Resepi Telur Rebus Berdaging


Pada kali ini saya kongsikan pula resepi mudah sebagai lauk sampingan makan tengah hari atau malam anda, dengan menggunakan bahan dari keluaran syarikat RAMLY FOOD PROCESSING SDN BHD.

TELUR REBUS BERDAGING

A:  5  biji    Telur Ayam (gred C) - direbus
 

B:  6  keping   Burger Ayam Rasa Panggang Ramly
    1  sudu besar  Sos  Sotong
    2  sudu besar  Serbuk Roti 
    1  biji    Cili Merah – cincang halus
    1  biji    Putih telur
    1  sudu kecil  Serbuk Lada Hitam
 

C: Pewarna Merah
 

D: Minyak masak untuk menggoreng
 

Hiasan :       
-Tasty Mayo Ramly 
-Tomato
 

CARA-CARA PENYEDIAAN :
 

1.  Telur ayam direbus  terlebih dahulu, sejukkan dan kupas kulit dan ketepikan.

2.  Lembutkan Burger Ayam Rasa Panggang Ramly dan masukkan sos sotong,
serbuk roti, cili merah, telur putih dan serbuk lada hitam. Masukkan sedikit
pewarna merah.

3.  Kepal-kepalkan inti ayam bersama telur rebus.

4.  Panaskan minyak dan goreng telur, biar garing dan toskan.

5.  Hidang dengan membelah telur tadi dan hias bersama Tasty Mayo Ramly dan
tomato.

Related Posts:

  • Resipi Oden Malaysia Masyarakat Jepun biasanya akan menikmati "Oden" ketika musim sejuk. Ia merupakan makanan tradisi yang terdiri daripada bahan-bahan seperti telur rebus, lobak daikon, konnyaku dan kek ikan yang diproses dan distew dal… Read More
  • Resipi Jemput-jemput Kukus Bergoreng Bahan-bahan : 4 biji tauhu 2 bungkus tauhu telur 1 ketul dada ayam / udang 4 biji telur ayam :  2 untuk dikisar dan 2 ketika proses menggoreng Daun sup potong halus Sedikit cili merah potong halus Bawang goreng, Gar… Read More
  • Usahawan kreatif jual burger berwarna-warni KEBIASAANNYA, roti burger berwarna putih dan dihidangkan bersama daging burger, sos, mayonis, salad, tomato serta lain-lain sehingga membangkitkan aroma menyelerakan dan menarik sesiapa sahaja untuk … Read More
  • Resipi Kek Lapis Keju Bahan-bahan : 1 Bungkus biskut marie ikut perisa yang anda suka (original/chocolate/coffee) 1 Cawan susu segar 250gm Cream cheese 100gm Whipping cream non-dairy 3 Sudu besar gula castor 1 Sudu besar gelatin halal 50… Read More
  • Resepi Florentine Cookies Bahan-bahan3 cawan tepung florenta1/2 cawan biji bunga matahari hijau*1/2 cawan biji bunga matahari putih*1/2 cawan kuaci hitam*>>>boleh juga gunakan apa sahaja kekacang yang sesuaiCara Pembuatan : 1.Bakar sekeja… Read More

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan