Alat memasak untuk "budak Universiti"


Saya pernah merasai kehidupan selaku pelajar universiti atau kolej. Sememangnya waktu itu adalah waktu yang kritikal bagi seorang remaja atau belia untuk mula belajar mengenal dunia luar dan hidup sendiri.

Tahun pertama bagi kebanyakkan mahasiswa dan mahasiswi akan tinggal di dalam kediaman yang disediakan oleh pihak kolej atau universiti, namun kebiasaannya untuk tahun kedua dan seterusnya mereka perlu mencari rumah sewa kerana pihak kolej dan universiti menyediakan tempat tinggal khusus untuk pelajar semester pertama.

Pelbagai peristiwa yang mungkin sehingga kini akan masih terkenang pada mereka yang pernah melalui "dunia tersebut".  Mula-mula duduk di rumah sewa, pasti akan tiada kelengkapan yang cukup namun keadaan sebegini sebenarnya akan membuatkan mereka menjadi kreatif dalam menyelesaikan masalah mereka contohnya seperti menggoreng telur atau ikan di dalam periuk nasi elektrik.

Pada artikel kali ini, saya ingin mempamerkan gambar alat elektrik yang kebiasaannya digunakan untuk menggosok pakaian agar tidak kelihatan berkedut, namun pasti ada yang tidak terfikir ia sebenarnya boleh dibuat untuk menyalai daging atau ikan...

Apa macam..kreatif tak...? masalah gas habis sudah selesai untuk sementara waktu...

Related Posts:

  • Salam Aidiladha 1431 Hijrah - Erti pengorbanan di MalaysiaAssalamualaikum.... Hari ini kita menyambut perayaan yang juga penting dalam agama Islam.  Tetapi apabila saban tahun Malaysia dan negara Islam lain menyambutnya, apakah rakyat memahami erti disebalik sambutan tersebut?… Read More
  • Islam dan cara hidupnya, ubat bagi permasalahan masyarakat ~Jika keperluan rakyat biasa "dihulukan", inilah yang terjadi ~Gambar diambil dari sumber internet Assalamualaikum... Inilah akibatnya jika sebuah negara Islam mengasingkan undang-undang Islam dari cara serta corak pent… Read More
  • Terima kasih untuk blogger's & bloggie'sSalam sejahtera semua.., Saya ingin mengucapkan "berbakul-bakul" terima kasih atas komen dan teguran beberapa "blogger" dan "bloggie" pada saya sama ada berkenaan dengan artikel yang disiarkan mahupun berkenaan dengan "widge… Read More
  • Andainya aku punya waktu... Aku telah menyaksikan jasa yang ditinggalkan oleh arwah datuk aku sebelum dia meninggal dunia. Aku juga telah melihat tanda-tanda ahli syurga pada arwah nenek aku sebelum dan selepas dia meninggal dunia. Aku masih dapa… Read More
  • Laman web FAM jadi sasaran hacker'sAssalamualaikum.. Sebelum ini dikhabarkan laman web Persatuan Bola Sepak Malaysia ( Football Association of Malaysia ) jadi sasaran penggodam dari Indonesia sempena perlawanan akhir Piala Suzuki AFF antara Malaysia dan Indone… Read More

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan