Biduanita Negara Sharifah Aini Meninggal Dunia


Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini atau lebih mesra dengan panggilan Kak Pah meninggal dunia awal pagi Sabtu (5 Julai 2014)  di Pusat Perubatan Pakar Damansara.

Allahyarham yang berusia 61 tahun menghembuskan nafas terakhirnya pada pukul 1.26 pagi akibat jangkitan pada paru-paru.  Jenazah akan dibawa ke Masjid At Taqwa Taman Tun Dr Ismail pada selepas solat Subuh dan dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara sebelum solat Zohor.

Allahyarham meninggalkan seorang anak, Aliff Omar. Allahyarham telah dimasukkan ke unit rawatan rapi di Pusat Perubatan Pakar Damansara pada Selasa. Biduanita itu dikesan menghidap fibrosis paru-paru dua tahun lalu. Kak Pah dimasukkan ke hospital oleh anaknya, Aliff Omar susulan kesukaran bernafas awal pagi Isnin.


Biodata dalam bidang seni.

Sharifah Aini anak pasangan Syed Jaafar Syed Sahil dan Sharifah Noor Syed Ahmad Al-Attas yang dilahirkan di Nee Soon, Singapura pada 2 Julai 1953.

Titik tolak Kak Pah menjadi artis adalah selepas menjuarai pertandingan Bintang RTS 1968 di Singapura dengan lagu Tiga Malam. Beliau kemudian disunting menjadi artis rakaman EMI dan terus bertahan dengan label itu selama 38 tahun.

Pernah merakamkan 93 buah album termasuk 7 album Inggeris, antara lagu popularnya termasuk Seri Dewi Malam, Hapuslah Air Matamu, Bunga Tanjung dan Kau Tinggi Di Awan Biru.

Penyanyi itu juga pernah berkolaborasi dengan beberapa penyanyi terkenal antaranya Latif Ibrahim, Broery Marantika dan Sudirman Haji Arshad.

Selain menyanyi, beliau juga merupakan pelakon filem Sumber Ilhamku, Bintang Pujaan, Diva Popular dan kemunculan terakhirnya dalam filem Penanggal pada tahun lalu.

Hasilnya, nama Kak Pah terukir dalam The Malaysia Book of Records sebagai penyanyi paling lama dengan sesebuah syarikat rakaman dan memiliki 135 album.

Sharifah Aini menerima gelaran Biduanita Negara pada tahun 2006. 


Sumber : Astro

Related Posts:

  • Konsert untuk bantu Yazid Search Setelah lebih dari tiga dekad mengegarkan industri, kini muzik mungkin noktah terakhirnya sebagai pengasas Kumpulan Search, Yazid Ahmad. Berusia 54 tahun dikenali sebagai Yazid Search sedang bertungkus lumus mencari… Read More
  • Biduanita Negara Sharifah Aini Meninggal Dunia Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini atau lebih mesra dengan panggilan Kak Pah meninggal dunia awal pagi Sabtu (5 Julai 2014)  di Pusat Perubatan Pakar Damansara. Allahyarham yang berusia 61 tahun menghembuskan na… Read More
  • Kau Pergi Jua Adam Ahmad   Penyanyi era 80an kelahiran Johor Bahru iaitu Adam Ahmad meninggal dunia di Hospital Ampang pada pukul 12.15 pagi Khamis akibat penyakit kencing manis, jangkitan kuman dalam darah dan tekanan darah rendah.Jenazah … Read More
  • Yussry Bin Edoo meninggal dunia, disahkan oleh Zamatul Amri Zakaria Pelawak Yus Jambu atau nama sebenarnya Yussry Bin Edoo, 39, telah meninggal dunia lebih kurang pada jam 12.15 tengah malam, 30 November 2015 di Hospital Selayang akibat serangan jantung dan sesak nafas. Perkara terseb… Read More
  • Video lagu Derita Cinta - Osama Yamani Jamal Abdillah berasa terharu dengan sikap anak sulungnya, Osama Yamani (13 tahun) yang terlalu meminatinya sehingga menjadi peminat nombor satu penyanyi itu. Pemilik nama sebenar Jamal Ubaidillah Ali, 53, itu berkata… Read More

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan