Resepi kuih Vadai


Vadai atau (vada, wada, vade), disebut 'Wah-dei', merupakan sejenis makanan orang India selatan. Terdapat dua jenis Vadai iaitu Ulundu Vadai yang diperbuat dari dal dan kentang. Terdapat juga hirisan cili hijau, daun kari dan bawang merah dicampurkan sekali.

Satu jenis lagi adalah Ulundu Vadai yang diperbuat daripada tepung beras dan berbentuk roda dengan lubang di tengah. Ulundu Vadai biasanya lebih sedap sekiranya dimakan bersama chutney atau kuah kari. Vadai perlu digoreng dengan minyak masak yang banyak.

Pada artikel kali ini, saya kongsikan salah satu resepi kuih vadai yang diambil dari rakan saya di facebook.

Bahan-bahan :

1 cawan kacang dhal - rendam semalaman atau kurang-kurangnya 2 hingga 3 jam
1/2 labu bawang besar - potong halus
2 biji cili kering - potong halus
1/2 camt jintan manis / kasar (pilihan)
Sedikit daun kari
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit tepung gandum (dlm 1/2 cawan)
Minyak utk menggoreng

Cara-cara pembuatannya :

1) Kisar kacang yang telah direndam dan kembang. Jangan terlalu halus
2) Keluarkan kacang dan tapis / buang airnya.
3) Setelah itu masukkan bawang, cili, jintan, daun kari, gula dan garam ke dalam kacang. Gaul hingga sebati dan cukup rasa.
4) Tabur sedikit tepung untuk memekatkan dan supaya melekat.
5) Ambil adunan, bulat dan leperkan kemudian terus masukkan ke dalam minyak yang panas.
6) Kawal penggunaan api / minyak dan pastikan kuih benar-benar masak sekata dan tidak hangus. Angkat dan toskan minyaknya.

Related Posts:

  • Resepi Kek Red Velvet (Bakar) Bahan-Bahan: Kek 160g Tepung Kek Bluekey (Kotak Pink) 1/2 tsp Soda Bikarbonat 1 sudu besar serbuk koko 1 sudu besar pewarna merah 2 Biji Telur 200g Gula Kaster 100g Minyak masak 125g susu cair + 1 tsp cuka/limau nipis… Read More
  • Diet Makanan dan Minuman Nabi Muhammad S.A.W Tabiat pemakanan yang baik boleh diteladani dengan mengikuti kaedah yang dipilih oleh Nabi Muhammad S.A.W. Jika diteliti, amalan pemakanan baginda amat bertepatan dengan Al-Quran bermaksud: “… makan dan minumlah, dan jan… Read More
  • Belajar Buat Aneka Roti Canai : Lembut Dan Enak Kini, anda juga mampu membuat roti canai sehebat kedai mamak. Malah menjana pendapatan lumayan dengan bisnes murtabak atau pendapatan sampingan melalui roti canai segera. Roti canai atau roti jenis leper yang berbentuk bu… Read More
  • Restoran dan Kiosk Ramly Burger Dalam kehangatan isu boikot Restoran Makanan segera Mc Donalds, ada lagi agenda yang lebih penting dan dirasakan wajib bagi meneruskan legasi empayar perniagaan milik orang Islam terutamanya orang Melayu.   … Read More
  • Ketupat dan sejarahnya Ketupat ialah sejenis hidangan daripada nasi atau pulut yang dibungkus dengan daun kelapa dan direbus dalam periuk yang terkenal di Malaysia, Indonesia serta beberapa negara Asia Tenggara lain. Ketupat ada disebut dal… Read More

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan