
Jenayah
 dan persaaan takut  terhadap jenayah mempengaruhi kualiti hidup rakyat,
 yang ada kalanya  melibatkan kesan yang sungguh memudaratkan.  Kementerian Dalam 
Negeri  menganggarkan kos jenayah melebihi USD60 billion setahun, iaitu
 lebih 5%  daripada KDNK. Isu tentang peningkatan jenayah terutama 
sekali jenayah  jalanan adalah di pandang serius oleh pihak kerajaan dan
 sekali gus  meletakkan sasaran ini sebagai keutamaan pada usaha 
pengurangan kadar   jenayah sebagai salah satu daripada bidang 
keberhasilan utama negara
Kes pembunuhan Pengasas Bank Pembangunan Arab-Malaysian, Hussain Ahmad 
Najadi, di tengah-tengah Kuala Lumpur pada waktu siang hari, membuktikan
 jenayah semakin meningkat disamping kes tembak menembak di jalanraya seperti yang dilaporkan dalam media arus perdana.
Terkini seperti yang disiarkan dalam iklan khidmat masyarakat di stesyen radio Melaka.fm, penjenayah jalanan menggunakan telur ayam dengan membaling ke arah bahagian hadapan cermin kenderaan terutamanya kereta. Para pemandu yang panik biasanya akan memancutkan air di cermin kereta dan menggunakan wiper untuk menyapu telur ayam yang pecah itu.  Akan tetapi ini adalah tindakan yang silap dan mengundang padah.
 Syukur negara makin selamat...
Cairan telur ayam yang meleleh di cermin kereta yang bercampur dengan air, jika disapu dengan wiper cermin, akan menghasilkan cairan seperti susu serta akan menghalang pandangan pemandu lebih kurang dalam 90 %.  Ini akan memaksa pemandu memberhentikan kenderaan.  Pada masa inilah perompak jalanan akan mengambil kesempatan melakukan jenayah.
Apa yang perlu dibuat adalah jika anda menghadapai keadaan sebegini, jangan memancutkan air pada cermin dan jangan menggunakan wiper. Sebaliknya teruskan pemanduan ke kawasan yang lebih selamat seperti di tempat tumpuan orang ramai ataupun di balai polis berhampiran. 






 







 

   








 
 


 
 










