membuat aksi mencari pesawat penumpang Malaysia Airlines MH370 dan mengeluarkan kenyataan berbaur ugutan kep… Read More
  • Facebooker menghina pilot pesawat MAS MH370 Seseorang telah didapati meroyan dan menghidapi sawan muncul di Facebook.  Beliau didapati menghina pilot yang memandu pesawat yang hilang itu yang menurut beliau pilot itu orang dari Negeri Kelantan. Pengguna Faceb… Read More
  • Nahas MH370 : Simpati pada wartawan & media massa Berikut ada "print screen" yang diambil daripada status pengguna Facebook yang menggunakan nama Mohd Azizi Amal Ismail. Beliau menzahirkan rasa kasihan kepada para wartawan dan pihak media tetapi dalam masa yang sama beli… Read More
  • Malaysia ada dalam senarai lokasi bogel? Amalan hidup berbogel atau "Nudism" atau "Naturism" ialah satu cara hidup sebilangan manusia yang berada dalam suasana kelompok mereka yang berfikiran terlalu terbuka atas alasan untuk merasai dan menikmati kehidupan yang… Read More
  • Koleksi Gambar Bomoh 1Malaysia Semenjak beliau melakukan ritual perbomohan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, beliau mendapat liputan meluas sehingga dikatakan menjadi perhatian media massa di negara Arab.  Promosi percuma yang beliau… Read More

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan