Mercun & bunga api dijual di Bazar Ramadhan Jalan Hang Tuah, Melaka

GAMBAR HIASAN : antara contoh bunga api dan mercun yang dijual di bazar Ramadhan Jalan Hang Tuah, Melaka


Bazar Ramadhan bukan sahaja terdapat jualan yang berkaitan dengan juadah berbuka puasa dan persiapan untuk meraikan hari raya Aidilfitri, malah skop perniagaan dalam bazar bermusim setahun sekali ini lebih luas lagi dari itu. Dari makanan ringan, mainan kanak-kanak hinggalah ke barangan yang tidak ada kena mengena dengan musim perayaan, ada diniagakan di sini. Bazar Ramadhan ibarat pasar malam.

Namun dalam pengetahuan saya, penjualan mercun dan bunga api telah lama diharamkan oleh kerajaan pada orang awam semenjak peristiwa letupan kilang bunga api dan mercun  pada 7 Mei 1991 di Sungai Buluh, Selangor, sama ada dari segi pembuatan, penjualan dan apatah lagi membakarnya.

Saya dapati sejak awal Bazar Ramadhan Jalan Hang Tuah, Melaka dibuka, terdapat beberapa orang peniaga (mungkin ada peniaga haram yang menyelit di celah-celah peniaga berdaftar yang lain) menjual barang yang dilarang dan diharamkan kerajaan iaitu mercun dan bunga api.  Malah ada juga segelintir peniaga berdaftar dan berkhemah turut menjual bahan terlarang dan terharam itu bersama-sama dengan jualan pakaian.

Lebih mengerikan, ada individu atau kumpulan yang membakar mercun di kawasan berhampiran dengan bazar berkenaan.  Letusannya kuat sehinggakan alarm kenderaan turut berbunyi. Ia juga membahayakan kenderaan yang dipakir di kawasan terdekat.

Saya sudah menyuarakan kebimbangan akan kemungkinan berlakunya kecederaan akibat dari pembakaran bunga api dan mercun berkenaan pada admin Facebook sebuah stesyen radio, namun saya lihat tiada respon dari pengendali page Facebook berkenaan.  

Saya yakin dengan letupan bunga api atau mercun yang begitu kuat, pasti akan ada mata-mata atau pegawai polis dan pihak berkuasa tempatan akan terdengar, namun sehingga ke malam artikel ini ditaip, penjualan dan pembakaran mercun dan bunga api masih lagi terjadi.

Sebelum ada yang benar-benar cedera atau buta mata akibat dari letupan mercun dan bunga api, lebih baik cegah sebelum terjadi. Jika dah diisytiharkan menjual bahan letupan seperti mercun dan bunga api telah diharamkan, laksanakan penguatkuasaan yang telus tanpa cuai atau diambil mudah.

Dan kalau kata boleh jual, pihak berkuasa tempatan dipersila keluarkan statement rasmi ke media massa.


*Saya tidak sempat untuk mengambil gambar yang jelas penjualan mercun dan bunga api di bazar ini kerana bimbang dipukul oleh para penjualnya.

**Membeli dan membakar bunga api dan mercun untuk tujuan suka-suka adalah pembazairan yang nyata. Namun ada sedikit kelonggaran jika dibeli dan dibakar untuk menghalau gangguan kera dan monyet terutamanya di kawasan kampung.

Previous Post
Next Post
Related Posts

Promosi

Babab.net