Niat ketika sedang berwudhu


Wuduk atau wudhu adalah salah satu cara untuk menyucikan diri dari hadas kecil. Jika air tiada atau tidak mencukupi, maka wuduk boleh diganti dengan tayammum. Pengertian wuduk pada syarak adalah membasuh atau menyapu anggota tertentu yang dimulakan dengan niat.

Firman Allah SWT :

"Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku dan sapulah sebahagian dari kepala kamu dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali ... “ - (Surah Al-Maa’idah: 6"


Dalam artikel ini saya kongsikan pula niat di dalam hati yang disertakan semasa melakukan perbuatan wudhu itu iaitu :

1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".

2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, putihkanlah mukaku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".

3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini".

4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini".

5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, lindunglah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu".

6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini".

7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan.
"Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".

8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat".

Related Posts:

  • 20 sebab makruh semasa mengucap salam   Assalamualaikum..... Secara umumnya, kalangan kita sudah mengetahui hukum memulakan salam adalah sunat dan dalil-dalilnya juga telah banyak kita temui. Menjawab salam pula hukumnya wajib…tetapi terdapat beberap… Read More
  • 11 fakta mengenai Neraka yang perlu Madani Malaysia tahu Assalamualaikum.... Neraka digambarkan sebagai suatu tempat yang penuh dengan azab dan siksaan bagi mereka yang mengingkari perintah Allah SWT.  Ia merupakan salah satu tempat atau destinasi terakhir umat manusia seb… Read More
  • Tujuan Hukuman Hudud, Qisas, Diyat dan Ta'zir Assalamualaikum..... Sudah menjadi tanggungjawab pemimpin sebuah negara Islam untuk menegakkan "kalimah" (hukum hakam Islam) Allah SWT di negara yang ditadbirnya walaupun negara itu mempunyai pelbagai penganut agama… Read More
  • Ketahui 10 sifat Mahmudah dan Mazmumah Imam Al-Ghazali R.A telah menggariskan sepuluh sifat Mahmudah ( terpuji ) di dalam kitab Arbain Fi Usuluddin iaitu : 1) Taubat  2) Khauf ( Takut )  3) Zuhud  4) Sabar  5) Syukur  6) I… Read More
  • Tujuh kelebihan wanita dalam agama Islam   Assalamualaikum..... Banyak pihak mengatakan bahawa sukar menjadi wanita Islam (muslim), hanya dengan melihat secara kasar perkara-perkara di bawah ini : 1. Wanita auratnya lebih susah dijaga dibanding lelaki. … Read More

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan