Resepi Popia Simpul (serunding udang kering)

 

Popia simpul merupakan antara makanan ringan yang agak popular di kalangan masyarakat Melayu dan mungkin juga di kalangan rakyat Malaysia yang lain. Ianya biasa di makan pada waktu-waktu minum petang dan tempahan popia simpul akan meningkat menjelang musim perayaan.  Saya sendiri pernah menjual popia simpul di sekitar Jalan Hang Tuah, Melaka iaitu di kedai saya (walaupun saya berbisnes berasaskan komputer)

Bahan-bahannya:

1 paket kulit popia size 8" X 8" (50 keping) - Boleh dapat 1 kg popia simpul

 Inti :

  • 200 g udang kering, direndam
  • 400 g kelapa parut
  • 3 camb minyak
  • 200 ml air } diambil air asam jawa
  • 1 camt asam jawa}
  • 1 camb ketumbar } disangai (goreng tanpa minyak)
  • 2 camt jintan manis}dikisar halus
  • 1 camt jintan putih }
  • 1/2 camt serbuk kunyit
  • 2-3 camb pes cili
  • 1 helai daun kunyit, dikoyak
  • garam, gula secukupnya

Bahan kisar :

  • 1 labu bawang besar
  • 6 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 cm halia
  • 1 cm lengkuas
  • 1 btg serai

Cara membuat inti :

  1. Kisar atau tumbuk udang kering hingga hancur. 
  2. Goreng kelapa tanpa minyak hingga keemasan. 
  3. Panaskan minyak, tumis bahan kisar, rempah kisar, serbuk kunyit dan pes cili hingga wangi.
  4. Tuangkan air asam jawa, garam dan gula. 
  5. Bila mendidih, masukkan daun kunyit dan udang kering. 
  6. Kacau tanpa henti hingga agak kering kemudian bubuh kelapa goreng. 
  7. Kacau lagi hingga menjadi seperti serunding.

Cara membuat popia simpul :

  • Kulit popia di bahagi kepada 8 bahagian. 
  • Ambil 1 bahagian kulit popia yang telah dipotong tadi dan ceraikan. 
  • Ambil 1 lapisan...letak inti dalam 1g kemudian gulung dan simpul. 
  • Buat sehingga semua kulit popia habis.

Related Posts:

  • Hukum Memakan Belangkas atau Telurnya   Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-93 yang bersidang pada 21 Februari 2011 telah membincangkan Hukum Memakan Daging/Isi Belangkas dan Telurnya. Muzakarah tela… Read More
  • Resepi apam balik keropok (rangup)   Apam balik atau juga dikenali sebagai apom balik, merupakan sejenis kuih tradisi Malaysia dan Singapura, sesuai dimakan pada waktu pagi dan petang secara bersantai. Ia merupakan sejenis kuih apam berkulit tebal yan… Read More
  • Resepi Ayam Masak Lemak Cili Api "Torangkek" Ayam Masak Lemak Cili Api, sodap sampai torangkek... apo yang torengkek tu....?. Koninglah eakau ingat apo..? Bahan-bahan yang diperlukan untuk masak lemak cili api (untuk 5 ke 6 ketul cincangan ayam) Air 1 cawan Gar… Read More
  • Resepi pulut panggang Pulut Panggang adalah sejenis masakan yang diperbuat daripada pulut berinti kelapa. Masakan ini biasanya dipanggang di atas bara dari arang. Inti ikan diperbuat daripada bawang, dan lada kering dan kelapa.  Campu… Read More
  • Resepi Puding Milo Oreo Bahan-bahan : 10gram serbuk agar2 750ml air 150g gula 1 tin susu cair (400ml) 3/4cawan milo (Tidak ada Milo, Oligo Coco atau yang seumpamanya bisa diganti) satu bungkus oreo (135g) - patahkan kepada dua bahagian atau le… Read More

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan