Zam Burger Bakar & Western Foods (Melaka)

 
Mohammed Zamri atau lebih dikenali sebagai Zam di kalangan rakan-rakan adalah peniaga sepenuh masa di Pasar Tani UTC Melaka, Jalan Hang Tuah, Melaka.  Beliau adalah seorang belia Melayu yang bercita-cita tinggi dalam dunia perniagaan penyediaan makanan. Pengalaman beliau bekerja di hotel terkemuka di Melaka, banyak membantu beliau dalam melengkapkan diri sebelum terlibat di dalam dunia perniagaan.

Mula melibatkan diri dengan pasaran di Pasar Tani UTC Melaka sejak tahun 2012, Zam telah meletakkan sasaran untuk menjadi antara penyedia makanan berbakar dan "western foods" yang terulung di kawasan setempat dan secara umumnya di Negeri Melaka.

Waktu operasi beliau di Pasar Tani UTC Melaka ini ialah sekitar pukul 10.00 pagi hingga pukul 10.00 ke atas.  Selain dari burger bakar (menggunakan rencah buatan sendiri) dan western foods, beliau turut menjual otak-otak, kerang rebus dan satay.

Untuk sebarang tempahan bagi menjemput beliau hadir membuka kios di majlis anda, Zam Burger Bakar & Western Foods boleh dihubungi di nombor telefon 017 288 enam empat tujuh satu. (penerimaan adalah berdasarkan jadual niaga beliau).




Related Posts:

  • Resepi Telur Rebus Berdaging Pada kali ini saya kongsikan pula resepi mudah sebagai lauk sampingan makan tengah hari atau malam anda, dengan menggunakan bahan dari keluaran syarikat RAMLY FOOD PROCESSING SDN BHD. TELUR REBUS BERDAGING A:  5 … Read More
  • Resepi Bubur Talbina (Barli) Diriwayatkan daripada Aisyah isteri Nabi r.a katanya: “Apabila ada keluarganya yang meninggal dunia, para wanita berkumpul. Kemudian setelah mereka beredar kecuali keluarga dan orang-orang tertentu, beliau menyuruh un… Read More
  • Resepi Pasta Bakar Bahan-bahan  (hidangan untuk 5 atau 6 orang)  : 250 g pasta (makaroni, rigatoni atau chifferi) 300 g daging cincang 2 ulas bawang putih – dicincang halus 1 ulas bawang merah – dicincang halus 1 biji lo… Read More
  • Resepi Popia Simpul (serunding udang kering)   Popia simpul merupakan antara makanan ringan yang agak popular di kalangan masyarakat Melayu dan mungkin juga di kalangan rakyat Malaysia yang lain. Ianya biasa di makan pada waktu-waktu minum petang dan tempahan p… Read More
  • Resepi Spaghetti Carbonara Bahan-bahan (untuk hidangan  5 ke 6 orang) : 500 g spaghetti 3 ulas bawang putih 5 biji telur 1/2 cawan Parmesan cheese 1/2 cawan double cream 1 sudu kecil lada hitam 1 sudu kecil garam 1 sudu besar parsley flakes … Read More

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan