Cara orang Melayu melayan usahawan sesama agama dan bangsa


Mengikut pengalaman saya sendiri sebagai usahawan (kecil-kecil je), bangsa kita bukan sahaja nak menghadap dugaan atau serangan dari peniaga bangsa asing seperti cina atau india, tetapi masalah dalaman bangsa sendiri juga lebih bahaya dan besar.

Peniaga Cina dalam keadaan tertentu lebih bersifat terbuka dalam berurus niaga. Pendek kata bukan semua peniaga Cina jahat tetapi memang ada peniaga / usahawan Melayu yang berhasad dengki
.

Dalam tahun pertama saya berniaga, sudah ada orang yang meletakkan kemenyan dalam kedai saya. Itu belum kira dugaan lain seperti mengenakan ilmu pelemah semangat dan gangguan perasaan. Orang melayu ni banyak ilmunya tapi sayang menuntut ilmu yang salah.  Sejak dari awal hingga kini saya masih cuba untuk mempromosikan cara berniaga yang telus dan ikhlas tanpa perlu merosakkan perniagaan orang lain.

Mohon maaf saya beritahu ini.... peniaga Melayu kalau sesama bangsa sangat berani berdengki dan mengganggu perniagaan sesama bangsa seagama.., tapi bila berhadapan dengan Cina, siap bodek-bodek, malah ada juga peniaga atau usahawan Melayu yang sama-sama minum arak dan berjudi dengan peniaga Cina kafir.

Ini sangat mengecewakan saya. Setelah banyak agensi kerajaan mengadakan berpuluh atau mungkin beratus seminar keusahawanan dalam setahun tetapi segala ilmu yang baik gagal dimanfaatkan oleh usahawan Melayu sendiri. Balik-balik dengki, dengki dan dengki. 

Pegawai kerajaan dalam pelbagai agensi pun sama juga perangai. Kalau tokey Cina datang, sangat mudah urusan mereka. Kalau peniaga dan usahawan Melayu datang, macam-macam syarat dan kesalahan yang ada.  Contohnya paling ketara, sudah berapa banyak pendedahan cerita di media massa mengenai kilang haram puluhan tahun beroperasi dengan menyediakan makanan untuk pasaran dalam negara yang rata-ratanya dimakan oleh orang Melayu sendiri.

Rakan-rakan usahawan saya yang lain ada juga mengalami masalah karenah birokrasi. Tak ada kenal atau tak ada kabel dengan orang-orang besar, jawabnya payahlah urusan.  Semoga Allah SWT sentiasa membantu para peniaga Islam yang jujur dan telus.


Related Posts:

  • Belajar masak & jadi usahawan di ITKAU Normal 0 false false false EN-US ZH-CN X-NONE MicrosoftInternetExplorer4 … Read More
  • Jualan komputer Pentium 4 Set komputer untuk dijual :-   Monitor 17"Keyboard & MouseMeja & KerusiCPU :Windows XPPentium 4RAM512 DDRAnti Virus Grisoft 2011Microsoft Office 2007 RM570.00 Perisian tertentu akan dikemaskini setelah saya me… Read More
  • LIKE WARRIOR : membantu usahawan blogger & Facebook Kini Sudah Terbongkar!!! Dengan menggunakan LIKE WARRIOR Pada Platform Blogger Untuk Mendapatkan Potensi 1000 Likes Dalam Masa Sehari! Tidak Perlu Lagi Mengeluarkan Modal Satu Sen Pun Untuk Sewa Servis Tambah Like Atau… Read More
  • Karnival Usahawan 2010 - KUG MelakaMulai semalam hingga hari Ahad ini ( 12- 14 November 2010 ) saya berada di karnival tersebut yang dianjurkan oleh MARA Negeri Melaka di Kota Fesyen, MITC, Melaka.  Tugas saya di sana sebagai pemantau "booth" Kelab Usahaw… Read More
  • Program Keusahawanan Belia JAM-BU Pernahkah anda bermimpi untuk menjadi seorang usahawan dengan memulakan perniagaan anda sendiri tetapi tidak mempunyai dana kewangan untuk berbuat demikian? Atau jika anda tidak pasti apa produk untuk dijual?  Ji… Read More

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan