Hikmah dan yang tersirat disebalik wudhu



Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa tidur dimalam hari dalam keadaan suci (berwudhu ') maka Malaikat akan tetap mengikuti, lalu ketika ia bangun nescaya Malaikat itu akan berucap' Ya Allah ampunilah hamba mu si fulan, kerana ia tidur di malam hari dalam keadaan selalu suci , "(HR Ibnu Hibban dari Ibnu Umar ra).

Berwuduk mempunyai manfaat yang sangat besar. Bahkan ulama ada menjelaskan hikmah wudhu sebagai sebahagian dari usaha untuk memelihara kebersihan fizikal dan rohani.

Hikmah-hikmat yang tersirat di dalam tiap perbuatan wudhu itu ialah :

Mencuci tangan

Telapak tangan manusia adalah bahagian tubuh yang fleksibal dan banyak berinteraksi dengan dunia luar, bersalaman, memegang, menyentuh, memetik jari dan pelbagai perkara yang menyentuh dunia sekeliling. Lebih daripada 70% penyakit-penyakit berjangkit seperti influenza yang disebabkan oleh bakteria, virus atau cacing disebabkan oleh kontaminasi melalui sentuhan tangan. Dalam dunia perubatan, protokol standarad pertama sebelum bekerja adalah mencuci tangan dan membilasnya dengan sabun. Oleh itu tidak hairanlah wuduk dimulakan dengan mencuci kedua belah tapak tangan.

Berkumur

Berkumur melindungi mulut dan tekak daripada jangkitan dan membersihkan gigi daripada sisa makanan. Pada hakikatnya, membersihkan kawasan mulut dapat mencegah risiko jangkitan penyakit. Terdapat tidak kurang dari 100 juta bakteria per milimeter dalam sampel biasa permukaan gigi ataupun kalenjar ludah manusia normal yang sihat. Penyakit di kawasan gigi dan mulut seperti radang gigi atau radang kerongkong (faringitis) dan juga radang pada kawasan pharyng.
Apabila jangkitan itu disebabkan oleh bakteria jenis streptococcus B hemoliticus, racun daripada tindakan imuniti tubuh ke atas bakteria itu dapat merebak ke jantung ataupun ginjal melalui aliran darah. Glomerulonefritis iaitu radang pada ginjal dan myokarditis adalah radang pada otot jantung. Ini adalah komplikasi-komplikasi serius yang mungkin terjadi akibat daripada toksin bakteria streptococcus B hemoliticus. Demikian juga beberapa penyakit tumor pada kawasan maxillofacial atau pipi dan dagu seperti adamantinoma. Kejadian yang berkait rapat dengan oral hygiene iaitu kebersihan mulut.

Istinsyaq

Istinsyaq ialah menghirup air ke dalam hidung. Ia hanya dilakukan semasa berwuduk. Menurut pakat bedah tumor, Dr Bahar Azwar, apabila terdapat tumor yang tersembunyi di dalam hidung. Aliran air ke dalam hidung yang menyapu bahagian nasopharyng merangsang pendarahan pada tumor itu. Melalui kegiatan intinsyaq, ini membantu dalam pengesanan awal tumor di bahagian nasopharyng yang tersembunyi.
Penyakit SARS merebak suatu ketika dahulu diakibatkan oleh jangkitan virus yang merebak melalui titisan air yang keluar di udara semasa penghidapnya bersin ataupun batuk. Apabila melakukan istinsyaq, kita berupaya membersihkan selaput dan lendir hidung yang mungkin tercemar oleh udara kotor dan kuman seperti ini.

Membasuh muka

Adalah untuk membersihkan kotoran yang melekat akibat daripada rembesan yang dikeluarkan oleh kelenjar kulit. Ia juga bertindak menghapuskan mikroorganisma. Sisa rembesan ini biasanya mudah menjadi media pertumbuhan dan pembiakan bakteria. Pembasuhan air yang kerap juga dapat melindungi kulit. Terutama kulit wajah daripada kesan-kesan buruk sinar untra ungu matahari. Pendedahan yang terlalu lama pada sinar ultra ungu menekan proses imuniti kulit dan ini antara punca kanser kulit.

Membasuh kedua tangan dan kaki

Perbuatan ini adalah untuk memperkuatkan saluran-saluran darah tangan dan kaki. Dari segi anatomi, saluran darah di hujung-hujung tangan dan kaki ekstremiti iaitu lebih lemah berbanding bahagian lain. Ini kerana tangan dan kaki adalah titik yang paling jauh dengan jantung. Oleh itu, tekanan darah yang dipam dari jantung ke bahagian itu adalah lemah.

Saluran darah di hujung-hujung ekstremiti yang menyempit menganggu pengoksigenan jaringan saluran darah di sekitarnya. Kepada penghidap penyakit beuger, hujung-hujung jari ekstremiti itu menjadi nekrosis iaitu selnya mati kerana gangguan bekalan darah ke bahagian itu. Pembersihan tapak kaki penting bagi mencegah pelbagai jangkitan kuman. Manakala pembersihan tapak tangan memutuskan penghantaran jangkitan penyakit melalui oral kerana tangan yang menyuapkan makanan ke mulut.
Previous Post
Next Post
Related Posts

Promosi

Babab.net