Pengalaman menggunakan Android Q88 Tablet PC

Pada ketika ini ledakan gajet untuk capaian internet semakin besar.  Para pencinta internet boleh melayarinya dengan pelbagai jenis peralatan seperti tab, iphone, telefon pintar dan juga tablet pc.

Kini para penggemar gajet elektronik boleh memiliki peralatan berkenaan dengan harga di bawah RM 200.00 dan Android Q88 Tablet Pc merupakan salah satu gajet yang telah masuk ke pasaran di Malaysia dan berada dalam kategori mampu milik.

Penerangan mengenai Android

Android adalah sistem pengendalian untuk peranti bergerak seperti telefon selular, komputer tablet dan notebook. Android dibangunkan oleh Google berdasarkan sistem perisian Linux dan perisian GNU. Android asalnya dimiliki oleh Android Inc. (firma yang kemudiannya telah dibeli oleh Google). 

Kemudian untuk mengembangkan sistem Android, maka terbentuklah Open Handset Alliance, konsortium daripada 34 syarikat telekomunikasi, termasuk Google, HTC, Intel, Motorola, Qualcomm, T-Mobile, dan Nvidia. Android mempunyai komuniti yang besar dalam membangunkan serta merekacipta aplikasi untuk pengembangan fungsi peralatan. Dianggarkan hampir 70,000 aplikasi untuk Android boleh didapati, menjadikanya sasaran pengembangan peralatan kedua paling popular untuk peralatan mobile.

Berbalik kepada Android Q88 Tablet PC, saya telah membelinya pada 6 September 2013 di Melaka pada harga RM180.00 termasuk kad memori berjumlah 4 gb (harga tanpa kad memori ialah RM169.00) dan berwarna merah. Penjual di kedai yang saya singgah itu berkata versi tablet pc ini adalah keluaran dari kilang di Taiwan.

Android Q88 Tablet PC yang saya beli mempunyai spesifikasi seperti berikut : 

  • Memori dalaman berjumlah 2 gb
  • Berskrin 7 inci 800 x 480
  • RAM 512mb
  • CPU : A13 ALLWINNER 1Ghz 
  • Memori tambahan : Micro SD Card /  T-FLASH (Support 32G Max)
  • Built in WIFI/Dual Camera
  • Built in stereo speakers
  • Built in Microphone
  • Capaian wi-fi 802.11 b/g/n
  • Boleh memainkan video pelbagai format seperti AVI, MP4, FLV, 3GP, MKV,WMV
  • Boleh memainkan audio pelbagai format seperti MP3,WMA, OGG, AAC, WAV, FLAC
  • Berkemampuan untuk memaparkan gambar berformat JPG/BMP/PNG/GIF
  • Berkemampuan membuka e-book berformat pdf, txt dan pelbagai yang lain.
  • Mempunyai port Micro USB, DC Jack, TF Card Slot & Earphone Jack.
  • Sistem pengoperasian Android 4.0.4 (boleh dikemaskini terus menggunakan internet)
Android Q88 Tablet PC ini didatangkan bersama dengan Charger, User's Manual dan dua jenis kabel usb (Micro USB Cable) bagi kemudahan penyalinan data atau dokumen sama ada dari tablet pc ke komputer/laptop atau sebaliknya.. Anda juga akan memperolehi tablet case (beg sarung) secara percuma dan terdapat dalam pelbagai warna.

Sepanjang penggunaan saya pada gajet ini, ia mempunyai beberapa kekurangan atau kelemahan seperti bateri yang cepat habis kuasanya dan tiada sambungan bluetooth.  Namun, untuk menjimatkan kuasa bateri, anda boleh menutup penggunaan fungsi wi-fi apabila tidak menggunakannya, mengurangkan tahap kecerahan skrin, mengurangkan kekuatan bunyi dan hanya memasang perisian yang benar-benar anda perlu dan kerap guna sahaja.


**Kemaskini : Saya telah memasang perisian Kingsoft Office (mencipta dan mengedit dokumen) dan PicsArt (mengedit gambar-perlukan sambungan internet). Ini menjadikan tablet pc saya ini lebih bermakna dan memenuhi keperluan perniagaan saya ketika berada di luar pejabat.

Related Posts:

  • Pengalaman menggunakan Android Q88 Tablet PC Pada ketika ini ledakan gajet untuk capaian internet semakin besar.  Para pencinta internet boleh melayarinya dengan pelbagai jenis peralatan seperti tab, iphone, telefon pintar dan juga tablet pc. Kini para pengge… Read More
  • Panduan Keselamatan Siber Untuk Orang Awam Pergantungan terhadap teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) khasnya Internet di kalangan masyarakat kini tidak dapat disangkal lagi. Ini dapat dilihat daripada aktiviti seharian seseorang di mana hampir keseluruhanny… Read More
  • Iklan kreatif Microsoft untuk Windows 8 Windows 8 merupakan sistem pengoperasian (pengendalian) keluaran Microsoft yang dilancarkan ke dalam pasaran dalam tahun 2012 bagi kegunaan komputer peribadi, termasuklah komputer meja rumah dan perniagaan, komputer riba … Read More
  • Membuat ayat yang terbalik tulisannya Adalah sangat menarik jika perkataan atau ayat yang kita taip kelihatan lain dari kebiasaannya. Mungkin ia boleh dijadikan bahan gurauan di facebook, twitter atau di laman blog atau web. Di bawah ini,saya sediakan s… Read More
  • Maaf, sesuatu tidak kena-Facebook menghadapi gangguan Mungkin anda tidak dapat menggunakan Facebook dalam beberapa puluh atau belas minit tadi (semasa artikel ini diterbitkan), menghadapi kesilapan ketika melayari laman web Facebook. Mungkin sesetengah pengguna internet men… Read More

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan