Kepada mereka yang suka harga barang naik


Artikel di atas adalah telah diimbas dari sebuah artikel dari surat khabar Harian Metro bertarikh 11 Julai 2014. Ia memaparkan keperitan hidup keluarga empat beranak yang diketuai oleh ibu tunggal.  Jika dibaca pada tajuk artikel berkenaan sewajibnya kita berasa sangat menyedihkan dan malu.  Negara kita berbelanja besar untuk projek-projek mega dan penjenamaan semula imej pentadbiran pada saban waktu tetapi masih lagi ada rakyatnya yang susah dan miskin dalam zaman canggih-manggih begini.

Ada yang dah kaya (kononnya) tak kisah jika harga barang dan perkhidmatan naik berkali-kali dan katanya rakyat kita mampu serta tak terkesan dengan kenaikkan begitu (saya dengar sendiri dari perbualan seorang belia lanjut usia di Masjid Kampung Hulu, Melaka).  Hakikatnya benarkah begitu?

Saya teringat beberapa tahun sudah apabila saya menyelak surat khabar Melaka Hari Ini.  Semasa itu tugu 1Malaysia baru dibina di Pantai Klebang yang mana kos pembinaannya bernilai 1juta ringgit dan di halaman sebelahnya memaparkan kedaifan dan kesusahan sebuah keluarga di Melaka. Persoalannya, apakah membina tugu semahal begitu lebih penting dari membela nasib rakyat?

Kita bukan minta secara berterusan orang miskin ini dibantu dengan memberi makanan terus pada mereka setiap hari. Untuk jangka masa lama, berikanlah mereka cangkul, kail, tangguk, jala, tukul besi ataupun benih tumbuhan agar mereka yang dibantu ini dapat berdikari setelah itu.


Related Posts:

  • Penipuan kad kredit dan duit bank yang nampak macam "real" Sindiket penipuan kad kredit ataupun kad debit telah berleluasa sejak kebelakangan ini dan kaedah penipuan pula semakin lick dan canggih. Ramai yang sudah menjadi mangsa penipuan sindiket seperti ini Masih ramai orang … Read More
  • McDonald’s Takut Dengan Perniagaan Burger Di Malaysia Pada tahun 1995, satu artikel mengenai McDonald’s telah ditulis oleh Ray Crocs iaitu pemilik rangkaian perniagaan McDonald’s pada waktu itu. Dalam artikel berkenaan Ray Crocs menyatakan bahawa walaupun McDonald’s tela… Read More
  • Video pidato umum DSAI Di Universiti Malaya   Pada 27 Oktober 2014, Dato' Seri Anwar Ibrahim telah hadir ke perkarangan pintu masuk Universiti Malaya untuk memberi pidato atas jemputan Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya.   Terdahulu pihak Universiti… Read More
  • Usahawan Melayu lalai dalam isu hakcipta Salam sejahtera... Hal seperti isu Yatt Hamzah yang mana  tudung jenamanya sendiri iaitu SUCI didakwa beliau telah ditiru oleh peniaga lain. Dalam hal ini, beberapa perkara saling berkaitan yang berpunca dari tudung… Read More
  • BDSM : kegilaan nafsu melampau BDSM adalah pelbagai amalan erotik melibatkan penguasaan dan penyerahan, peranan bermain, sekatan, dan lain-lain kesanggupan diri. Memandangkan ia mengandungi pelbagai jenis amalan, kemasukannya dalam masyarakat, perke… Read More

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan