Bayi berlatih sukan pingpong


Potensi manusia sebenarnya belum habis diterokai.  Malah manusia sendiri belum dapat menggunakan potensi otak secara keseluruhannya. Genius terkenal dunia seperti Albert Einstein dikatakan penggunaan otaknya sekitar 5%, sudah mampu mencipta dan berfikir sesuatu yang hebat, inikan pula jika potensi otak berjaya digunakan 100%.

Atas sebab inilah pada zaman kegemilangan tamadun manusia dahulu, mereka dapat membina empayar kerajaan yang hebat dan mampu membina dan melakukan perkara yang hebat serta dianggap ajaib di dunia pada zaman kini seperti Piramid Agung Giza, Taman Tergantung Babylon, Kuil Artemis, Berhala Zeus di Olympia, Makam Maussollos, Patung Raksasa Rhodes, Stonehenge dan Rumah Api Iskandariah.  Namun tak kurang hebatnya tamadun bangsa Melayu yang sengaja dihilangkan dalam sejarah peradaban dunia oleh pihak-pihak tertentu.

Tiap jenis pekerjaan atau ciri-ciri kehidupan manusia juga menjadi faktor pendorong peratusan penggunaan potensi otak. Ahli sukan, ahli politik, doktor atau seseorang yang melibatkan diri dalam bidang kreatif, mempunyai peratusan penggunaan potensi otak yang lebih tinggi daripada mereka yang bekerja sebagai tukang cuci, pengawal keselamatan dan pekerja pembersihan.

Maka sejak dari awal lagi, bayi mempunyai kebolehan untuk cepat mempelajari keadaan persekitaran mereka.  Malah dalam Islam, sudah digalakkan ibu bapa untuk "mengajar" bayi dalam kandungan mengenali agama Islam dan kemahiran tertentu sebagai persediaan menghadapi dunia luar.

Jika sebelum ini saya berkongsikan artikel bertajuk Bayi menari Gangnam Style, kali ini saya memaparkan pula video bayi yang menerima latihan sukan pingpong.  Pasti jika ini berterusan, bayi ini akan mampu menjadi juara dunia dalam sukan pingpong apabila dewasa kelak.

video
Previous Post
Next Post
Related Posts

Promosi

Babab.net